Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Uqasha Senrose pegang tangan Shah Iskandar? WOW

Isnin, 13 Mac 2017

Dengar khabar yang Uqasha Senrose buat kejutan. Dia dikatakan memegang tangan Shah Iskandar di satu program yang dijemput bersama-sama.

Menurut sumber, Uqasha dan Shah dikatakan sentiasa berpimpin tangan tanpa lepas sepanjang program berlangsung. Adakah mereka sekarang hangat bercinta?

Jika diikutkan Shah sudah berkahwin. Dan gambar ini juga menimbulkan kemusykilan seribu tanda tanya. AJL zaman bila ke ini?

Uqasha ni dah korang mesti kenal dah, ramai dah yang sentiasa berdamping dengan sebelum ini seperti Hafidz Roshdi, Syafiq Kyle, Iqram Dinzly dan baru-baru ini kerabat diraja Tengku Bakar.


Tahniah! Hafidz Roshdi bakal bergelar ayah

Selasa, 27 Disember 2016

Dapat tahu yang Hafidz Roshdi dikhabarkan bakal bergelar bapa tidak lama lagi. Isterinya sudah menunjukkan tanda-tanda sedang berbadan dua seperti mual-mual dan muntah-muntah.

Namun menurut pelakon kacak ini dia belum berkesempatan untuk membawa isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri untuk berjumpa dengan doktor.
"Barangkali, dalam waktu terdekat saya akan membawanya untuk bertemu doktor. Keluarga saya terutama ibu bapa sudah mengesahkan bahawa dia sudah hamil apabila melihat keadaan dia sekarang," katanya kepada Kosmo Online.

Hafidz Roshdi bakal bergelar ayah...

Jumaat, 23 Disember 2016

Hafidz Roshdi baru-baru ini ada berkongsi sekeping gambar bersama isteri, Nurul Shuhada dan seorang budak kanak-kanak kecil di laman sosial Instagram miliknya. Di Facebook juga Hafidz dilihat sering 'Live Update Video' dan bermain dengan anak kecil.

Menerusi gambar itu Hafidz menulis kapsyen "praktis jaga Haseef, nanti kita orang pula InsyaAllah," tulisnya.

"Belum lagi check namun isteri ada juga dalam dua ke tiga hari ini muntah-muntah. InsyaAllah doakan yang baik-baik ya," ujarnya ringkas memetik MediaHiburan.

Bulan madu Hafidz Roshdi di Korea Selatan (6 gambar, video)

Khamis, 27 Oktober 2016

Sekitar resepsi perkahwinan Hafidz Roshdi, Shuhada (17 gambar)

Ahad, 16 Oktober 2016


Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi dengan isterinya, Nurul Shuhada telah membuat majlis resepsi mereka selepas hampir 5 bulan bergelar suami isteri yakni dari awal bulan Mei lagi.

Beberapa keping gambar dimuatnaik oleh Hafidz melalui laman Instagram miliknya semalam.

Hadiah mengejutkan Hafidz Roshdi kepada isterinya

Isnin, 16 Mei 2016

Pelakon Hafidz Roshdi akan membawa isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri berbulan madu ke tiga lokasi berbeza kerana masih belum sempat berbuat demikian selepas berkahwin pada 30 April lalu.

Mereka akan bercuti ke sebuah lokasi di dalam negara pada minggu hadapan sebelum terbang ke Medan, Indonesia sebelum Ramadan dan seterusnya ke Tokyo, Jepun selepas Aidilfitri.

"Selepas berkahwin tidak sempat ke mana-mana kerana sibuk dengan penggambaran manakala isteri pula terikat dengan kuliah di universiti.

"Alhamdulillah minggu hadapan kami sama-sama lapang dan akan bercuti di dalam negara terlebih dahulu.

"Manakala percutian di Medan dan Tokyo kami mendapat tajaan," katanya kepada mStar Online.

Rakan artis SOKONG perkahwinan Hafidz Roshdi? PANAS!

Rabu, 4 Mei 2016

Baru-baru ini kecoh dimana Michael Ang dan rakan-rakannya mengenai pelakon lelaki yang baru berkahwin, Hafidz Roshdi dimana mereka sedang membalas komen-komen yang mengutuk rupa isteri pelakon tersebut seperti katak dan mengatakan mereka akan bercerai.

Selain Michael Ang, Kamal Adli, Emma Maembong dan Syarul Ridzwan juga membalas komen-komen berbaur puaka sehinggakan Michael Ang bertindak memuatnaik gambar lelaki persis gayah tu.

Ish ish ish.. -Forum Cari

Hafidz Roshdi selamat bergelar suami isteri (3 gambar)

Selasa, 3 Mei 2016

Tahniah diucapkan kepada pelakon drama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi yang telah selamat diijabkabul bersama pasangannya, Nurul Shuhada sekitar jam 11 pagi di rumah pihak perempuan, Perlis. Berita gembira itu turut dikongsikan Hafidz di akaun Instagramnya.

Luahan penuh Uqasha Senrose tentang Hafidz Roshdi (video)

Khamis, 21 April 2016

Ikuti luahan penuh Uqasha Senrose mengenai Hafidz Roshdi yang dimana hubungan mereka kini semakin parah. -video mStar Online

PANAS! Uqasha gelar Hafidz biadap...

Ahad, 17 April 2016

Kenyataan Hafidz Roshdi di Instagram yang telah dipadam baru-baru ini telah membuatkan Uqasha Senrose membalas kembali perkara tersebut dengan menyifatkan tindakan Hafidz itu sebagai biadap.

Dalam kenyataan itu Hafidz juga telah meluahkan rasa tidak puas hatinya dan mempersoalkan tindakan Uqasha melibatkan tunangnya didalam pergaduhan itu.

Hafidz Roshdi beri amaran pedas kepada Uqasha Senrose!

Khamis, 14 April 2016

Sebelum ini Uqasha Senrose dalam Twitter miliknya telah menyindir tunang kepada Hafidz Roshdi, dan kini Hafidz sendiri juga berasa tidak puas hati. Tengok beberapa komen Hafidz terhadap Uqasha.

Uqasha Senrose bengang di tunang Hafidz Roshdi (7 gambar)

Selasa, 12 April 2016

Dengar khabar yang pelakon Uqasha Senrose bengang melalui laman sosial Instagram miliknya disebabkan satu artikel sebelum ini mengenai tunang Hafidz Roshdi yang cemburu dengan adegan mesra Hafidz dengan Uqasha.

Uqasha sepertinya sangat emosional dengan Hafidz kononnya Hafidz ni kuarkan cerita seperti ini kat media. Tak diketahui kenapa Uqasha emosional sangat-sangat ni kan.

Pelakon Tundukkan Playboy Itu, sudah bertunang dengan...

Isnin, 11 April 2016

Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi mengesahkan dirinya sudah bertunang dengan seorang pelajar kolej swasta pada 5 Disember, tahun lalu.

Bagaimanapun dia dan pasangan tidak merancang untuk berkahwin pada waktu terdekat ekoran wanita itu masih menuntut dalam peringkat ijazah.

Hafidz Roshdi Hero Drama Tundukkan Playboy Itu (7 gambar)

Khamis, 25 Februari 2016


Sebenarnya Hafidz ini muda lagi, baru berusia 21 tahun dan pernah menyertai pertandingan Hero Remaja seangkatan dengan Fattah Amin, Syarul Ridzwan dan Syafiq Kyle bagi musim 2011/2012.

Hafidz kini sedang menuntut di Open University Malaysia dan pernah berlakon dalam beberapa drama lain sebelum ini seperti Baby Ana Milik Siapa dan Aku Pilih Kamu.