Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Video Fouziah Gous terlompat-lompat ketika sarat mengandung!

Rabu, 13 September 2017



Fouziah Gous kini hamil anak ke-2 nya. Namun kehamilannya bukan buat dia berehat malah semakin aktif dengan senamannya. Video yang dimuatnaik Fouziah mengundang padah apabila dia kelihatan melompat-lompat di gym dengan sarat mengandung itu.

Ramai yang beranggapan ianya terlalu bahaya dan boleh menganggu anak dalam kandungan. Ada juga yang beranggapan Fouziah mungkin tahu apa yang dilakukannya dan sentiasa berhati-hati dengan setiap langkahnya.

Sharifah Sakinah mengandung pergi bersenam (11 gambar)

Jumaat, 24 Februari 2017


Untuk pengetahuan anda sewaktu tempoh hamil ibu yang mengandung amat berisiko menghadapi kencing manis hanya dalam tempoh hamil. Jadi disebabkan itu Sharifah Sakinah berasa pentingnya senaman ketika sedang hamil.

Kata Sakinah lagi, dengan senaman juga dapat mengurangkan rasa stress dan boleh menaikkan stamina untuk bersalin nanti.

Sakinah juga turut berpesan kepada semua, bagi yang sedang hamil jika mahu melakukan senaman jangan lupa untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dan sewaktu melakukan senaman pastikan jurulatih anda sentiasa ada bersama anda. -Mediahiburan

Aeril Zafrel buat ini demi Wawa Zainal.. Auchh

Jumaat, 9 Disember 2016

Berikutan ramai yang mahu mengoda pelakon kacak, Aeril Zafrel, empunya badan Aeril sepertinya mempersiapkan diri untuk mengelak pelbagai pujukan dan rayuan peminatnya.

Dia kini dikatakan mahu kelihatan semakin berisi dan sasa berikutan kini berjinak-jinak ke pusat gym untuk membina otot badan.
“Dia (Wawa) yang suruh saya besarkan badan selain push saya untuk ke gym. Demi mengikutkan kehendak dia saya turuti,” katanya. Tambahnya lagi, dia kini dalam proses untuk menambahkan berat badannya.

“Buat setakat ini, saya tak jaga makan dan memang saya nak gemuk. Saya pula jenis cepat besar dan kurus. Bukan setakat itu sahaja saya buat badan ini untuk kerjaya supaya lebih sesuai dengan heroin, lagipun untuk lelaki biar besar sikit,” ujarnya

Badan Norman Hakim terkini.. WOW (2 gambar)

Selasa, 17 November 2015

Dah makin berjaya dah Norman Hakim untuk memberikan gambaran yang badannya kini seperti ahli bina badan. Terbaru gambar dibawah ini diambil dari blogger Budiey yang menujukkan sesi photo studio bersama Norman.

Shuib Sepahtu mahu jadi abang sado! (3 gambar)

Jumaat, 9 Oktober 2015

Wah kini Shuib Sepahtu dah nak makin sado. Dengarnya perubahan itu dilakukannya setelah 2 bulan bekerja keras ke gym untuk menjadikan badanya berketul dan berurat.

Lihatlah pemakanan sahaja. Rasanya untuk Shuib je ni kot. hihi.

Sharifah Sakinah akui jarang jumpa suaminya sebab..

Sabtu, 5 September 2015

Dengar khabar yang Sharifah Sakinah kini sudah jarang-jarang berjumpa dengan suaminya, Aliff Adha sejak berkahwin 28 Mac yang lalu.

Nak tahu apa sebab dia.. tonton video kat bawah ini. -video mStar

Agnes Monica tayang pehanya yang hot.. (6 gambar)

Khamis, 30 Julai 2015

Wah penyanyi Agnes Monica menayangkan pehanya yang dikatakan peha untuk atlit dan ahli bina badan, 'peha kekar' orang menyebutnya. Rasa-rasanya agak kedudukan Sharifah Sakinah bakal terancam ke tak ek. Hehe.

Wow bentuk badan Nabil Ahmad terkini! (2 gambar)

Isnin, 25 Mei 2015

Wah dengar khabar yang badan Nabil Ahmad kini dah sasah. Nak jadi bina badan yang sepertinya selebriti lain pun dah mula ke arah itu.

Bagi Nabil dia bukan nak menunjuk-nunjuk badannya yang baru dibina tu, tapi kawan-kawannya yang memuatnaik gambar bersama dia.

Erry Putra tayang 'itu'.. (7 gambar)

Khamis, 4 Disember 2014

Bukan main lagi Erry Putra punya bentuk badan ni. Ber pack-pack sangat. Memang kena dengan orangnya, dah la kacak. Keke. Perempuan jangan terliur pula.

Sharifah Sakinah tayang ketiak (2 gambar)

Selasa, 2 Disember 2014

Sharifah Sakinah tak usah diperkitaikan lah, memang dia seorang yang berani. Berani untuk muatnaik gambar yang ntah diluar kebiasaan seorang wanita Islam yang lain.

Baru-baru ini Sharifah ada memuatnaik gambar dia di Instagram yang menampakkan bahagian ketiak. Yang menjadi panas lagi, pengikutnya bergaduh mengenai ketiak berkenaan. Takpelah ada yang menasihati tu.

Tapi nak kata apa pun, Sharifah sebenarnya tak amik tahu juga mengenai komen-komen seperti ini. Hope lepas kahwin nanti, suaminya boleh menasihati Sharifah agar lebih berhati-hati untuk memuatnaik gambar. :)

Lihat paha Zul Ariffn, tidak boleh tidur malam!

Isnin, 8 September 2014

Melihat gambar yang dimuatnaik oleh pelakon popular masa kini, Zul Ariffin kini memang menjadi perhatian ramai. Apatah lagi penampakkan peha yang berotot besi hasil daripada senaman gym yang dilakukan Zul.

Ramai dikalangan peminatnya sangat teruja dan geli sehinggakan beberapa komen menarik telah sempat dibaca. Ada sampai yang tidak boleh tidur malam katanya.

Wow bentuk badan Agnes Monica! (7 gambar)

Rabu, 13 Ogos 2014

Bukan main lagi apabila melihat bentuk badan Agnes Monica ni, mengalahkan dan mencantas bentuk badan Sharifah Sakinah yang selama ini kita menyangka dia selebriti yang memiliki bentuk badan menarik.

Lihat Agnes, seorang yang rajin membentuk badannya dengan paling ketara bentuk badan perutnya, 6 pack gitu. Jadi macana Sharifah? boleh lawan ke?

Bentuk badan Norman Hakim terkini. Wow!

Selasa, 27 Mei 2014

Norman Hakim yang ditemui baru-baru ini di majlis pencarian Men’s Health Cover Guy telah mendapat perhatian, apabila bentuk badannya agak mengejutkan ramai pihak.

Bentuk badannya agak tegap dan sukar dipercayainya dengan usianya yang kini sedang meningkat. Mungkin juga, Norman selalu ke gym untuk menjadikan bentuk badannya menarik dan berotot.
“Bila diundang ke majlis seperti ini, rasa seronok pula rasanya dan membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjaga kesihatan dan memastikan tubuh badan saya kekal sihat serta lebih berotot,” - Norman Hakim. Petikan portal Murai

Baju gambar payu dara, Sharifah Sakinah dikecam

Rabu, 21 Mei 2014

Lagi satu kes yang timbul mengenai Sharifah Sakinah. Mengenai baju yang tertera gambaran sebuah aset wanita yang sangat kontroversi.

Tujuan sebenar penayangannya adalah untuk kempen kanser payudara, namun disalah ertikan oleh ramai pihak dengan mengecam beliau sebagai seorang yang tidak sensitif.

Lalu Sharifah terpaksa memadamkannya dan mengakui ianya tiada kena mengena dengan produk kesihatan miliknya.
"Foto itu berkaitan dengan sebuah kempen. Saya pun pelik kalau perkara buruk itu cepat sahaja menular walaupun orang ramai tak tahu kebenarannya.

"Ia hanyalah tujuan untuk kempen saja. Tapi, disebabkan foto itu jadi kontroversi, saya dah pun padamkannya,” - Sharifah Sakinah. petikan Sinar Harian

Baju tulisan 'merepek', Sakinah tak kesah!

Khamis, 15 Mei 2014

Sekali lagi, pelakon Sharifa Sakinah membuat publisiti bukan murahan mahupun mahal tapi hanya mempamerkan baju yang dianggap tak kena pada tulisannya.

Namun baju itu kata Sakinah hanyalah untuk strategi pemasaran untuk menyertai kumpulan senaman yang ditubuhkan.
"Ia bukan gimik, pada saya kalau sesuatu perkara itu bagus orang akan ingat dan jika tidak bagus sekalipun orang lagi akan ingat.

"Lebih ramai yang kutuk, bermakna lebih ramai yang sedar tentang fitness saya dan bagi saya ia adalah satu strategi pemasaran sahaja,"

"Bohonglah kalau saya kata tidak penat dengan cacian masyarakat tetapi saya tidak kisah dan malas untuk ambil pusing.

"Saya buat tidak tahu sahaja kerana kalau saya melawan nampak saya seperti mereka terpulang kepada mereka untuk terima atau tidak," -Sakinah. petikan mStar.

Gambar bentuk badan Kilafairy

Khamis, 3 April 2014

Tidak dinafikan senaman dan aktiviti yang menyihatkan pastinya dapat menghasilkan sesuatu yang menarik perhatian terutama dibahagian tubuh.

Itulah yang berlaku kepada pelakon, Kilafairy apabila kelihatan tubuhnya memang langsing dan menarik sekali.

Melihat daripada gambar yang dimuatnaik, pastinya dia seorang yang aktif bersukan seperti boxing, pergi gym dan juga aktiviti fitness.

Tayang perut untuk peminat - Sharifah Sakinah

Sabtu, 22 Mac 2014

Beberapa hari lalu, Sharifah Sakinah sekali lagi membuat dunia hiburan menjadi terjaga, apabila dengan beraninya memuatnaik gambar dia dengan menampakkan bahagian pusatnya.

Kononnya ingin menunjukkan dia sudah mempunyai ketulan yang dipanggil 'six pack' yang selalu ada untuk buat kaum adam yang kuat bersukan.

Namun, Sharifah yang ditemui untuk menjelaskan semua itu, dan ini jawapan dia..

Foto Seksi Bukan Untuk Publisiti Tetapi cari Pelanggan - Ammar

Isnin, 18 November 2013

Gambar seksi yang sering dimuatnaik oleh Ammar Alfian di laman sosial miliknya bukanlah mencari publisit murahan tetapi hanya untuk mencari pelanggan menurut portal mStar, ha bukan pelanggan gigolo ok.

Hanya untuk mencari pelanggan pelatih baru untuk yang mahu mengikuti kelas gym kerana tugas Ammar sebagai jurulatih gym berkenaan.

Fahrin Ahmad Ke Gym di Bulan Ramadan

Khamis, 18 Julai 2013

Ha korang jang terperanjat bila membaca tajuk di atas, bukannya Fahrin Ahmad ni tidak puasa, pasti tidak sama sekali dan itu jauh sekali tekanya.

Sebenarnya Fahrin ni seorang yang aktif gitu, dia menitikkan soal kesihatan badan dan juga ibadahnya. Memetik portal Murai semalam, dia akui membahagikan masa dengan berpuasa dengan masanya untuk pergi ke gym.

Tambahan lagi, bagi menghormati bulan Ramadan, Fahrin tidak mengambil apa-apa bahagian dalam sesi pengambaraan filem/drama sehinggalah lebaran nanti.
"Selalunya saya akan ke gimnasium sekurang-kurangnya selama sejam selepas menjalani solat terawih. Bukanlah mengangkat besi yang berat sangat, tapi cukuplah sekadar berlari di atas treadmill dan membuat sedikit senaman fizikal.

"Entahlah ada yang kata saya ni sudah kurus dan ada yang kata pula saya ni tak patut kurus. Tapi bagi saya bersenam adalah jalan terbaik untuk sentiasa tampak cerdas dan kekal sihat.

"Malah saya tak mahu berhenti bersenam di bulan ramadan ini kerana dalam usia 30-an saya takut kalau berhenti semingu atau dua, ia akan menyebabkan momentumnya akan lari dan juga menyebabkan saya malas untuk memulakannya semula.

"Bukan bersenam saja, malah saya akan menyertai perlawanan bola sepak persahabatan tidak lama lagi yang dianjurkan teman-teman saya," -Fahrin