Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Flexia Yeap akui dirinya masih single!

Khamis, 5 Mac 2015

Model yang menjadi perhatian, Felixia Yeap yang baru-baru ini memuatnaik post mengenai status dirinya di Facebook telah menimbulkan ramai reaksi.

Flexia mengakui yang dirinya kini belum berpunya lagi. Dan persoalan itu terjawab apabila ramai yang mahu tahu apakah status dia buat masa ini.

Dah popular buat duit pulak.. Instagram Felixia Rania

Jumaat, 3 Oktober 2014

Agak mengejutkan apabila mendapati status yang dikeluarkan Instagram milik raisyyahrania.official telah mendapat kritikan pengikutnya.

Mana taknya memuatnaik gambar unuk servis untuk mengiklankan produk di laman sosial yang sudah popular milik model mualaf, Felixia Rania Yeap. Dengan dakwaan ramai yang mengatakan Instagram berkenaan sengaja mengaut keuntungan atas tiket populariti.

Falexia Yeap bakal masuk Islam bulan Ramadan ini!

Selasa, 24 Jun 2014

Menurut portal Harian Metro, model yang kini popular kerana transformasi nya mengenakan pakaian Muslimah pada dirinya walaupun masih menganut agama asal, Falexia Yeap bakal menjadi saudara baru orang Islam atau masuk Islam kemungkinan pada bulan Ramadan nanti bersempena harijadinya.
"Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadhan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan,”
Apabila ditanya adakah dia ingin menukar agamanya kerana teman lelakinya yang juga seorang Melayu Islam, dia menafikan tuduhan itu dan berkata dia memeluk Islam kerana sayangkan Islam dan dia memerlukan lebih masa untuk mempelajari dan mempersiapkan diri sebelum memeluk Islam.

10 Gambar Flexia Yeap Manis Bertudung

Jumaat, 10 Januari 2014

Awal minggu lalu, kita di gemparkan dengan bekas model majalah Playboy Filiphine, Felixia Yeap yang kini mengenakan hijab sepenuhnya pada dirinya, menyedari kadang kala berhijab, Flexia telah mengenakan penampilan ini sekitar pertengahan 2013 yang lalu.

Flexia yang berusia 27 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak itu merupakan anak dari keluarga penganut Thiong Hua yang kini sangat suka apabila memakai pakain muslimah itu terutama hijab dan jubah.

Walaupun akui dirinya masih belum lagi muslim, tapi Flexia berasa tenang bila memakai pakaian muslimah ini. Walaupun kehilangan peminat yang rata-rata hanya meminati tubuh badannya, dia kini mahu dirinya dihormati sebagai seorang wanita bukan dari tubuh badan tapi daripada penjagaan aurat.

Kita berdoalah agar Flexia lebih terbuka memilih agama Islam untuk jalan hidupnya kelak, kerana Islam itu indah.