Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Datuk Aliff Syukri bagi nampak harta jutaan Ringgit miliknya (video)

Selasa, 5 Januari 2016

Sebelum ni Dato Seri Vida yang memaparkan berapa banyak harta yang dimilikinya. Kali ini Datuk Aliff Syukri pula yang ditemu ramah Dato Aznil @Pak Nil.

Berbeza dengan Dato Seri Vida, Datuk Aliff memiliki kekayaan yang dia sendiri jarang merasakannya, siap ada tanda harga lagi setiap aksesori. Auuch..

*klik video untuk play..

Zizan bantu anak kemalangan DUKE, terima komen negatif!

Khamis, 14 Mei 2015


Zizan Razak Tolong Anak Yatim Kemalangan Myvi
Zizan baru-baru ini telah melawat anak-anak mangsa nahas di DUKE dan sebagai manusia biasa Zizan sendiri mempunyai rasa belas kasihan.

Tapi biasa lah tak semua benda yang kita buat dapat memuaskan hati semua pihak. Walaupun Zizan baik hati cuba menghiburkan adik Amira dan Aqila, namun ada sesetangah pihak masih ingin memberi komen negatif terhadap perbuatan Zizan tu.

Kereta Ferrari Zizan Razak remuk?

Khamis, 19 Mac 2015

gambar palsu yang digembar gemburkan kereta milik Zizan Razak

Kereta Ferrari yang dipandu Zizan Razak hanya mengalami kerosakan kecil selepas melanggar pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama di Putrajaya, pada petang Selasa.

Pembantu peribadinya, Izwan mengesahkan perkara itu dan memberitahu Zizan, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya masih belum membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Kereta Ferrari F430 milik Azlan The Typewriter (3 gambar)

Rabu, 4 Mac 2015

Dalam tak disangka, Azlan (The Typewriter) kini memiliki kereta berharga setengah juta Ringgit. Azlan difahamkan memiliki Ferrari model F430. Namun buat Azlan dia enggan menghebahkan lebih lanjut mengenai hal kereta ini kepada sesiapa.
“Ini personal… bahayanya soalan ini,” ujar Azlan.
Amboi, macam nak cuba melarikan diri saja. Ala… kalau betul itu adalah kereta Azlan apa salahnya, ye dak?

Ferrari milik Zizan Razak (3 gambar)

Sabtu, 10 Januari 2015

Wah bukan main hebat lagi pelawak Zizan Razak membeli kereta mewah pertamanya, Ferrari F430 berharga RM700,000 ribu tu. Gambar ini diambil oleh seseorang facebooker (terima kasih id: Da*** Mohmad | Siti Hajar Sheh MohdH**** | Muhd Nazrul Hi****) yang kebetulan nak melihat MaharajaLawak Mega 2014 semalam dimana kumpulan Virus tengah berbincang sesuatu sebelum masuk ke dalam dewan.

Tak pasti pula kereta ini punca perpisahan diantara dua kekasih.. keke..

Gambar Tania Zara bersama Supercar!

Khamis, 28 Mac 2013

Wah bertuah sungguh pelakon dan juga pengacara, Tania Zara apabila mendapat bahagian dalam kalau tidak silap untuk sebuah scene bersama pemilik serta kereta mewah yang juga 'supercar' berharga hampir mahupun lebih RM1 juta.

Memang impian setiap orang nak menaiki kereta seperti ini, tapi diingatkan harga roadtax untuk sebuah kereta ini mencecah RM10,000-RM30,000 dan CCM pula RM10,000 lebih sebulan. Anda mampu? haha. Layan ja lah gambar Tania di bawah ni. -instagram Tania Zara

Gambar Pra-Wedding Datuk Lee Chong Wei, Wong Mew Choo

Rabu, 24 Oktober 2012

Pemain badminton nombor satu dunia dan juga atlet nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei (LCW) seperti sedia maklum bakal mengahwini kekasihnya yang juga pemain badminton wanita negara, Wong Mew Choo pada 10 November akan datang.

Namun kedua-dua pasangan ini sudah pun pergi membuat sesi photographer pra-perkahwinan mereka dengan penuh colorful. -gambar facebook.com/LeeChongWeiOfficialFansClub


Dato' Lee Chong Wei punya Ferrari

Rabu, 22 Februari 2012

Dato' Lee Chong Wei memang terkenal sebagai pemain badminton berstatus nombor satu dunia, dan kehebatan di gelanggang juga tidak dinafikan. Dah atlet yang berjaya, jadi dah secocoknya dia menerima banyak imbuhan dan insentif daripada kerjayanya itu. Kini dengan usahanya itu, dia memiliki Ferrari F430 yang dikhabarkan atlet pertama memilikinya.

Sebelum ini Chong Wei dikhabarkan memiliki Nissan GTR R35, namun kereta itu dikatakan dijual untuk membeli kereta Ferrari ini. Selain itu Chong Wei juga mempunyai kereta BMW X6 Coupe dan Proton hitam Inspira 2,0 (hadiah dari Proton)

Gambar Aaron Aziz ke Tokyo

Jumaat, 13 Januari 2012

Aaron Aziz yang sebelum ini cedera di set pengembaraan filem Gangster 2 kini berada di Tokyo, Jepun untuk menjayakan rombongan Drive M7 sekaligus satu lawatan ke pusat operasi utama minuman bertenaga. Dan dengan itu Aaron juga dilantik menjadi duta bagi syarikat berkenaan. Dalam kesempatan itu Aaron dan Isteri juga dijemput menikmati kereta mewah terbaru Ferarri.

Ferrari Milik Dr. Rozmey

Selasa, 20 September 2011

Dr Rozney kini bukan sahaja seorang yang disegani kerana memiliki kepandaian dalam bidang perniagaan malah berjaya dalam produk kesihatan yang dia terokai. Ramai orang sudah yakin dengan produk keluarannya malah menganggap ianya sesuatu yang wajar dicuba jika anda mempunyai masalah kesihatan. Pemiliknya akan merasa itu satu perhargaan buat dirinya.

Dah namanya bos, jadi tak hairanlah kalau seorang bos memiliki sebuah kereta yang menjadi idaman setiap manusia yang dah punya kereta. Apatah lagi kereta berkenaan harganya hampir nak sejuta ringgit. Mesti best giler bila nek keta macam ni kan.

Dr Rozney kini memiliki kereta Ferrari. Oo. satu aset yang begitu mahal nampaknya. Plat nombor pun bukan calang-calang, mo puluh ribu juga harga tu plat. Tahniah lah bro dah memiliki kereta ini, kita apa boleh buat, tengok jek ler. Hehe.

[via]

Shaheizy Sam bagi rantai kepada ibunya

Khamis, 12 Mei 2011

Sempena Hari Ibu yang lalu, ramai orang kita kini menyambutnya, bahkan menjadi satu tradisi yang wajib diraikan setiap tahun. Takpelah, asalkan tidak bercanggah dengan ajaran Islam dah mencukupi, yang penting niat kita nak mengembirakan hati orang tua, dan selepas ini Hari Bapa lagi. Tidak ketinggalan selebriti kita seorang ni, Shaheizy Sam meraikan Hari Ibu dengan ibunya, Kathy Fauziah.

Hadiahnya memang cukup special dan diantara hadiah paling mahal sempena Hari Ibu tahun ini di seluruh dunia. Hehe. Hadiah set rantai mutiara yang dimenangi Sam ketika ABPBH 2010 yang lalu. Rantai tue harga dia RM180,000. Nah melepaslah bakal isteri Sam nanti kan, takpe2 mungkin Sam berikan kereta Ferrari kepada bakal isterinya, mana tahu kan. Hehe. Ini kata Kahty selepas Sam menyarungkan rantai berkenaan kepada Bharian.

“Mummy rasa begitu terharu dan gembira di atas pemberian ini. Tiada kata secantik bahasa untuk Mummy selain ucapan terima kasih kepada pihak Rafflesia, Bill Bora, Berita Harian, TV3 dan rakan media serta peminat Sam sendiri. Jika tidak kerana peminat Sam yang mengundi, saya tidak akan dapat memakai kalung ini.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu khusus kepada semua ibu di seluruh dunia tidak mengira bangsa mahupun agama,” ujar Khaty.

Bila Aaron Aziz bersama Ferrari

Rabu, 10 November 2010

Pelakon kacak, Aaron Aziz sememangnya pelakon lelaki yang menjadi kegilaan ramai wanita di Malaysia mahupun Singapura. Tubuh badan yang menarik perhatian, ditambah dengan paras wajah yang hensem sepertinya Aaron sesuai digelar 'Shah Rukh Khan Malaysia'. Tapi jangan lupa, Aaron dah beristeri, korang dah terlewat dah. Hehe. Gambar Aaron kali ini adalah gambar yang diambil ketika dia menjadi model di pusat pameran kereta mewah, Kuala Lumpur & Temasek Enterprise Sdn. Bhd (KLT) baru-baru ini.


Siti Nurhaliza naik kereta Ferrari

Rabu, 6 Oktober 2010

Acara majlis SimplySiti baru-baru yang lepas, memang banyak kejutan, tidak dari penampilan Siti, Aksi Ezlynn dan yang terkini Siti menaiki kereta Ferrai model baru yang harganya mencecah RM1.2 Juta yang didatangkan khas oleh syarikat permotoran Naza. Mungkin hanya sebagai promosi untuk kereta berkenaan sahaja. Dengan warna kemerahan kepada Siti dan Ferrari menampakkan keserasian yang menarik. Tapi yang tak bestnya, bukan Datuk K pula yang pandu.

Kereta Ferrari Siti Nurhaliza

Isnin, 17 Ogos 2009

Alkisahnye diorang ni p jln2 kt melaka smlm. Pastu terserempak ngn ct kt tmpt ni...so diorang ambik lah gmbr. Pastu ternmpak keta ferrari merah parking kt tmpt yg xde org parking ni...kabarnye ni keta datuk ct. So diorang pon ambik lah gmbr ngn keta datuk ct ni. walopon pakai mask still nk bgmbr. Sebab diorng pakai mask so bolehlah gmbr tu di paste kt sini, x payah susah2 nk edit utk blurkn wajah diorang sebab mmg org dh x cam.

Yg nk djdkan citer di sini bukannye citer diorang ni jumpa datuk ct, tp nk citer yg datuk ct ni byk btul kreta nye ye. Setau aku hr tu audi q7, sbelum ni bmw, pastu merc yg plate wpt** tu, yg plate my 5171 tu ape ekk??

mintak sejibik??? -Peminat