Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Feeya Iskandar mengamuk besar dalam Instagramnya

Khamis, 3 Ogos 2017

Bukan main marah lagi deejay, Feeya Iskandar atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Piah. Hal ini disebabkan ada orang mengomen bentuk badannya yang semakin berisi.

Melalui gambar yang dimuatnaik di Instagram, Cik Piah sangat marah kernaa menyinggu perasaannya dan tidak suka orang sibuk hal kainnya.

Feeya Iskandar bagi tips supaya 'tidak koyak' ketika bersalin

Khamis, 23 Februari 2017

Deejay Feeya Iskandar atau Cik Piah yang selamat melahirkan anak sulung beberapa hari lalu telah berkongsi tips untuk 'tidak koyak' ketika bersalin khas untuk para wanita.

Anak sulungnya itu diberi nama, Adam Malique, seberat 2.8kg tanpa koyak dan beliau juga tidak menerima sebarang jahitan selepas bersalin.
1. Minum minyak kelapa dara.

Sejak kandungannya mencecah usia 7 bulan Cik Piah berkata bahawa beliau sudah mula mengamalkan sesudu minyak kelapa dara ini setiap pagi dan malam sebelum tidur.


2. Jangan angkat punggung ketika sedang meneran bayi untuk keluar.

Cik Piah berkata, suami perlu menemani isteri di dalam bilik pembedahan kerana waktu meneran bayi itu dilakukan, seluruh tenaga digunakan dan ketika itu si isteri tidak akan ingat apa yang berlaku. Suami perlu memainkan peranan untuk memengang badan si isteri supaya punggung tidak terangkat.


3. Minta maaf dengan orang sekeliling.

Sebelum bersalin Cik Piah mengingatkan supaya meminta maaf dengan orang sekeliling, lebih-lebih lagi dengan suami, ibu dan bapa, saudara mara juga sahabat handai. Mintalah mereka berdoa untuk anda supaya segala urusan ketika hendak bersalin dipermudahkan.


4. Berfikiran positif.

Tips terakhir yang diberikan oleh Cik Piah ini adalah anda harus selalu berfikiran positif lebih-lebih lagi jika ingin melahirkan bayi sulung. Ini kerana di dalam minda anda akan selalu memikirkan bagaimana situasi ketika bersalin nanti. Kata Cik Piah jika kita set minda kita dengan perkara positif In Sya Allah kita tidak akan merasa sakit.

Kepada ibu-ibu yang akan bersalin tidak lama lagi boleh la cuba petua dan tips dari Cik Piah ini. Mudah-mudahan segala urusan ketika hendak melahirkan bayi nanti akan berjalan dengan lancar.


IG - Feeya Iskandar

Deejay Feeya selamat melahirkan anak sulung (gambar)

Rabu, 8 Februari 2017

Deejay Sinar FM, Feeya Iskandar selamat bersalin anak sulung berjantina lelaki semalam kira-kira jam 11.30 pagi. Feeya bersalin di sebuah pusat perubatan swasta Klang.

Memetik Bharian, bayi lelaki seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan secara normal. Feeya berkata, dia dan suami sepakat menamakan putera sulung mereka, Adam Malique.

Sekitar pernikahan, persandingan Feeya Sinar FM (56 gambar)

Isnin, 9 Mei 2016

Penyampai Sinar fm Feeya Iskandar telah selamat diijab kabulkan dengan suaminya, Nurashid Abd Wahab hanya dengan sekali lafaz.

Masjlis akad nikah yang berlangsung di kediaman Feeya di Johor Bahru telah berjalan dengan lancar dan penuh meriah. Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh serta mas kahwin sebanyak RM 1000.

Majlis resepsi akan berlangsung esok di Sangkar Mustika, Johor Bahru.  -Gambar Sinar FM

Feeya Iskandar dah bertudung. (3 gambar)

Rabu, 13 Januari 2016

Dengar khabar yang instagram Sinar FM, Feeya Iskandar telah bertudung. Ini juga merupakan azam barunya yang sudah direalisasikan sendiri oleh Feeya. Alhamdulillah

Feeya Sinar FM selamat bertunang (10 gambar)

Isnin, 7 Disember 2015

Deejay radio Sinar FM, Feeya Iskandar selamat bergelar bertunang kepada jejaka pilihannya, Nurashid Wahab yang diadakan di Puncak Jalil, semalam kira-kira selepas waktu Isyak.

Feeya memberikan tujuh dulang hantaran kepada Rashid manakala Rashid membalas lima dulang hantaran kepada Feeya. -gambar Instagram @feeyaiskandar89 @orkidphoto @hafizharipin.

DJ radio ERA diragut sampai mati?

Isnin, 30 Mei 2011

Eik, biar betul cerita ni sampai terjadinya kes kematian berlaku melibatkan selebriti. Apatah lagi melibatkan nama besar radio Era dimana deejaynya diragut sehinggakan begitu. Deejay yang dimaksudkan melihat gambar ini adalah Feeya yang terkenal tue di Era. Memang berita ni belum mendapat liputan yang meluas disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.

Sebab ini semua hanya propa jer jah-jah. Feeya rupanya berlakon untuk drama Kasih Alia yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Tengok gambar macam real kan, dah teknologi sekarang ni, len la zaman dahulu, pakai sos, ngeh2..