Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Berita mengejutkan dari Faye Kusairi

Khamis, 28 September 2017

Faye Kusairi yang berkahwin dengan bekas suami Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta pada 9 April lalu mengumumkan dia kini telah berbadan dua. Usia kandungannya sudah hampir 3 bulan.
Faye Kusairi telah mengesahkan hamil 3 bulan. Perkara itu disedarinya selepas mengalami loya-loya dan kerap kali muntah serta hilang selera makan beberapa minggu lalu.

“Pada awalnya, saya hilang selera makan dan saya fikir inilah masa terbaik untuk saya menurunkan berat badan. Tapi beberapa minggu selepas itu saya muntah-muntah dan apa yang saya makan keluar balik. Bila saya buat ujian kehamilan, barulah saya faham kenapa saya kurang sihat”

“Boleh dikatakan simptom itu masih ada dan saya juga cuba hadkan aktiviti saya kerana kandungan ini masih baru,

“Suami dah tahu dan dia juga teruja untuk menantikan anak ini yang dijangka lahir sekitar April depan. Malah dia juga sering mengingatkan saya untuk memperlahankan aktiviti dan tidak lasak seperti selalu”

“Dia juga ada belikan saya buah-buahan untuk mengurangkan rasa loya. Apa yang boleh saya katakan dia banyak memberi sokongan moral sejak mengetahui saya hamil,” kata Faye

Sebab kenapa Faye Kusairi rancang nak hamil tahun depan

Jumaat, 26 Mei 2017


Faye Kusairi mengakui sejak bergelar isteri kepada pengarah drama, Azmi Hatta, dia lebih senang bersikap low profile daripada sebarang publisiti. Azmi juga dilihat agak terbuka berbicara soal perancangan memiliki cahaya mata.

"Alhamdulillah, kehidupan semuanya baik-baik saja. Soal cahaya mata, apa yang boleh saya katakan kami masih merancang ke arah itu, mungkin tahun depan!

"Ini kerana salah seorang anak abang (panggilan kepada suami) iaitu Aqif akan menghadapi peperiksaan penting tahun ini. Justeru saya mahu dia memberi tumpuan kepada pelajaran Aqif terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online.

Pun begitu kata Faye, dia dan suami tidak pula menolak seandainya rezeki anak hadir lebih awal dari apa yang dirancang kerana percaya pada ketentuan Allah.

Sekitar perkahwinan Faye Kusairi, Azmi Hatta (24 gambar HD)

Isnin, 10 April 2017

Faye Kusairi menipu? kini sah isteri Azmi Hatta

Ahad, 9 April 2017

Apalah nak jadi dengan Faye Kusairi ni, sebelum ni pada 30 Mac lalu, dia ada memuatnaik gambar kad di laman sosial miliknya, dan mendakwa kad itu adalah kad majlis hari jadi anak saudaranya.

Namun lain pula yang terjadi hari ini, Faye disahkan berkahwin dengan Azmi Hatta bekas suami Elly Mazlein di Taman Cempaka Jalan Ampang sebentar tadi sekitar jam 12 pm.

Menurut sumber Harian Metro yang turut berada di kawasan kediaman itu, Faye menerima mas kahwin RM300.

Sementara itu menerusi akaun Instagram rasmi kelab peminat Faye iaitu Fayekusairiloversklub turut memuat naik gambar perkahwinan pasangan ini.

Muatnaik gambar kad kahwin, Faye Kusairi nak kahwin?

Jumaat, 31 Mac 2017


Faye Kusairi telah dikenali ramai akibat kontroversi dikaitkan dengan bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta. Baru-baru ini, Faye telah memuat naik gambar kad jemputan perkahwinan di akaun Instagram.

Walau bagaimanapun, gambar yang menunjukkan ibu bapanya yang sedang menyusun kad jemputan itu dianggap sebagai salah faham peminat sahaja.

Faye Kusairi, Azmi Hatta akhirnya akan berkahwin...

Ahad, 15 Januari 2017

Pelakon Faye Kusairi mengakui beliau dan kekasihnya, pengarah Azmi Hatta sudah merancang untuk menamatkan zaman bujang aka kahwin selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Kami ada merancang untuk berkahwin Insya-Allah tahun ini tapi bukan bulan Februari kerana jadual saya padat dengan tiga buah drama yang sedang menjalani penggambaran.

Susah nak cari masa saya dan dia (Azmi) yang betul-betul sesuai. Daripada segi persiapan pun kami tak buat apa-apa lagi kerana hari-hari sibuk buat persiapan penggambaran.

Apa juga keputusan untuk berkahwin adalah hal peribadi saya dan saya buat apa juga yang saya rasa ia membuatkan saya gembira dan bukan untuk orang lain gembira.
Faye sebelum ini menerima pelbagai kecaman daripada netizen yang menganggap beliau adalah punca keruntuhan rumah tangga Elly Mazlein dan Azmi Hatta.

Walaubagaimanapun, Faye enggan lagi memikirkan perkara berkenaan dan tidak risau sekiranya keputusan untuk berkahwin ini juga mungkin akan mengundang kritikan.

Faye Kusairi gelar wartawan sebagai bodoh?

Jumaat, 21 Oktober 2016

Masih tiada kesudahan episod 'perang' diantara pihak Faye Kusairi = Azmi Hatta dengan Elly Mazlein. Terbaru Elly mendedahkan melalui Instagram miliknya dimana 'screenshot' Faye mendakwa wartawan dan media melaporkan berita sebagai bodoh.

Tindakan Faye dalam masa yang sama sebenarnya turut dilihat seperti mahu menutup periuk nasi sendiri kerana terlalu cepat melatah dengan apa yang terjadi.

Elly Mazlein dedah sikap Azmi ketika melahirkan anak

Rabu, 12 Oktober 2016

Elly Mazlein akhirnya mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab bekas suaminya, Azmi Hatta semasa dia sedang mengandung anak mereka sehinggalah detik-detik melahirkan bayi itu.

Paling menyedihkan ketika hendak bersalin, dia terpaksa memandu kereta seorang diri untuk ke sebuah pusat perubatan tanpa bantuan sesiapa.

Bagaimanapun katanya, selepas melahirkan Putri Sara Sefhia pada 9 Mac lalu, baharulah suaminya mengaku sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Faye Kusairi.
“Seminggu di hospital Naluri tu terus bekas laki mengaku bercinta dengan Fake (Faye Kusairi). Seminggu saya di hospital Naluri nasib baik tak meroyan… anak sakit kuning bapa tak peduli,”

“Dalam berpantang saya diugut akan disaman oleh Fake. Dalam berpantang saya tengok Fake nangis-nangis dalam TV kononnya dia dianiaya. Hmmm manusia ini,” luahnya di Instagram.
Kata Elly, semasa anaknya terkena demam kuning, Azmi langsung tidak ambil peduli namun sanggup menyebelahi Faye Kusiari kononnya dia menuduh wanita itu punca perceraian mereka.
Azmi Hatta dan Faye Kusairi.

Faye akhirnya mengakui bercinta dengan bekas suami Elly Mazlein tapi...

Jumaat, 7 Oktober 2016

Gosip kononnya pelakon Faye Kusyairi dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan bekas suami penyanyi Elly Mazlein terjawab apabila pelakon wanita itu akhirnya mengakui teka-teki berkenaan.

Tapi, Faye berkata, hubungan tersebut dijalinkan selepas Elly Mazlein dan suaminya iaitu pengarah drama Azmi Hatta bercerai.
"Saya mengakui berkawan rapat dengan Azmi tetapi ia berlaku sejak Disember tahun lalu iaitu kira-kira dua bulan selepas mereka bercerai. Saya menafikan menjadi punca perceraian mereka.

"Ketika perceraian mereka, saya sedang bercinta dengan orang lain dan selepas saya putus cinta barulah saya kenal Azmi. Itu pun selepas saya meminta Azmi menunjukkan bukti perceraiannya.

"Saya tidak akan rapat dengan dia jika saya tahu dia masih suami orang,

"Saya malas hendak komen apa tujuan dia (Elly) yang kerap kali 'menyerang' saya. Saya juga tidak ambil tahu atau terasa hati dengan tindakan dia.

"Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada kami itu biarlah kami dan orang-orang sekeliling sahaja yang lebih mengetahuinya," ujar Faye." ujarnya kepada mStar Online
Faye mendedahkan perkara itu selepas tidak tahan dengan tuduhan kononnya dia menjadi punca perceraian Elly Mazlein dengan pemuda tersebut.

Azmi dan Elly hercerai pada 15 Oktober 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, dekat sini iaitu kira-kira 11 bulan berumah tangga.

Faye Kusairi sindir Elly Mazlein

Khamis, 16 Jun 2016


Sebelum ini heboh kes Faye Kusairi yang dituduh sebagai orang ketiga punca Elly Mazelin bercerai dengan bekas suaminya.

Terbaru melalui laman Instagram Faye, ada satu caption yang sepertinya menuju kepada Elly.

Janganlah kamu berlagak diatas muka bumi ini seakan akan segalanya adalah milik kamu. Perbuatan jahat, segala fitnah yang dilontarkan dari mulut kamu itu haruslah kamu sadar ianya dilaknat Allah. Semoga hati hitam kamu itu mampu dilunturkan perlahan lahan. Sudah sudahlah ya.

Faye Kusairi mahu saman JAIS! PANAS

Selasa, 31 Mei 2016

Faye Kusairi bercadang meneruskan tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menceroboh rumah keluarganya bulan lalu.

Walau jabatan itu sudah membaiki kerosakan jeriji di pintu rumahnya, namun tindakan perlu diambil bagi mengelak kejadian sama berulang, kata pelakon itu.

Faye Kusairi dedah kisah sebenar serbuan JAIS ke rumahnya

Isnin, 18 April 2016

Faye Kusairi meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak untuk menceroboh rumah keluarga beliau tanpa sebarang usul periksa. Malah, Faye merasakan diri beliau teraniaya apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan beliau sanggup membuat laporan palsu dan melibatkan keluarganya sekali.

Menurut Faye, rumah miliknya yang didiami oleh ayah, ibu serta adik beliau di Bukit Antarabangsa diserbu masuk kira-kira jam 2.30 pagi Ahad lepas.

Elly Mazlein tak takut disaman!

Ahad, 10 April 2016

Sebelum ini pelakon, Faye Kusairi menafikan yang dia terlibat dalam penceraian Elly Mazlein dan bekas suaminya. Itu semua atas dakwaan Elly sendiri terhadap Faye yang menjadi punca terhadap keretakan rumahtangganya.

Faye juga membuat pilihan kepada Elly untuk memohon maaf atas dakwaannya itu atau mahu menyaman Elly jika enggan berbuat demikian. Semalam, Elly tampil menjelaskan bahawa beliau bersedia ke mahkamah demi menyelesaikan konflik yang tercetus.

“Saya tidak mahu komen apa-apa, sekiranya dijemput, saya akan pergi saja ke mahkamah,” katanya kepada mStar Online

Faye marah Elly Mazlein enggan minta maaf?

Isnin, 4 April 2016

Berita peceraian pelakon Elly Mazlein dan juga pengarah drama Azmi Hatta dikatakan berkait rapat dengan kehadiran orang ketiga yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Faye Kusairi. Berita ini hangat menjadi topik perbualan orang ramai terutamanya di laman sesawang. Bagaimanapun, Faye Kusairi tampil memberi penjelasan terhadap punca yang tidak relevan itu kepada pihak media.

Menurut Faye, tuduhan yang dilemparkan menjejaskan dirinya sebagai artis baharu malah keluarga juga turut menerima tempias. Tambahnya lagi, dakwaan Elly yang mengatakan Faye punca penceraian merupakan fitnah sama sekali dan beliau meminta agar Elly menarik semula tuduhan yang dilempar dan diarah agar memohon maaf kepadanya. Bagi pihak Elly pula, beliau tidak pernah menuduh sesiapa pun yang menyebabkan keretakan rumahtangganya

Mohon maaf atau di saman! -Faye Kusairi

Jumaat, 1 April 2016

Sebelum ini, terdapat cakap-cakap bahawa pelakon Faye Kusairi ialah punca perceraian Elly Mazlein dengan pengarah Azmi Hatta. Khabarnya, Elly turut membuat dakwaan itu dalam laporan sebuah akhbar. Kepada Harian Metro, Faye memberitahu yang dia menuntut Elly membuat permohonan maaf terbuka terhadapnya dalam masa sebulan hingga dua bulan sekiranya mahu mengelak tindakan saman.

Faye punca perceraian Azmin-Elly Mazlein?

Isnin, 21 Mac 2016

Pelakon, Faye Kusairi menyifatkan dakwaan dirinya menjadi punca perceraian antara penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, dengan pengarah, Azmi Hatta, sebagai mengarut.

Faye memetik Bharian berkata beliau terkilan apabila namanya terpalit sebagai pihak ketiga dalam kemelut hubungan dua selebriti terbabit sedangkan dirinya tidak begitu rapat dengan pasangan itu.
"Apabila membaca gosip berkenaan, saya faham masyarakat ingin tahu punca perpisahan Azmi dan Elly. Tetapi, adalah tidak adil apabila saya dipalit sama sebagai orang ketiga.

"Ini fitnah dan saya berasa terluka dengan tuduhan tidak masuk akal itu. Begitupun, tidak perlulah saya melatah atau memberi komen panjang-lebar. Yang penting perceraian Azmi dan Elly berlaku bukan kerana saya. Jika hendak diketahui puncanya, kenalah tanya mereka," katanya
Menerusi laporan sebuah akhbar mingguan hari ini, khabar angin mengatakan yang Faye menjalinkan hubungan dengan Azmi dan perkara itu dapat 'dihidu' oleh Elly. Dalam pada itu, Faye juga didakwa bercerita kepada beberapa pekerja belakang tabir dengan mengatakan Azmi dan Elly kononnya sudah bercerai pada Disember lalu. Menurut laporan berkenaan, berikutan kejadian itu Elly tidak boleh memaafkan Azmi dan akibatnya, mereka memutuskan untuk bercerai.