Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Datuk Rahman Hassan, Fadillah sah suami isteri (3 gambar)

Jumaat, 26 Disember 2014

Datuk A Rahman Hassan sah bergelar suami kepada dramatis Fadillah Mansor. Majlis nikah diadakan di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada semalam, 9 malam Jumaat, 25 Disember 2014.

Rahman menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Fadillah manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.


Rahman memberikan lima dulang hantaran iaitu beg, kasut, wangian, alat solek dan sepersalinan pakaian.

Manakala pihak Fadillah membalas lima dulang hantaran iaitu cincin, kasut, wangian dan manisan. -mStar

Fadilah Mansor sah bercerai

Jumaat, 19 Disember 2014

Mahkamah Rendah Syariah semalam mengesahkan perceraian antara pelakon drama, Fadilah Mansor dengan bekas suaminya, Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London yang dilafazkan pada 28 September 2012. -Bharian





A Rahman Hassan, Fadilah nikah pada tarikh....

Rabu, 17 Disember 2014

Tahniah kepada pelakon vateran, Datuk A Rahman Hassan dan Fadilah Mansor yang bakal bernikah pada 25 Disember depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas waktu Isya.

Menurut portal mStar, majlis diadakan cukup sederhana dan tiada tema dikenakan kepada tetamu.
"Saya minta maaf tidak dapat jemput ramai pada majlis perkahwinan itu nanti kerana tempat terhad kepada ahli keluarga sahaja. Itu pun ada sanak saudara jauh yang tidak dapat dijemput.

"Ia hanya majlis sederhana sahaja, saya pun sudah tua untuk buat majlis besar-besar sangat cukup untuk 400 tetamu sahaja," -Datuk A Rahman.

Duda, Janda bakal berkahwin Disember ini?

Jumaat, 14 November 2014

Siapa tidak kenal dengan pelakon vateran yang popular dimana-mana drama kaca tv, Fadilah Mansor. Terbaru dia difahamkan akan berkahwin dengan penyanyi era 60-an, Datuk A Rahman Hassan pada bulan Disember ini.

Namun buat Fadilah, dia tidak mahu komen lanjut mengenai hal itu, tapi sepertinya tidak menafikan berita itu berlaku.
“Takutlah saya nak cakap dulu. Saya tak nak komen banyak buat masa ini. Insya-Allah, tapi janganlah kecoh-kecoh dulu,”

“Apa yang saya boleh kongsi kalau umur dah macam ini kalau canang-canang sangat seganlah nanti orang kata over (keterlaluan) pula.

“Jadi saya ikut saja perancangan abang (A Rahman). Dia tak nak bising-bising dulu sampailah kami betul-betul sedia untuk berkongsi nanti,” -Fadilah petikan Bharian
Ikut informasi, Fadilah yang juga bekas isteri kepada pengarah filem veteran Ahmad Ibrahim (Mat London) sudah 4 tahun bergelar ibu tunggal memiliki 2 anak hasil perkahwinan itu.

Manakala A Rahman pula bapa tunggal kepada 3 anak termasuk pelakon dan pengarah Khir Rahman, selepas isterinya Datin Azizah Mohamad penyanyi 60-an meninggal dunia pada 26 April tahun lalu akibat kanser.