Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Aliff AF, Nas Adila AF bakal berkahwin (gambar)

Isnin, 21 September 2015

Tahniah Aliff Razali dan Nas Adila pula bakal menamatkan zaman bujang mereka bersama.
“Alhamdulillah, setelah tiga tahun bercinta, jodoh itu milik kami jua. Walau pun pernah putus sekejap dan sambung balik, tapi kami bersyukur dengan apa yang berlaku kerana pengalaman lepas banyak mengajar kami untuk lebih matang dalam perhubungan,” kata Nas
Sepakat memilih tarikh 12 Disember sebagai tarikh pernikahan dan persandingan, pasangan ini mengimpikan suasana bulan madu di Pulau Bali, Indonesia, tahun depan.

Malis pernikahan diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi 12 Disember dan bersanding pada petang hari sama, di Kompleks Finas.

Sebanyak lima dulang berbalas tujuh serta RM25,000 wang hantaran dipersetujui antara kedua-dua belah pihak.

Keseluruhan majlis mendapat tajaan berjumlah RM45,000 dari barisan penaja seperti Ari Weddingcouture (baju sanding), Anas Abdullah (baju nikah), Sri Lagenda Bridal (konsultan majlis perkahwinan), Adika Series, Adeyna, Eryn Cosmetic, Ekin Amri (jurusolek) dan Mazzjeffri dari Romancinta Bridal. -SinarHarian

'Upgrade' Kubur P. Ramlee RM25k Haram!

Selasa, 27 Ogos 2013

Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), adalah haram hukumnya di sisi agama Islam.

Memetik portal mStar semalam, Mmfti Selangor berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf.
“Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal.

"Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian,” -Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid
Komen dari pendakwah dan pembimbing jemaah Haji
"Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham disayangi ramai.

"Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti,

“Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri,” -Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar

Sah Jupe Tiada Permit! - Zed Zaidi

Isnin, 17 Disember 2012

Episod kelakuan Julia Perez atau Jupe yang dikatakan telah mengatakan sesuatu menaikkan kemarahan presiden Seniman, Zed Zaidi melalui laman sosial telah menyebabkan pelakon dari Negara Indonesia itu bakal disingkirkan daripada dunia hiburan tempatan negara Malaysia.

Ini berikutan siasatan Zed Zaidi dengan kerjasama Finas telah membongkar syarat kelayakkan sebagai seniman di negara ini, dan selain itu juga soal imigration yang turut dipersoalkan oleh Zed dengan membuktikan yang Jupe tiada permit untuk berlakon atau melakukan apa-apa jua aktiviti anak seni di negara ini.