Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar karpet merah Festival Filem Malaysia 28 (40 gambar)

Isnin, 5 September 2016

Emma, Kamal dah berbaik? jalan sedondon..

Gosip ketegangan hubungan cinta Emma Maembong dengan Kamal Adli rasanya tidak begitu indah khabar dari rupa. Mereka sebenarnya memang cukup akrab, dan kemungkinan sudah berbaik semula.

Ini dapat dilihat apabila mereka bersama-sama ketika hadir untuk Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28 hujung minggu lalu.
"Kami berjalan berdua di FFM28 selepas saya mengajaknya untuk ke acara itu bersama-sama. Saya bagaimanapun tidak boleh bercerita lebih lanjut lagi mengenai perhubungan kami.

"Apa yang saya boleh katakan, saya dan Emma masih berbaik dan doakan yang terbaik buat kami,"

"Apa yang terjadi sebelum ini salah saya juga. Beri kami ruang dan masa. Apa yang penting, sekarang saya belajar jadi lebih 'sweet'. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali," ujar Kamal.
Dan ini pula komen Emma
"Saya dan Kamal tidak pernah bergaduh. Apa yang berlaku tidaklah terlalu serius dan saya juga enggan bercerita lebih-lebih.

"Kami berjalan bersama (di FFM28) pun kerana dia (Kamal) bertanya pada saya mengenai perkara itu, dan saya OK saja," kata Emma memetik BH Online

Rabecca Nur Islam, Fauzi Bergaduh?

Selasa, 12 Mac 2013

Dengar khabar yang Rabecca Nur Islam bertengkar dengan berperang mulut diantara dia dengan Fauzi al-Qadri baru-baru ini. Kisah ini berlaku pada Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) pada 2 Mac lalu memetik sumber daripada HarianMetro.

Ini berlaku disebabkan Rabecca tidak puas hati dengan isu membabitkan suaminya. Masing-masing saling memaki hamu perkara yang lama dah disimpan itu. Bahkan pada mulanya bukan bermula dari situ, dari laman sosial dan telefon juga.

Tidak tahu apa perkara sebenar yang berlaku diantara mereka berdua ini, ternyata perang diantara dua artis ini belum lagi ada kesudahannya.

Gambar Neelofa di FFM25

Rabu, 6 Mac 2013

Gambar dibawah adalah gambar Neelofa di majlis gilang gemilang bersempena Festifal Filem Malaysia ke-25 (FFM25) yang semua dah tahu filem Bunohan merangkul pelbagai kategori anugerah yang dipertandingkan.

Namun kelibat Neelofa juga tidak kurang hebatnya, dengan pemakain yang boleh dikatakan pakaian 'terbaik' pada malam itu, fesyen rambut juga boleh tahan, nampak seperti old school. Hehe.


Johan sedia apa pun risiko! isu saman Ogy

Rabu, 30 November 2011

Sebelum ini Ogy telah mendakwa dirinya telah diaibkan oleh Johan di hadapan penonton termasuk tetamu VVIP, TPM, dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis FFM24 berlangsung. Menyifatkan isu ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh, kata Ogy, dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Johan. Johan enggan memberi penjelasan lanjut mengenai 'ketelanjurannya' itu kerana enggan memanaskan lagi keadaan.

"Buat masa ini, saya belum menerima apa-apa surat saman. Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini.

"Jika saya ada apa-apa program melibatkan media, baru saya bersedia untuk memberikan kenyataan kerana saya mahu adil pada semua teman media.

"Saya tidak mahu ulang benda sama banyak kali. Biar kita duduk pada suatu tempat yang sama, tanyalah apa pun, saya bersedia untuk menjawab," -Via

Gambar Scha al Yahya berbaju biru

Isnin, 28 November 2011

Dah lama tak post entry mengenai Scha al Yahya kan. Mungkin peminat-peminat Scha ternanto-nanti gambar terbarunya. Nah ni gambar Scha al Yahya yang diambil ketika dia menghadiri Karpet Merah FFM24 yang lalu. Tengok baju memang lawa dan cantik, tapi rambut Scha seperti tak diurus la. Mungkin sibuk kot, ke sana ke mari. sibuk berlakon drama/filem. Dengar-dengar, perkahwinan Scha dapat tajaan Astro sama dengan Lisa Surihani, bertuah badan nok. Hehe. Apa-apa pun enjoy dulu gambar Scha di bawa ni erk sempena cuti hari ni.

Scha Alyahya

Scha Alyahya

Scha Alyahya

Scha Alyahya

Scha Alyahya

-Gambar Via

Johan RL Kurang Ajar! -Ogy

Ahad, 27 November 2011

Episod ini berlaku semasa Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lalu. Idea pihak Astro menggabungkan Fauziah Ahmad Daud dengan Johan Raja Lawak sebagai hos mungkin dianggap boleh memberikan kelainan.

Namun, siapa sangka sebenarnya berlaku konflik senyap yang mungkin tidak disedari oleh kebanyakan penonton. Kekecewaan diluahkan oleh Fauziah atau Ogy ini mengenai sikap Johan terhadapnya sepanjang mengemudi majlis yang disaksikan hampir satu juta penonton itu.

Dakwa Ogy, Johan telah mengaibkannya di hadapan para penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.

“Hampir satu juta penonton dapat saksikan bagaimana Johan memperlekehkan, mengaibkan dan mempersendakan saya di pentas FFM. Ini bukan gelanggang Raja Lawak. Di depan tetamu kenamaanteri pula tu.

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.
Menurut Ogy, sepanjang majlis, dia hanya mampu beristighfar di dalam hati walau sedih dengan sikap Johan yang dianggap keterlaluan. Bagi Ogy, dia harus bersikap profesional kerana mahu tidak mahu, majlis perlu diteruskan dengan baik.
“Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.

“Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.

“Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.

“Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.

“Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali,” kesalnya.

Gambar Lisa Surihani di FFM24

Khamis, 24 November 2011

Gambar dibawah adalah gambar Lisa Surihani sempena Post Party FFM24 baru-baru ini. Kekasih Yusry ni betul-betul menawan dan sungguh anggun di majlis berkenaan. Dengar-dengar perkahwinan Yusri dan Lisa akan disponser oleh Astro dan akan disiarkan kat TV secara LIVE. Kalau betul, baguslah, dah tentu peminat Lisa tak sabar-sabar nak tengok Lisa kahwin secara Live. Tapi masih ada ke yang tak setuju dia dengan Yusry ni? hu..

FFM24

FFM24

FFM24

FFM24

FFM24

FFM24

FFM24

-gambar Via