Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Emma Akma sah bercerai, yang paling mengejutkan sekali adalah...

Khamis, 17 Mac 2016

Pelakon Emma Akma, 47, mengesahkan yang dia sudah bercerai dengan bekas suaminya Omar Ramli, 48, pada 14 Januari lalu setelah 7 bulan mendirikan rumahtangga memetik Bharian.

Emma Akma bercinta dengan Raffi?

Selasa, 24 Ogos 2010

Tahun lalu pelakon Emma Akma melalui detik paling sukar apabila berdepan masalah rumah tangga. Dia akhirnya disahkan bercerai talak tiga dengan bekas suami dan melalui detik sukar apatah lagi berhari raya tanpa suami di sisi. Kini Emma akui hatinya kini berbunga cinta semula apabila mengenali seorang pelakon baru, Raffi Hussin. Sudah hampir setahun mereka berkawan dan hubungan semakin hari semakin mesra. Emma juga enggan berselindung apabila ditanya keakrabannya dengan Raffi.

"Saya tak mahu berselindung, nanti kalau orang nampak kami bersama akan timbul cerita tidak elok pula. Sekarang kami memang sedang berkawan, bab jodoh itu kita tengoklah nanti macam mana. Kalau ada jodoh... adalah, kalau tak ada jodoh tu nak buat macam mana. Tapi hari ini dialah pilihan saya," kata Emma.
Raffi kelihatan malu-malu apabila Emma membuat pengakuan. Lebih-lebih lagi pelakon yang berasal darai Sabah itru jauh lebih muda daripada Emma. Raffi baru berusia 24 tahun sedangkan Emma sudah lewat 30-an. -ManggaOnline

Emma Akma sah bercerai talak tiga

Jumaat, 30 Oktober 2009

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini mengesahkan pelakon, Emma Akma bercerai talak tiga dengan suaminya, Mohd Kamal Jaafar Sidik. Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad mengesahkanperceraian Emma Akma atau nama sebenarnya, Noorakma Yunus selepas MohdKamal, 35, seorang pengarang akhbar melafazkan cerai dengan talak satu.

Pasangan berkenaan bernikah pada 1 Januari 2005 dan pernah dua kali bercerai sebelum merujuk semula Mac lalu.