Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Ekin AF3 hamil (gambar baby bump)
Isnin, 27 April 2015
Tahniah Ekin AF3 yang juga isteri kepada Yazer kini dikhabarkan hamil anak sulung mereka. Usia kandungannya itu sudah mencecah 4 bulan.
"Biasalah kehamilan pertama, saya mengalami pengalaman yang agak teruk. Makan pun tak lalu dan muntah teruk. Saya juga lekas nak cirit birit kerana alah susu. Badan pun jadi lesu sampaikan ibu dari Sabah datang KL kerana risaukan kesihatan serta keadaan saya
"Saya juga alah kepada bau. Bayangkan suami saya datang dekat pun ditanya sudah mandi ke belum. Padahal dia sudah mandi dan saya selamba tanya habis kenapa bau busuk.
"Saya juga tak tahan dengan bau minyak wangi yang terlalu kuat baunya. Begitu juga bau rokok, bau tandas dan bau mulut orang. Saya akan rasa macam nak termuntah," kata Ekin petikan Bharian
Yazer, Ekin selamat bergelar suami isteri (gambar)
Ahad, 28 Disember 2014
Pasangan kekasih yang mula dikaitkan bercinta sejak Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Ekin dan Yazer sah bergelar suami isteri semalam.
Majlis diadakan di kampung Ekin di Kampung Bebuloh Laut, Wilayah Persekutuan Labuan.
Mereka menjalinkan hubungan cinta selama sembilan tahun dan pernah putus seketika hujung tahun lalu.
Bagaimanapun jodoh kuat antara pasangan kekasih ini. Ahad ini mereka akan diraikan di lokasi yang sama.
Ekin sendiri tidak menyangka jodoh mereka panjang biarpun pernah dilanda badai hingga nekad memutuskan hubungan yang sedia terjalin sejak kedua-duanya menyertai Akademi Fantasia musim ketiga sekitar 2005. -Bharian
Tahniah! Ekin, Yazer bakal bergelar suami isteri (gambar)
Selasa, 14 Oktober 2014
Kalau tak silap tahun lepas bersamaan bulan Oktober hubungan cinta Ekin dengan Yazer yang kedua-duanya finalis Akademi Fantasia ini, telah putus.
Namun baru-baru ini pula, satu kejutan berlaku dimana hubungan mereka dikatakan pulih kembali dan bakal mengikat tali pernikahan yang sah setelah 9 tahun bercinta.
Sekeping gambar (atas) menunjukkan gambar yang tertera tarikh dan lokasi tempat bersejarah buat mereka berdua.
Tahniahlah kalau benar. :)
Namun baru-baru ini pula, satu kejutan berlaku dimana hubungan mereka dikatakan pulih kembali dan bakal mengikat tali pernikahan yang sah setelah 9 tahun bercinta.
Sekeping gambar (atas) menunjukkan gambar yang tertera tarikh dan lokasi tempat bersejarah buat mereka berdua.
Tahniahlah kalau benar. :)
8 Tahun Bercinta, Ekin & Yazer Putus!
Selasa, 24 Disember 2013
Dengarnya memetik portal Kosmo! semalam yang hubungan Ekin AF3 dengan penyanyi Yazer telah putus pada bulan Disember lalu dimana setelah 8 tahun bercinta.
Kasihan juga melihat satu hubungan yang lama dibina akhirnya putus tanpa ada ikatan yang sah kan. Apa boleh buat, kita sudah berusaha, mungkin ada pasangan lain yang pasti menunggu kita nanti.
Kasihan juga melihat satu hubungan yang lama dibina akhirnya putus tanpa ada ikatan yang sah kan. Apa boleh buat, kita sudah berusaha, mungkin ada pasangan lain yang pasti menunggu kita nanti.
Kosmo!: Kenapa hubungan Ekin dan Yazer boleh putus sedangkan kalian sudah bercinta selama lapan tahun?
EKIN: Ya. Saya bercinta dengan dia selepas keluar Akademi Fantasia pada tahun 2005 lagi. Selama lapan tahun kami bercinta pernah juga putus tetapi sambung kembali. Tetapi kali ini hubungan kami benar-benar sudah putus.
Bila kalian putus cinta dan apa puncanya?
Kami putus awal Disember lalu. Puncanya biarlah kami sahaja yang tahu. Tetapi kami putus secara baik.
Apakah perasaan Ekin bila hubungan dengan Yazer tidak berpanjangan?
Memang sedih sebab kami sudah bercinta selama lapan tahun. Tetapi hendak buat macam mana, jodoh kami sampai setakat ini sahaja.
Apakah perancangan Ekin selepas ini?
Selepas ini saya hanya fokus pada nyanyian. Lebih baik saya solo. Buat masa ini saya tidak fikir ingin bercinta.






