Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Edlin AF2 bercinta dengan bekas kekasih!

Isnin, 31 Januari 2011

Siapa sangka, selepas 10 tahun terpisah dari pandangan mata, Edlin AF2 bertemu dan bercinta semula dengan bekas kekasihnya. Kali terakhir Edlin bertemu dengan lelaki tutzz itu sewaktu belajar di tingkatan empat. Bagaimanapun selepat tamat sekolah, mereka berdua menyambung pelajaran di Melbourne, Australia tetapi sayang sekali tidak pernah berjumpa.

“Percaya atau tidak, walaupun belajar di tempat yang sama, kami tidak pernah berjumpa antara satu sama lain. Tetapi itu semua kerja Tuhan, kami bertemu semula pada tahun lepas melalui Facebook,” kata Edlin. -mStar
Selepas pertemuan di Facebook itu, kedua-dua mereka telah melafazkan semula ayat-ayat cinta serta termasuklah sudah berjumpa dengan ahli keluarga kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan restu. :)

Edlin, Farish Dating di Stadium

Sabtu, 25 Julai 2009

Ketika perlawanan Bola Sepak persahabatan antara MU dan Malaysia baru-baru ini yang dinanti-nantikan oleh ribuan peminat Red Devil. Dalam kehangatan malam itu, terselit pulak dua artis baru yang dok2 diam tengah dating sambil menonton perlawanan itu. Mohd Farish Aziz Sulaiman (Farish), 25, anak kelahiran Sabah yang terkenal dalam program TV Fulus Mania, Trek Selebriti, Muzik@Ria, Ronda 360 darjah (Astro Ria), Debaran Anugerah Era dan terbaru, Kuiz Adik Comel terbitan Astro Oasis selain berlakon dalam filem/drama A.D.A.M, Duranni, KAMI, Dunia Anita dan Gaia dengan pasangannya dari AF2, Edlin Abd Rahim, 26. Aksi mereka sempat di tangkap gambarnya, itu pun berkemungkinan pada jarak yang jauh. Apabila perasan, kedua-duanya seperti dah mula mengelabah sedikit. Jadi adakah mereka berdua ini tengah bercinta? sudah menjadi suatu misteri~