Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Saya Sayang Nizam - Adibah Noor
Khamis, 5 Jun 2014
Wah tahniah kepada penyanyi, Adibah Noor yang dikhabar sudah menemui bakal jodoh aka teman hidupnya. Persoalan ini mula timbul apabila Adibah dikabarkan rapat dengan penyanyi, Nizam Din yang juga penyanyi duet denganya untuk sebuah lagu berjudul 'Bahasa Rindu'. Kalau betul-betul ada niat nak bernikah, kami doakan yang terbaik sahaja. :)
Ini adalah ulasan Adibah Noor memetik portal GUA
Ini adalah ulasan Adibah Noor memetik portal GUA
“Saya dah jumpa jodoh saya, namun jodoh tak semestinya berakhir dengan perkahwinanKata Nizam pula...
“Dia merupakan sahabat susah lebih daripada senang. Bagi saya, persahabatan itu juga jodoh, namun kami tidak ada perasaan cinta langsung. Saya sayang dia sebagai kawan. Kami dah kenal sejak tahun 1986 dan saya rasa dia merupakan sahabat sejati saya. Kami mengambil berat antara satu sama lain dan saya tahu dia akan berada di sisi saya sampai ke akhir hayat saya,
Lagu ini adalah kisah persahabatan kami berdua. Sayang jika tidak diabadikan kisah persahabatan kami dalam sebuah lagu. Lagipun Nizam mempunyai suara yang bagus dan misi saya memang mahu mengetengahkan bakat dia,”
“Saya tersentuh sebab kami dah lalui macam-macam perkara dalam persahabatan kami. Apabila Adibah meletup (marah), sayalah yang akan jadi airnya, begitu juga sebaliknya. Saya juga berasa terharu kerana tak sangka akan dapat peluang yang sangat hebat sebegini,”
Gambar Alan 'Pendamping' Bersama Siti Nordiana
Khamis, 30 Mei 2013
Episod siapa Alan di samping Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana memang sudah dikupas pada post yang lalu. (SINI). Tapi kali ini hanya menampilkan gambar siapa Alan yang sebenar disamping Nana. Memang orangnya tak kalah kacak juga, cocok dan sepadan gitu dengan Nana. Tapi tak tahu apa status Alan yang sebenar samaada bujang, suami atau duda. Wallahualam.
Gambar Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah
Selasa, 21 Mei 2013
Gambar dibawah adalah gambar dua merpati sejoli yang masing-masing masih lagi single dan belum kahwin, siapa lagi kalau bukan Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah.
Mereka berdua kini sedang giat dalam menjalani satu bidang perniagaan bersama dengan melahirkan satu album gabungan yang dinamakan 'Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas' yang telah berlangsung tahun lalu. -gambar Ryaniez Moments Photography.
Mereka berdua kini sedang giat dalam menjalani satu bidang perniagaan bersama dengan melahirkan satu album gabungan yang dinamakan 'Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas' yang telah berlangsung tahun lalu. -gambar Ryaniez Moments Photography.
Nana Temui Penganti, Namanya Cikgu Alan!
Rabu, 15 Mei 2013
Nana atau nama sebenarnya Siti Nordiana dikhabarkan telah menemui penganti. Pengantinya bukanlah penganti kepada arwah suaminya. Namn kepada penganti penyanyi yang juga telah pergi, Achik. Ini disebabkan kebanyakkan acara, ramai peminat yang inginkan Nana menyanyikan lagu berduet dengan Achik dahulu, jadi disinilah, Nana dah temui penganti untuk bersama-sama berduet. Namanya Alan.
"Namanya Alan dan saya berjumpa dengannya ketika saya membuat persembahan di sebuah pusat beli-belah di ibu kota. Hari itu saya menyanyikan lagu Memori Berkasih dan saya jemput mereka yang hadir ke pentas menyanyikan lagu itu bersama saya. Alan naik dan kami terus berduet dan semua yang mendengar suaranya terpegun.Sudah serasi dalam nyanyian, jadi harap-harap Alan dapat melamar Nana pula. Hehe.
"Sejak itu kami berdua serasi dan saya selalu mengajaknya mengadakan persembahan bersama terutama pada hujung minggu. Sampai ke Labuan, Sabah, saya membawanya. Bagaimanapun, dia tak boleh ikut saya selalu kerana dia bertugas sebagai guru di Serdang, Selangor.
"Pun begitu Alan tidak mahu terlalu menonjolkan dirinya kerana dia menyanyi kerana hobi, tidak serius mahu menjadi penyanyi," kata Nana.

















