Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Baby Bump 8 bulan Almy Nadia (4 gambar)

Isnin, 12 Januari 2015

Ini lah dia baby bump terkini Almy Nadia yang juga isteri kepada Fizz Fairuz. Mereka ditemui ketika Fizz dilantik menjadi duta untuk jenama motosikal berkuasa tinggi (GO Motoshow Malaysia) baru-baru ini.

Ikut informasi, kandungan Almy sudah masuk 8 bulan, dan dijadualkan bila-bila masa sahaja untuk bersalin. -gambar RotiKaya

Aidil Akui Tidak Bayar Rumah Sewa RM3000

Jumaat, 17 Januari 2014

Kes nafkah diantara Aidil Zafuan dengan bekas isterinya, Rita Rudaini disebut semula semalam. Menurut portal SinarHarian, Aidil dikhabarkan mengakui yang dia tdak pernah menjelaskan bayaran rumah sewa di Kota Damansara berjumlah RM3000 sejak keluar rumahnya itu kalau tidak silap bulan Januari 2012.

Semenjak itu, Rita yang menjelaskan bayaran sewa rumah selama 18 bulan. Namun Aidil masih memberikan nafkah kepada anak-anak mereka.

Aidil juga tidak mahu kalah, apabila akui dia mengajak Rita tinggal bersama di rumah yang disponsor oleh majikan Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dan Rita dikhabarkan menolak pelawaan itu di sebabkan rumah itu bukan kelamin mereka.
“Biasanya, saya hanya beli satu pek lampin pakai buang anak jika habis. Begitu juga dengan susu,”

“Saya membayar RM2,000 untuk ansuran bulanan kereta BMW 3 Series dan RM1,000 bagi motosikal berkuasa tinggi berjenama Ducati Monster,

“Ketika berkhidmat dengan pasukan Negeri Sembilan pada 2011, saya menerima pendapatan RM8,000 sahaja,”(pendapatan bersih RM12,000 pula untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2012).

“Adakalanya lebih daripada itu kerana bonus akan diberikan jika memenangi perlawanan,” -Aidil

35 Gambar Pernikahan Fizo Omar, Mawar

Isnin, 11 November 2013

Fizo Omar sah bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Country Heights, Kajang pada pagi 10 November 2013 semalam. Mawar telah menerima mas kahwin sebanyak RM506.

Fizo menerima sembilan dulang hantaran berupa tas tangan lelaki, kasut, kaca mata hitam, dua naskhah Al-Quran, plat motosikal WWF120, jaket motosikal, komputer riba serta sebuah motosikal berkuasa tinggi 1200cc jenama Ducati.

Gambar Motorisikal Kuasa Besar Jehan Miskin

Khamis, 3 Oktober 2013

Bebrapa minggu lalu Jehan Miskin ada menyertai aktiviti konvoi motorsikal berkuasa tinggi jelajah Merdeka. Banyak penunggang motorsikal berkumpul bersama-sama menyertai acara ini.

Memang minat juga Jehan ni dengan hobi mewah ni. Baguslah macam ini, perlu keluar bermesra dengan orang ramai, jangan popular di dalam set je, tapi sombong di luar set. hehe.. :) -Instagram Jehan Miskin

Motorsikal Berkuasa Tinggi dan Engku Alessya

Selasa, 29 Januari 2013

Kehidupan Erra sepertinya sangat mencabar dan hobbynya menunggang motorsikal berkuasa tinggi memang menjadi satu keutamaan. Jarang-jarang dapat melihat seorang wanita berhobi sedemikian, memandangkan kebanyakkan daripada mereka lebih memilih kereta sebagai kenderaan utama dan di masa lapang.

Walaupun hobinya yang sedemikini, Engku Alessya juga tidak dipinggirkan, malah kasih sayang ibu dan anak semakin tidak luntur. Pasal rumahtangga, diharap baik-baik aje.

Linda Onn dengan motorsikal Ducati

Khamis, 14 April 2011

Zaman sekarang ni motorsikal berkuasa tinggi merupakan satu hobby yang cukup mewah. Ya lah, bukan selalu naik, cuma dikala hujung minggu dan diwaktu terluang sahaja. Yang pemiliknya juga, mestilah orang-orang banyak duit. Macam Linda Onn, bos restoran lagi tu, mesti nak rembat satu motorsikal besar punya la. Macam Dato' Siti dalam entry yang sebelum ini juga. Linda sekarang ni mempunyai motorsikal berkuasa besar jenis Ducati 696cc. Linda berminat menaiki ni semenjak Mac 2010, ketika jatuh cinta pandang pertama di majalah motorsikal dan juga sempena ulang tahunnya yang ke-33. Semenjak itu Linda pun ikut konvoi. Cewah~ -gambar Utusan