Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fesyen Dr. Rozmey ikutan selebriti barat?

Rabu, 29 Februari 2012

Saje je nak popularkan kembali jutawan dan juga pemilik kepada Herba Prima Marketing ni, Dr. Rozmey. Penampilan beliau memang kadang kala menjadi perhatian. Perhatian itu telah pun dikatakan tersebar di dunia Hollywood. Biar betul, sehinggakan ada seorang selebriti di sana mengayakan sama / persis dengan penampilan Dr. Rozmey. Siapa ikut siapa yang itu tak dapat dikesan. Mungkin penampilan fesyen ini adalah asli daripada Dr. Rozmey.

gambar SyokKahwin blog

gelaran 'Doktor' Rozmey ditarik balik?

Jumaat, 2 Disember 2011

Baru sahaja entry mengenai DDR keluar semalam, dah ada pula berita ini yang mengemparkan ramai orang. Mengenai penarikan gelaran doktor yang dipegang oleh jutawan DRR. Dipetik melalui laman blog berkenaan, DRR telah menggunakan gelaran doktor itu untuk membuat karyawan yakni perniagaannya yang rata-rata ramai orang kata ditipu. Hu. Isu penarikbalikan berkuatkuasa untuk tempoh 2 tahun kerana melanggar etika [dalam bidang perubatan] dan alasannya telah dinyatakan dalam surat yang dilamirkan oleh blog berkenaan. [Via]

DDR cipta penapis air standing air Zam-Zam!

Khamis, 1 Disember 2011

Selewat-lewatnya pada Mac 2011 dR-Premier, produk rawatan penapisan air formulasi DDR dengan teknologi rakan kongsi dari Korea akan menemui pengguna. DDR menjangkakan mampu menjual 1,000 unit sebulan pada bulan pertama dengan peningkatan kepada 10,000 unit sebulan menjelang suku ketiga 2011.

Keyakinan ini berdasarkan kepada dR-Premier yang merupakan teknologi terbaik di dunia yang DDR bangunkan bersama rakan kongsi dari Korea. Teknologi canggih Korea ini adalah yang pertama dibangunkan oleh anak watan dan yang pertama dipasarkan di Malaysia.

Sistem rawatan air yang terdiri daripada penapis sedimen, penapis prekarbon, uf membran dan pos karbon mampu menghasilkan air terbaik dunia, air zam-zam kerana dR-Premier mampu menghapuskan bakteria mineral dan bahan logam arsenik berlebihan.

dR-Premier yang menggunakan teknologi yang canggih dan terkini ini ditawarkan pada harga RM3,250 seunit adalah yang paling murah dalam pasaran berbanding jenama lain yang menggunakan teknologi jauh lebih rendah daripada dR-Premier. -Via

Ps: Dasyhat la, boleh menghasilkan air yang setanding air zam-zam, pemikiran manusia sekarang sampai menandingi ciptaan Tuhan. Wallahualam kalau cara DDR ni menyalahi hukum agama, mungkin kita harus mencari jawapan dan bertanya kepada yang lebih arif

Ferrari Milik Dr. Rozmey

Selasa, 20 September 2011

Dr Rozney kini bukan sahaja seorang yang disegani kerana memiliki kepandaian dalam bidang perniagaan malah berjaya dalam produk kesihatan yang dia terokai. Ramai orang sudah yakin dengan produk keluarannya malah menganggap ianya sesuatu yang wajar dicuba jika anda mempunyai masalah kesihatan. Pemiliknya akan merasa itu satu perhargaan buat dirinya.

Dah namanya bos, jadi tak hairanlah kalau seorang bos memiliki sebuah kereta yang menjadi idaman setiap manusia yang dah punya kereta. Apatah lagi kereta berkenaan harganya hampir nak sejuta ringgit. Mesti best giler bila nek keta macam ni kan.

Dr Rozney kini memiliki kereta Ferrari. Oo. satu aset yang begitu mahal nampaknya. Plat nombor pun bukan calang-calang, mo puluh ribu juga harga tu plat. Tahniah lah bro dah memiliki kereta ini, kita apa boleh buat, tengok jek ler. Hehe.

[via]