Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Heliza AF, Wardina sertai Usrah

Jumaat, 20 Mei 2011

Tahniah lah kepada Wardina dan Heliza Af kerana turut serta dalam 'usrah' yang dijayakan kat rumah sekitar Bukit Antarabangsa under Dr Harlina Siraj (pemenang anugerah Maal Hijrah 2011). Memang suatu pencapaian yang baik buat artis-artis, lebih-lebih lagi artis-artis yang muda, macam Heliza, tip top dah jadi pakar motivasi. Usrah ni memang suatu yang bagus diamalkan, sebab pandangan-pandangan, pendapat-pendapat, idea-idea mengenai Islam dapat iketengahkan untuk memperbaiki diri.

Macam abang Bob Lokman, mesti yang hairankan dia terus berubah menjadi yang lebih positif. Mungkin abang Bob ikut program Usrah macam inilah kan. Artis-artis lain pun ada juga ikut usrah ni, cuma dorang tak sempat nak amik gambar jerk. Hehe. Apa-apa pun kepada artis-artis yang ikut usrah tu, bolehlah tarbiyyahkan artis-artis luar kat sana tue juga. Peace No war~

Perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Dr Halina

Isnin, 11 Oktober 2010

Dengan sekali lafaz, Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sah bergelar suami kepada Dr Halina Mohd Yunos dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Masjid PutraJaya pada 10 Oktover 2010, Ahad. Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Yunos Mohd Ali dengan bersaksikan Ketua Pendaftar Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, kira-kira kira-kira pada pukul 11.45 pagi dengan dihadapan, keluarga dan sahabat-handai kedua-dua mempelai.

Sheikh Muszaphar menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas 11 bertemakan rona putih gading dan perak. Hiasan hantaran turut diserikan dengan warna biru muda. Bagaimanapun wang hantaran tidak dimaklumkan atas keputusan kedua-dua belah pihak.

Pasangan Doktor paling mesra

Sabtu, 13 Februari 2010

Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Harlina semangnya semua sudah tahu mereka sudah bertunang pada 1 Januari 2010 lalu dan akan melangsungkan ikatan sah pada 10 Oktober 2010 (101010) nanti. Walaupun sudah bertunang aksi mereka begitu mesra, sehinggakan Dr Harlina ikut sahaja ke mana Dr Sheikh berada termasuk menjadi selebriti dalam beberapa majalah, kalau sebelum bertunang, gambar dan berita mengenai mereka berdua amat susah sekali mahu didapati, yang timbul gossip-gossip panas melibatkan mereka berdua. Hope, mereka gembira selalu.

Gambar Kandid Harlina, Tunang Sheikh Muszaphar

Selasa, 5 Januari 2010

Berlangsungnya majlis pertunangan mereka berdua, Dr Sheikh Muszaphar dan juga Dr Harlina yang bertempat di Allson Klana, Seremban bersamaan 1 Januari 2010 menamatkan semua spikulasi bahawa pasangan ini sudah berpisah dahulu. Malahan mereka berdua makin berjaya menuju ke gerbang alam pernikahan yang bakal dilangsungkan pada 10 Oktober 2010 (10/10/10). Dr Harlina sememangnya orang yang manis dipandang, maka adalah sesuai sangat-sangatlah jika dijodohkan kepada Sheikh. Semoga kuat menempuhi dugaan bertunang nanti..