Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Isabella dan Natasha

Khamis, 2 Mei 2013


Dah besar-besar dah anak angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszapahar dan isteri, Dr Halina. Anak sulung, Sophea Isabella dan si kecil yang baru berusia 5 bulan, Sophea Natasha. Jum layan. -gambar barelysupermommy.com





Dr Halina Selamat Melahirkan Anak ke-2

Isnin, 21 Januari 2013

Tahniah kepada keluarga angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszapahar dan isteri, Dr Halina yang telah menimang anak ke-2 baru-baru ini.

Dr Halina melahirkan anak perempuan itu di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) jam 7.53 malam.

Berita ini disampaikan melalui laman Fan Page Facebook Dr. Sheikh sendiri. Dikhabarkan Dr Halina telah melahirkan anak ke-2 berkenaan lebih awal daripada tarikh sebenar usia kandungannya sebelum ini.

Gambar dan nama anak ke-2 belum lagi dimuatnaik. Anda dinasihati bersabar ok.

Gambar Umrah Dr Muszaphar, Dr Halina

Isnin, 3 Disember 2012

Baru-baru ini yakni pada penghujung bulan November yang lalu, Angkasawan Negara, Datuk Sheikh Muzaphar dan isteri Dr Halina serta anak sulung mereka, Sophea Isabella telah menunaikan ibadah umrah di kota suci Makkah.

Saat-saat manis dan indah ini dirakam melalui lensa kamera mereka dan di muatnaik di laman blog milik Dr Halina.



Dr. Halina Kini Bertudung

Sabtu, 27 Oktober 2012

Berita perkhabaran isteri kepada angaksawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Halina Yunos telah bertudung itu benar, dan beberapa keping gambar Dr. Halina bertudung sudah pun tersebar melalui laman sosial.

Mungkin ini pengorbanan Dr. Halina untuk ke arah itu setelah berkahwin dengan Dr. Sheikh Muszaphar. Dan anaknya juga, Sophea Isabella sudah pun makin membesar dengan usia setahun lebih.

Selain daripada Sophea Isabella akan dapat adiknya yang masih dalam kandungan Dr. Halina berusia 3-4 bulan.


Dr Halina Hamil Anak ke-2

Rabu, 1 Ogos 2012

Dr Halina Isteri kepada angkasawan pertama Negara, Dr Sheikh Muszaphar disahkan hamil 3 bulan. Berita gembira ini disahkan lagi oleh blog kepunyaan pasangan berkenaan, Barely Supermommy. Menurut blog yang dikendalikan sendiri oleh Dr Halina, dia sempat memberikan kepuasan kepada yang selalu mengikuti perkembangan blognya dengan memberikan bukti sahih dia mengandung yakni dengan melampirkan gambar imbasan 'scan' yang diambil ketika membuat pemeriksaan.

Dengan kepanjangan 5cm size gambar itu, Dr Halina menjagkakan dan seterusnya mengharapkan bayi berkenaan adalah lelaki. Memandangkan anak sulung mereka perempuan, Sophea Isabella yang kini berusia setahun sejak Julai 2011 dilahirkan. Tahniah diucapkan kepada Dr Halina dan Dr Sheikh Muszaphar.

Anak Sheikh Muszaphar, diajar berenang

Isnin, 23 April 2012

Anak Sheikh Muszaphar Shukor dan Halina, Sophea Isabella yang lahir pada bulan Julai 2011 yang lalu kini dah makin besar, dah 10 bulan dah usianya. Anaknya kini dah diajar berenang atau menyelam, skuba la katakan. Kalau tengok gambar dibawah, pasti korang akan terkejut juga melihat anak didik untuk berenang awal. Ala biasalah, papa dan mama kan sayang Sophea. Ala tomei2.

gambar Facebook Dr. Sheikh Muszaphar

Gambar Terbaru Anak Sheikh Muszaphar

Khamis, 15 September 2011

Anak Sheikh Muszaphar Shukor dan Halina, Sophea Isabella yang lahir pada bulan Julai yang lalu kini dah makin besar, dah 2 bulan dah usianya. Memang anak sulung atau anak pertama ni, adalah anak yang istimewa sungguh, apa-apa semua mesti baru dan kasih sayang tu lebih besar berbanding anak yag seterusnya. Ini dengar-dengar daripada orang yang dah beranak pinak. Hehe. Sophea Isabella sepertinya dibawa oleh papanya bersiar-siar, sungguh riang Sophea Isabella melihat senyuman papanya itu. :)

Tahniah, gambar anak Sheikh Muszaphar, Halina

Isnin, 25 Julai 2011

Tahniah kepada angkasawan Negara pertama, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan juga isteri beliau, Dr Halina kerana Dr Halina telah selamat melahirkan anak sulung mereka yang diberi nama cukup unik dan moden, Sophea Isabella, pada 21hb Julai 2011 lalu dengan berat normal 3.6 kg. Yang agak menarik, gambar Sophea ddibawah yang dipetik melalui fan club Facebook Dr Sheikh, dah boleh pakai baju dalam usia beberapa hari, admin time kecil dah masih kena bungkus macam ulat bulu daa.. Hehe.

tahniah, Dr Sheikh Muszaphar bakal jadi bapa

Jumaat, 24 Jun 2011

Dikhabarkan yang isteri kepada angkasawan Negara, Dato' Dr. Sheikh Muszaphar, Datin Dr. Halina yang kini mengandung 8 bulan bakal dijadualkan melahirkan anak pada bulan Julai 2011. Berita ini merupakan satu nikmat yang dikurniakan kepada pasangan ini, maknanya kedua-duanya subur. Dr. Muszaphar inginkan anak lelaki dan Dr. Halina pula ingikan anak perempuan. Jadi kita tunggu dan lihat sahaja kelahiran cahaya mata mereka nanti, semoga selamat semuanya.


Gambar : ManggaOnline

Dr Halina disahkan hamil 3 bulan!

Isnin, 10 Januari 2011

Isteri Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, Dr Halina disahkan sedang hamil 12 minggu (3 bulan) selepas menjadi raja sehari pada 10 oktober 2010. Menurut laporan akhbar, Sheikh Muszaphar ketika mengesahkan berita tersebut berkata, beliau bersama Dr Halina serta keluarga kedua-dua belah pihak berasa cukup gembira. Sheikh Muszaphar turut memberitahu beliau mengimpikan anak yang ramai iaitu 10 orang.

“Sukar untuk saya gambarkan perasaan tetapi saya bersyukur dengan zuriat daripada Allah dan ini hadiah yang terbaik untuk kami,” kata kepada media.