Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Dira Abu zahar sah bercerai kali ke-2

Ahad, 19 Mac 2017

Dira Abu Zahar berkata status ibu tunggal yang dilalui buat kali kedua langsung tidak memberikan tekanan atau kesulitan dalam kehidupannya kini.

Malah, rutin seharian sama ada untuk urusan peribadi atau kerja berjalan lancar seperti sedia kala.

"Rasanya tiada apa nak ulas lanjut tentang perceraian saya. Semua pun sudah tahu. Malah, kami pun berpisah secara baik, tidak bergaduh atau bermusuhan.

"Saya masih kekal bersahabat baik dengan bekas suami (pengarah Helmi Yusof). Malah, hubungan saya dengan bekas suami pertama (Ash Bau) pun baik. Jadi kehidupan saya sekarang berjalan dengan lancar dan stabil.

"Saya okey saja sebab Anggun (anak) mempunyai dua bapa. Buat masa ini saya selesa dan senang dengan kehidupan solo ini dan hanya perlu fokus pada anak dan kerja," katanya kepada mStar Online.

Dira atau Khaidirah Abu Zahar bercerai dengan pengarah filem Bikers Kental (2013) selepas Aidilfitri tahun lalu difahamkan berpunca daripada konflik dalaman yang berpanjangan membabitkan penajaan filem tersebut. Pasangan yang diijab kabulkan pada 11 November 2011 itu tidak dikurniakan anak.

Terdahulu, Dira pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Bau iaitu Ash atau Tengku Shafriz-Rullah Tengku Shahid pada 2007 sehingga 2010 dan memiliki seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra Tengku Shafriz-Rullah yang kini berusia sembilan tahun.

Dira Abu Zahar akui sudah bercerai!

Isnin, 21 November 2016

Teka teki pergolakkan rumah tangga pengarah dan pelakon terkenal iaitu Dira Abu Zahar akhirnya terjawab, Dira tampil mengakui rumah tangganya sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
“Saya perlu menjelaskannya kepada khalayak terutama apabila rumah tangga kami tidak boleh diselamatkan lagi,” katanya memetik portal Kosmo! dan enggan mahu mengulas lebih lannjut.
Anaknya di bawah jagaannya dan Dira juga tidak menghalang seandainya bekas suaminya, Helmi Yusof mahu berjumpa dengan anak tirinya itu.

6 bulan tidak sebumbung, Dira Abu Zahar bakal bercerai?

Jumaat, 11 November 2016

Selepas enam bulan tinggal berasingan, Dira Abu Zahar akhirnya mengakui dia dan suami, Helmi Yusof sudah tidak tinggal sebumbung.

“Memang sejak Jun lalu kami sudah tidak lagi tinggal bersama. Malah, tiada komunikasi langsung diantara kami hingga ke saat ini. Baik saya mahupun dia, masing-masing meneruskan kerja kami seperti biasa. Saya sendiri ketika ini hanya menunggu keputusan rasmi kerana ia turut membabitkan pihak mahkamah, ada perkara belum diselesaikan,

"Keretakan hubungan kami berpunca dari diri kami sendiri yang gagal mengurus masa ekoran sibuk dengan tuntutan kerja sehingga tanggungjawab sebagai suami isteri terabai," jelasnya kepada Berita Harian Plus.

Menurut sumber, Helmi dikatakan telah melafaz talak ke atas Dira sekaligus mengesahkan gosip kepincangan rumah tangga mereka.

Dira Abu Zahar sudah bercerai?

Jumaat, 23 September 2016

Sebelum ini pelakon dan pengarah, Dira Abu Zahar pernah dikaitkan dengan berita sudah bercerai dengan suaminya, Helmi Yusof. Namun rumhatangga yang dibina Nov 2011 itu, masih tidak ada lagi ulasan dari Dira sendiri.
“Saya tak mahu komen dan saya tak akan bercakap apa-apa mengenai perkara itu walaupun ramai yang nak tahu, ” jelasnya memetik laporan Harian Metro

Dira juga mengakui turut berasa kecewa kerana isu rumahtangganya lebih menarik perhatian berbanding usahanya sebagai seorang pelakon dan pengarah.

Dira Abu Zahar bercerai?

Isnin, 18 Julai 2016

Dengar gosip yang mengatakan pelakon, Dira Abu Zahar dan suaminya telah bercerai memetik sebuah akhbar telah dinafikan sendiri oleh Dira.

Katanya ianya hanya perselisihan faham yang menjadi lumrah dalam berumahtangga.
“Tiada apa mengenai isu rumah tangga saya yang perlu dikecohkan kerana ia adalah perselisihan faham biasa saja,” katanya. Sebelum ini, Dira mengambil keputusan untuk berdiam diri sebelum menjelaskan keadaan sebenar.
Dira juga didakwa telah mengalami tekanan teruk hingga terpaksa dikejarkan ke hospital disebabkan kemurungan yang dialaminya. Dira dan suami telah pun mendirikan rumah tangga pada November 2011 dan belum dikurniakan cahaya mata.

Punca Dira Abu Zahar bersara dari dunia seni awal..

Rabu, 18 Mei 2016

Dimaklumkan memetik portal Bharian yang Dira Abu Zahar mengambil keputusan berhenti daripada lapangan hiburan bagi memberi tumpuan terhadap perkhidmatan kepada penggiat seni tempatan yang menjurus kepada nasihat perundangan.

Tahniah Zed Zaidi kini Presiden, Lisa Surhani AJK Seniman

Isnin, 29 September 2014

Tahniah kepada pelakon, Zed Zaidi yang kini kembali bergelar Presiden Seniman. Zed mendapat 109 undian untuk bergelar Presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-14 persatuan itu semalam.

Pesaing Zed, Datuk Mustapha Maarof (71 undi) dan Afdlin Shauki (66 undi) gagal untuk menewaskan Zed. Adat menang dan kalah itu sudah pasti, kali ini Zed diberi kepercayaan semula setelah beberapa lama melepaskan jawatan itu akibat krisis dalam Seniman beberapa bulan yang lalu.

1000 ahli Seniman dilaporkan portal mStar telah menghadiri Mesyuarat itu.

Gambar Raya Dira Abu Zahar 2014 (11 Gambar)

Rabu, 6 Ogos 2014

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Dira Abu Zahar, suaminya, anak-anak serta ahli keluarga dan sahabat selebriti.

Dira Abu Zahar Keguguran Anak

Khamis, 19 Disember 2013

Dikhabarkan Dira Abu Zahar ditimpa musibah apabila kandungan anaknya hasil perkahwinan dengan Mohd Hekmi pada November 2011 yang lalu dikatakan doktor telah gugur pada awal November yang lalu.

Memetik portal GUA, kejadian keguguran anak mereka yang berusia 6 minggu itu tidak diketahui oleh mereka sehinggakan membuat pemeriksaan doktor.
“Saya tak sedar saya mengandung memandangkan haid saya datang seperti biasa. Namun pada hari keempat saya rasa pelik kerana keluar satu ketulan darah. Saya tidak pergi berjumpa doktor kerana ketika itu saya berada di Terengganu untuk penggambaran ‘TerengganuKu’ dan saya fikir mahu selesaikan kerja saya terlebih dahulu.

Setelah balik ke Kuala Lumpur, saya pergi ke Klinik Pkar Sakit Puan untuk buat pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan saya keguguran. Doktor memaklumkan usia kandungan janin saya enam minggu dan memberitahu faktor keguguran mungkin kerana saya aktif dan sibuk bekerja,”

“Apabila dapat tahu saya gugur, saya rasa kecewa sebab kami berdua memang berusaha mahukan anak selepas dua tahun mendirikan rumahtangga. Jika saya masih mengandung, mungkin ia dapat menjadi hadiah buat suami, namun saya keguguran beberapa hari sebelum ulangtahun kelahiran dia,” tutur Dira redha.

“Suami saya memang mahukan anak. Kami redha kerana mungkin tiada rezeki kami kali ini. Suami terima apa yang berlaku, tetapi selepas kejadian tersebut, dia lebih banyak memantau saya agak saya tidak terlalu aktif bekerja. Selepas keguguran, saya terus menjalani penggambaran drama ‘Aku Bukan dia’ dan mungkin lepas habis 26 episod ini, saya akan berehat sekejap,” ujar Dira

Dira Abu Zahar nafi sepak/tendang orang!

Isnin, 9 April 2012

Kalau nak diingatkan dah seminggu Dira Abu Zahar pengacara Melodi yang direhatkan yang telah menyebabkan menyebabkan kecederaan terhadap pengunjung wanita di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Ismail, Sabtu minggu lalu. Dira dengan lantangnya menafikan tuduhan itu dan bersedia disoal siasat Polis jika diperlukan.

Memetik daripada Kosmo, pengadu, Hamizah Abd. Hamid, membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor tetapi kes tersebut diserahkan kepada Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Hamizah mendakwa menjadi mangsa sepakan dan tendangan Dira dalam kejadian pukul 1.30 pagi, 1 April lalu itu juga enggan mengulas lanjut. Hamzah bimbang jika maklumat yang diberikan boleh menimbulkan keraguan dan mengganggu siasatan polis, namun menyerahkan sepenuhnya kepada Polis untuk membuat sisatan lanjut.

ps: nama jerk dah tahu, seorang Muslim, tapi apa buat kat kelab hiburan tu~, bagus dok rumah lagi baik. =.=

Gambar Perkahwinan Dira, Helmi

Ahad, 13 November 2011

Tahniah! Tanggal 11.11.11 jam 4 PM, pelakon serta pengacara, Dira Abu Zahar apabila beliau sah bergelar isteri kepada pengarah fotografi, Helmi Yusof. Hubungan cinta mereka itu akhirnya menyatukan mereka ke jinjang pelamin apabila pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan tiga kali lafaz di kediaman Dira, di Merlimau, Melaka .

Dira menerima sembilan dulang hantaran berupa mas kahwin berjumlah RM 7777 serta cincin, wang hantaran RM 17171.71, iPad 2, helmet X-Lite, wangian Lacoste, telekung dan baju persalinan, sireh junjung, kek serta coklat Patchi.

Manakala Helmi menerima sebelas dulang hantaran dari pihak perempuan berupa jam tangan Tag Heuer, MacBook Air, kasut Hugo Boss, baju Armani, wangian, sireh junjung, al-Quran serta sejadah, kek, coklat, helmet X-Lite dan kurma.

[artikel & gambar Via]

gambar pertunangan Dira Abu Zahar

Khamis, 14 Julai 2011

Pengacara terbaru Melodi di TV3 tue, yang bernama Dira Abu Zahar bukan Zizan ok, dah selamat bertunang baru-baru ini dengan pasangannya yang bernama Helmi. Dira ni dulu dah pernah kahwin dan mendirikan rumahtangga setahun dengan penyanyi kumpulan Bau, Ash atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd. Shahid. Kini dia sudah bersedia untuk berumahtangga lagi. Tapi dalam tempoh 4 bulan lagi, sebab dorang rancang nak kahwin tarikh yang paling special, 11.11.11. Tahniahlah kepada Dira, semoga proses pertunangan ini berjalan dengan penuh terpelihara. :)

klik gambar untuk lebih besar
[via]