Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Zahirah kekasih terbaru Hafiz AF?

Sabtu, 3 Mac 2012

Menurut satu laporan daripada blog hiburan, gambar dibawah didakwa adalah kekasih kepada Hafiz AF yang bernama Zahirah Radzi berumur dalam 27 tahun. Baru-baru ini mereke dipertemukan untuk Zahirah berlakon dalam video klip 'Ilusi' nyanyian Adira dan juga 'Jahatnya Cinta' nyanyian Stacy-Akim. Episod cinta diantara Zahirah dengan Hafiz masih kurang jelas, bahkan episod itu kadang kala masih lagi dipertengahan diantara teman tapi mesra. Kalau nak diikutkan memang menawan sungguh Zahirah ni, untunglah kalau jadi kekasih. :)

Kad Perkahwinan Dira dan Helmi

Selasa, 25 Oktober 2011

Zaman sekarang ni orang berlumba-lumba nak buat sehabis baik mungkin untuk kad jemputan perkahwinan mereka, biasalah teknologi dah semakin maju, jadi daya kreativiti juga meningkat. Ditambah dengan perisian yang super power, maka hasil kerja juga mantop. Kalau orang dulu 'simple' jerk kad kahwin, asal kena jemput, makan-makan dah la. Memadai dan save bajet. Hehe.

Gambar dibawah ni adalah kad kahwin Dira dan Helmi. Yang mana berkonsepkan perfileman. Mungkin dah minat sangat kot dengan dunia perfileman ni, jadi alang-alang perkasam, buatlah kad yang berkaitan dengannya sebagai satu simbol kenang-kenangan.

[gambar Via]

Zizan RL, Dira confirm pengacara Melodi!

Rabu, 23 Februari 2011

Tahniah kepada Zizan Raja Lawak dan Dira Abu Zahar kerana bakal mengantikan Wahid dan Fara Fauzana dan sekaligus pengacara bagi rancangan hiburan, Melodi TV3 pada awal Mac 2011. Memang tekaan yang dibuat selama ini dimana desas desus yang bertiup kencang akhirnya di sahkan oleh pihak TV3 baru-baru ini. Zizan dan Dira merupakan artis baru yang diberi kepercayaan penuh untuk mengendalikan program itu, memandangkan kedua-duanya mempunyai potensi dan peminat yang ramai, masih fresh gitue.

Wahid dan Fara yang sudah 6 tahun bersama Melodi akhirnya mengundurkan diri. Biasalah adat kan, mestilah ganti-ganti. Bagi peluang kat orang lain pula. Rezeki ada dimana-mana, Fara dan Wahid selepas ini masih lagi ada orang/pihak yang nak punya lah, jangan risau punya la. hehe.

Dira tak bagi Ash lihat anaknya?

Isnin, 27 September 2010

Bekas peserta pasangan selebriti program Sehati Berdansa bagi musim ke-3 iaitu Ash dan Dira nie telah bercerai pada bulan April yang lalu. Dan Tengku Anggun Deandra kini berada dalam jagaan Dira. Yang terbaru, Dira tak benarkan Ash berjumpa dengan anaknya sendiri. Apa sebabnya? kalau mahu diikutkan Dira mempunyai lepasan Undang-undang, tak kan dia tak tahu kot. Pun begitu mengikut pandangan sesetengah pihak kalau bapak jenis bertanggungjawab tak elok lah tak bagi tengok, kalau bapak ada simpan pompuan lain, amik masa lah nak ubatkan hati. Dunia2~. Peace No War.

facebook Ash

Pelakon Dira failkan tuntutan penceraian

Jumaat, 9 April 2010

Nampaknya khabar angin yang mengatakan rumah tangga Dira Abu Zahar dan Ash atau nama penuh Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid bergolak malah sedang menuju ke arah perceraian, bukanlah rekaan semata-mata. Di dalam keratan akhbar Berita Harian edisi kelmarin (8/4), Ash mengesahkan telah membuat tuntutan perceraian di mahkamah syariah dan kini dia sedang menanti keputusan mahkamah mengesahkan perceraian mereka.

Ash dan Dira berkahwin sekitar tahun 2007 dan mempunyai seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra. Saat menyentuh tentang punca perpisahan mereka, Ash berkata,
"Saya tak nak kata masalah kami berpunca sebab dia berubah kerana dunia glamor ataupun orang ketiga. Saya sendiri tidak tahu apa punca dia berubah." -Gua