Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ini yang sangat dirisaukan Dina Nadzir...

Khamis, 5 Januari 2017

Deejay radio Dina Nadzir difahamkan kini dia sangat merisaukan dirinya kerana statusnya yang kini bujang dan solo di usianya yang mencecah 32 tahun. Dina pernah bercinta, tapi itu semua lapan tahun yang lalu.
“Ikutkan saya hanya pernah bercinta sekali dan selepas berpisah saya terus solo sampai sekarang. Soal tekanan memang tidak ada, mungkin sebab kehidupan saya juga sibuk dengan kerjaya dan sebagainya.

“Namun kalau boleh saya sudah berniat mahu menamatkan zaman bujang di umur 40 tahun. Bagi saya melihat kawan-kawan lain yang memilih untuk berkahwin lewat juga membuatkan saya tidak terlalu memikirkan soal ini lagi,” katanya.

30 Gambar pernikahan Misha Omar, Firos

Sabtu, 3 Mei 2014

Misha Omar selamat bergelar isteri kepada pilot MAS, Firos Ezzwan di Hotel Renaissanse, Jumaat. Misha menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran disediakan.

Terdahulu Misha sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari lalu namun ia terpaksa ditangguhkan bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada30 November tahun lalu.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Februari 2012. -gambar mStar | Rotikaya

Gambar Selebriti Yang Hadir di Pencalonan ABPBH 2013

Khamis, 23 Januari 2014

Ini adalah sebilangan seorang selebriti yang hadir ketika pengumuman calon ABPBH 2013 semalam, Yana Samsuddin, Pekin (dengan kekasih), Johan Asaari dengan deejay-dejaay Radio Era FM, Dina.

Yang paling tak sangka, Yana sekarang dah semakin cantik. Memang berderau melihat kelibatnya ni, setelah menonton filem Adnan Sempit 3 yang lalu.

Dimana untuk pengetahuan umum mengenai ABPBH kali ini, Zizan Razak adalah selebriti yang paling banyak pencalonan. Mungkinkah Zizan akan memenagi anugerah Bintang Paling Popular? tunggu dan undi ok. -Gambar Facebook Era FM

Gambar Dina Selepas Buat Pembedahan

Jumaat, 22 Mac 2013

Beberapa hari yang lalu kalau tidak silap 16 Mac, finalis program realiti, Malaysian Idol dan juga deejay Era FM, Dina telah dimasukkan ke dalam wad untuk menjalani satu pembedahan untuk membuang batu karang pada badannya.

Keadaan Dina nampak semakin stabil setelah melihat beberapa gambar Instagramnya yang dimuatnaiknya sendiri di Hospital Tawakal. Sukurlah kalau dah stabil dan kembali sihat sepenuhnya.

Gambar Konsert Anuar Zain

Selasa, 19 Februari 2013

Baru-baru ini Anuar Zain ada mengadakan konsertnya di Stadium Malawati, Shah Alam dan dianggarkan hampir 6,000 peminatnya membanjiri konsert berkenaan.

Memang ini lah impian Anuar untuk mengadakan konsert selama 30 tahun penglibatannya dalam dunia seni, jadi nama konsert ini juga dinamakan sempena tempoh masa itu, Konsert Anuar Zain Tiga Dekad.

Antara lagu yang di persembahkan adalah I’m The Lucky One, Bila Resah, Jangan Bersedih Lagi, Mungkin dan Ajari Aku, Keabadian Cinta, Kau Bunga Cintaku, Perpisahan, Ku Hanya Milikmu dan Ketulusan Hati.

Selain itu kehadiran, Nora Danish, Adibah Noor, Dina Malaysian Idol turut menghangatkan konsert berkenaan. - gambar HazmilJapilus

Zizan Raja Lawak ft. Dina - Selamat Tinggal

Isnin, 18 April 2011

Buat julung-julung kalinya Zizan Raja Lawak menyanyi tue~. Selalu kita tak sedar yang pelawak berbakat ini boleh menyanyi. Serius lagi tu muka Zizan dalam video ni. Gandingan mantap bersama Dina MI. Memang cool la gabungan Zizan dan Dina. Zizan bawa lagu rap/hiphop lah. Berbakat-bakat2.. Layanz..

Dina MI berjaya turunkan berat badan!

Ahad, 26 Disember 2010

Nampaknya usaha Dina menurunkan berat badannya benar-benar berhasil. Jika dulu Dina mengenakan baju bersaiz 18, kini dia berjaya memuatkan badannya dengan saiz 14. Satu perubahan yang cukup besar berjaya dilakukan. Tidak malu berkongsi cerita berat badanya, Dina berkata jika dahulu beratnya 99 kilogram, kini dia boleh berbangga dengan berat 85 kilogram. Menurut Dina, sindiran rakan-rakan menguatkan lagi azamnya menguruskan badan.

"Dina rasa seronok sangat bila berat turun sebab sudah boleh pakai legging. Dulu memang tak muat. Dina ambil masa tujuh bulan untuk turunkan berat. Kalau dulu Dina lebih selesa dengan imej sporty, tapi sekarang rasa lebih feminin sebab dapat sesuaikan pelbagai jenis fesyen.
"Kawan-kawan kerja selalu sindir Dina bila nak pergi gim sebab mereka jenis yang jaga tubuh badan. Lama-lama Dina pun ikut dan jadikan gim sebagai rutin harian. Kesihatan dan stamina Dina pun semakin bagus sebab tak penat bila perform atau buat kerja berat. Dina tak tetapkan target berat namun buat masa sekarang, Dina akan teruskan workout," >kata Dina kepada manggaonline