Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Diddy Hirdy Dapat 3.8 CGPA

Selasa, 22 Januari 2013

Dalam tak disangka memetik portal mStar semalam, penyanyi, Diddy Hirdy merupakan seorang pelajar cemerlang di UUM (Universiti Utara Malaysia). Berita ini merupakan salah satu contoh terbaik untuk selebriti Negara kita.

Difahamkan yang Diddy mengambil Ijazah Sarjana Muda Komunikasi selama 3 tahun secara sambilan dengan mengekalkan pointer CGPA 3.8 keatas.

Bahkan Diddy juga diberikan anugerah sebagai Ikon Pembelajaran Sepanjang Hayat oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Malah isterinya, Allen Nor Azah juga berasa bangga dengan pencapaian Diddy ini. Tahniah diucapkan.

Gambar anak sulung Diddy Hirdy

Rabu, 5 Januari 2011

Penyanyi yang juga pelakon teater muzikal Terima Kasih Cinta, Diddy Hirdy (Syamsul Hirdy Muhid) kini bergelar bapa apabila isterinya, Allen Nor Azah Musa selamat melahirkan seorang bayi perempuan pukul 10.30 pagi, 3 Januari 2011. Bayi seberat 3.45kg itu diberi nama Nadra Aryssa Jauza. Ibu dan juga anaknya itu berada dalam keadaan sihat. Seperti sediamaklum, pasangan itu bernikah pada 6 Februari 2010 di Pasir Gudang, Johor. -Gua

Gambar Perkahwinan Diddy, Allen

Ahad, 7 Februari 2010

Penyanyi Syamsul Hirdi Muhid atau lebih dikenali sebagai Diddy, 25, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Allen Nor Azah Musa di Masjid Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor Baru, kelmarin (6/2). Dengan dua kali lafaz, pasangan mempelai yang telah berkenalan sejak 10 tahun lalu dan mengikat tali pertunangan selama empat tahun kini sah bergelar suami isteri dengan mas kahwin RM300 beserta tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM10,000.

Antara barangan hantaran dari pihak Diddy termasuk beg tangan, alat solek, wangian, gelang tangan emas, tepak sirih dan kek dengan dibalas sembilan dulang hantaran dari pihak perempuan. Sementara Allen membalas dengan sembilan hantaran antaranya adalah komputer riba, wangian, baju Melayu, tali pinggang, dompet, kek dan sirih junjung. Dulang hantaran kedua-dua belah pengantin ditaja oleh Gidas Creation. -mStar