Khamis, 14 Mac 2013
Semalam, Datuk Siti Nurhaliza menyumbang RM20,000 kepada Tabung Wira Lahad Datu, Media Prima Berhad untuk ahli anggota keselamatan yang terkorban insiden pencerobahan di Lahad Datu yang sehingga kini difahamkan hampir 10 anggota kita yang terkorban.
“Daripada jumlah RM20,000 ribu itu, RM10,000 adalah sumbangan daripada Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd dan RM10,000 lagi daripada SimplySiti Sdn Bhd. Siti rasa terpanggil untuk menderma kerana Siti ingin menghargai jasa anggota keselamatan kita yang sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan keamanan negara. Siti juga anak anggota polis, jadi Siti dapat merasakan keperitan yang dialami oleh ahli keluarga anggota keselamatan terbabit.
Selain itu, Siti juga salah seorang askar Wataniah. Ini adalah salah satu tanggungjawab sosial yang harus Siti lakukan sebagai tanda prihatin kepada wira-wira negara kita,” ujar Siti yang mahu anda juga menyumbang bersama. -petikan GUA



