Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Senarai penuh pemenang AJL31

Isnin, 23 Januari 2017

Semalam telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan beberapa kejutan pemenang.

Juara
judul : Lelaki Teragung
ciptaan : Iman Imran dan Natasyah
nyanyian : Dayang Nurfaizah
hadiah : wang tunai sebanyak RM50,000, baucer produk CJ Wow Shop bernilai RM10,000, sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A berserta trofi.

Naib juara
judul: Terimaku Seadanya
ciptaan : Ajai
nyanyian : Hafiz dan Misha Omar.
hadiah : wang tunai RM35,000 berserta trofi.

ke-tiga
judul : Sudah Ku Tahu
ciptaan : Razif daripada kumpulan Projector Band
nyanyian : Razif daripada kumpulan Projector Band
hadiah : wang tunai berjumlah RM20,000.

Persembahan Terbaik
kumpulan Khalifah (Hang Pi Mana)
hadiah : wang tunai RM12,000, sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A berserta trofi.

Vokal Terbaik
Dayang Nurfaizah (Lelaki Teragung)
hadiah : wang tunai sebanyak RM12,000.

Kesemua persembahan pada malam itu diadili seramai 10 barisan juri profesional dan diketuai oleh komposer terkenal Azmeer. -mStarOnline

Baju dipakai Dayang Nurfaizah bukan calang-calang baju.. (2 gambar)

Rabu, 27 Januari 2016

Pereka fesyen baju Dayang Nurfaizah ketika AJL minggu lalu mengakui yang baju rekaannya itu sangat unik dan bukan calang-calang orang boleh memakainya.

Memandangkan pembuatannya yang khusus dengan mengambil masa dua bulan, maka adalah amat bersesuaian untuk Dayang yang layak ke peringkat akhir AJL ke-30.

Sebab Dayang Nurfaizah belum kahwin di usia 34 tahun..

Ahad, 21 Jun 2015

Sudah mencecah usia 34 tahun, sehingga ke hari ini Dayang Nurfaizah mengakui yang dia masih tiada teman istimewa yang boleh digelar kekasih.

Ini disebabkan Dayang sangat disiplin mengenai jadual hariannya, sehinggakan sukar bergaul aka bersosial sekaligus membuatkan hasratnya untuk mendirikan keluarga agak sukar untuk tercapai.
Siapa tidak cemburu bila melihat teman sebaya semua sudah berkahwin. Andai ada jodoh, memang saya ingin berkahwin. Tapi jujur tidak ada sesiapa pun yang cuba mendekati.

Mungkin saya sendiri kurang bercampur, biasanya selepas kerja saya terus bergegas pulang ke rumah. Jika tidak bekerja pula, saya lebih banyak meluangkan masa melayan anak buah di rumah. Saya tidak mempunyai masa melepak seperti orang lain.

Saya memang tidak suka berkepit dengan telefon, ada kalanya saya sendiri lupa di mana saya meletakkan telefon bimbit saya. Memang sepanjang berada dalam bidang ini, tidak ada pula saya menerima mesej daripada sesiapa yang ingin berkenalan kerana tidak ramai yang tahu nombor telefon peribadi saya, hanya keluarga terdekat saja yang ada.

Saya pun sebenarnya tidak suka berkongsi cerita peribadi dengan umum. Bagi saya biarlah kisah hati eksklusif untuk saya saja, bukan apa saya bimbang jika sesuatu terjadi kepada perhubungan, ia akan menjadi bahan peminat.

Punca Dayang Nurfaizah belum ada kekasih diusia 33 tahun..

Jumaat, 6 Mac 2015


Dayang Nurfaizah Belum Ada Kekasih
Dayang Nurfaizah mengakui hatinya masih lagi tidak berjaya ditawan mana-mana lelaki yang boleh digelar teman istimewa walaupun sudah nak berumur 33 tahun, memetik dari laporan Mynewshub.

Namun pada masa sama, Dayang yang mempunyai karektor manja tidak menolak kaitan dirinya yang tiada teman istimewa dengan sikapnya yang lebih senang ‘memerap’ di rumah pada waktu lapang.
“Dayang serahkan pada Tuhan. Kalau esok lusa datang jodoh, Dayang terima.

“Ini tidak bermakna Dayang tutup diri Dayang sebaliknya sentiasa menunggu,”

“Kalau nak kata Dayang memerap di rumah, itu ya. Dayang memang jarang keluar. Inilah masalah.. Dayang kena keluar selalu lepas ini,” -Dayang Nurfaizah
kita doakan agar Dayang bertemu dengan jodohnya kelak. Amin.

Zizan Razak biadap?

Selasa, 27 Januari 2015


Rasanya ramai yang meluat dengan perangai Zizan Razak yang ditonjolkan pada malam Maharaja Lawak Mega 2014 minggu lalu. Zizan dikatakan melawan cakap juri ketika juri menyampaikan komen mereka. Lebih-lebih lagi Fazura yang mengomen persembahan Virus yang dianggotai Zizan.

Fazura juga ada menyatakan pendangannya itu melalui laman sosial Twitter miliknya. Bahkan tindakan Zizan melibatkan Dayang Nurfaizah dengan gelaran hitam manis itu sepertinya menyindir penyanyi berkenaan.

Senarai penuh keputusan AJL 29

Isnin, 19 Januari 2015


Disangka Ning Baizura rupanya Dayang Nurfaizah

Rabu, 14 Januari 2015

Kadang kala memang ada orang akan membuat viral dengan menyalah sangka penama untuk seseorang yang terkenal itu. Bah tindakannya itu seperti di sengajakan untuk mendapatkan populariti di laman sosial.

Namun tak tahu pula tindakan Alexander Zulkarnain yang sengaja atau tidak sengaja bertanyakan soalan bonus ini . Samada dia minat suara Dayang Nurfaizah tapi tak kenal wajah Dayang.

Nasihat Dayang Nurfaizah kepada Shila Amzah! (5 gambar)

Isnin, 22 September 2014

Isu yang melibatkan Shila Amzah dengan media Melayu memang hangat diperkatakan. Sehinggakan Melodi semalam juga memawancara beberapa orang untuk mengomen hal berkenaan.

Kata orang itu, Shila naik disebabkan media Melayu, gosipnya dengan beberapa bekas kekasih selebriti juga memainkan peranan dia berdiri dan dikenali sekarang.

Memetik portal GUA, Dayang Nurfaizah yang sudah 15 tahun bergelar anak seni telah membidas selebriti yang menggunakan kuasa populariti laman sosial sebagai tempat meluahkan perasaan. Sebaliknya Dayang menyaran agar perkara itu tidak perlu diperbesar-besarkan, dan boleh diselesaikan dengan cara pribadi.

Gambar Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah

Selasa, 21 Mei 2013

Gambar dibawah adalah gambar dua merpati sejoli yang masing-masing masih lagi single dan belum kahwin, siapa lagi kalau bukan Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah.

Mereka berdua kini sedang giat dalam menjalani satu bidang perniagaan bersama dengan melahirkan satu album gabungan yang dinamakan 'Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas' yang telah berlangsung tahun lalu. -gambar Ryaniez Moments Photography.








Gambar Dayang Nurfaizah Terkini

Khamis, 16 Mei 2013

Khabarnya ini adalah imej terbaru Dayang Nurfaizah. Rambutnya kini dah panjang ikal mayang, memang kelihatan cantik dan manis berbanding dahulu. Dan kini Dayang juga dan Anuar Zain telah bersama-sama untuk membuat satu album gandingan dengan dimasukkan 14 lagu solo dan berduet untuk album Anuar Zain. Dan dengar cerita, Anuar didesak untuk melamar/meminang Dayang. Namun kedua-duanya menafikan dalam situasi bercinta ketika ini.







undi 3 artis terbaik mirip artis barat!

Rabu, 15 Jun 2011

Sudah lama admin tak post entry mengenai undian kan, sekali sekala kita undi best juga. Kali ini untuk 3 artis yang seakan-akan mirip artis barat. Diantaranya Ning Baizura, Dayang Nurfaizah dan juga Ziana Zain. Nak tahu siapa diantara mereka lebih korang sukai, undi lah dibawah.. Hehe.

1. Ning Baizura a.k.a Tony Braxton



2. Dayang a.k.a Beyonce



3. Ziana Zain a.k.a Jlo

poster konsert Dayang Nurfaizah

Selasa, 14 Jun 2011

Admin tak tahulah silap siapa dalam poster show Dayang Nurfaizah kat bawah ni yang berlangsung 2 Julai 2011 di Hard Rock Cafe KL untuk show amal. Poster dibawah ni motif utamanya adalah mempromosikan show berkenaan. Dayang memang memiliki suara yang lunak dan sedap didengar. Tapi tue lah, admin bukan nak hina Dayang ok admin tetap fan Dayang, tapi kenapalah jadi begini, salah juru make-up atau desinger banner berkenaan. Geramnya...

Gerimis Mengundang - Dyg Nurfaizah ft Harvey Malaihollo

Khamis, 2 Jun 2011

Lagu Gerimis Mengundang yang pernah top satu masa dahulu nyanyian kumpulan SLAM adalah satu-satunya lagu yang begitu asyik dan membawa mesej yang tersendiri. Namun baru-baru ini lagu ini akan dipopularkan dengan irama jazz oleh dua gandingan penyanyi Harvey Malaihollo dari Indonesia dengan Dayang Nurfaizah dari Malaysia. Lihat video dibawah ini sungguh tidak disangka version jazz Gerimis Mengundang amatlah terlena apabila mendengarnya, lebih-lebih lagi suara Dayang yang merdu. Korang cuba dengar erk..

Aksi mesra Dayang Nurfaizah, Marcell

Sabtu, 16 April 2011

Gambar dibawah ni sebenarnya gambar dah basi dah, namun belum lagi menjadi sensasi. Sekarang ni gambar dibawah ni betul-betul gempar sangat. Dayang Nurfaizah dan Marcell (artis Indon) sedang membuat aksi mesra di hadapan penonton ketika acara perasmian single terbaru Dayang di Hard Rock Cafe. Pun begitu, tak tahu dan dipastikan apa motif aksi berkenaan, adakah mereka sedang bercinta atau sekadar lakonan diatas pentas. -Gambar LimauAis

Gambar terbaru Dayang Nurfaizah April 2011

Isnin, 4 April 2011

Dayang Nurfaizah ni memang jarang kena gosip. Kiranya terpelihara juga daripada gosip-gosip panas. Kepada peminat Dayang, ni adalah gambar terbaru Dayang. Lihat Dayang kali ni memang agak kelihatan cantik dan hitam manis orangnya. Dayang punelum kahwin lagi, jadi bilalah nak kahwin agaknya Dayang. Dengan Anuar Zain pun ok juga, cocok gitue!

Dayang Nurfaizah 5 tahun tanpa HandPhone!

Sabtu, 4 Disember 2010

Dayang Nurfaizah menjelaskan sudah 5 tahun tidak menggunakan telefon bimbit selepas telefonnya hilang sebanyak 5 kali dalam tempoh dua tahun. Kata Dayang, dia lebih selesa menjalani kegiatan harian tanpa telefon bimbit walaupun kebanyakan artis hari ini mempunyai pelbagai jenis telefon bimbit canggih manggih. Ini semua bukanlah bermakna dia dikongkong oleh keluarga mahupun pengurusnya.

Kalau ada orang yang ingin bercakap dengan Dayang, mereka boleh menghubungi Dayang melalui Shaliza (pengurus) atau keluarga kerana mereka sentiasa bersama-sama dengan Dayang. Kemungkin Dayang akan memiliki telefon bimbit jika dirinya sudah mempunyai kekasih hati. -mStar

Dayang Nurfaizah buka puasa dengan kanak-kanak istimewa

Jumaat, 20 Ogos 2010

Memang berhati mulia sungguh artis kita seorang ni. Dalam bulan suci ini, Dayang Nurfaizah yang masih lagi berstatus bujang ni sempat meluangkan masa berbuka bersama-sama dengan seramai 115 kanak-kanak istimewa (tak pasti samaada OKU ataupun anak-anak yatim, tidak dinyatakan pulak) dari tiga rumah kebajikan yang berbeza di One Bangsar. Masa itu, Dayang sempat juga layan satu dua lagu untuk kanak-kanak berkenaan disamping tolong mengambilkan lauk pauk. Seperti mengalahkan pemimpin bersama-sama dengan rakyat lah, berjiwa rakyat gitue.