Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Gambar Darling dan Anak di Pagi Raya
Isnin, 12 September 2011
Anak Darling Ngasri, Nur Nashrullah Nur Azlin,yang kini berusia 3 bulan membuatkan Hari Raya Darling dan suaminya Nur Azlin Rahmat di Ipoh dan Melaka, betul-betul bermakna. Memandangkan Hari Raya pertama mereka dengan anak sulong mereka. Tengok gambar dibawah ni melihatkan Nashrullah begitu sihat dan gemuk comel. :)
Gambar Darling dengan anaknya
Isnin, 1 Ogos 2011
Lihat gambar dibawah ni, sweet betul mama seorang ni. Darling Ngasri dengan anaknya Nur Nashrullah Nur Azlin yang dah masuk 2 bulan usianya. Foto ni diambil oleh Facebook milik Lenny Emelda. Mungkin untuk potret keluarga kot, tapi kemana suami yang dicintai erk? tak nampak batang idung pun. Sibuk keje kot. Apa-apa pun semoga Darling dapat beraya dengan suami dan Nur Nashrullah Nur Azlin. :)










Darling Ngasri selamat melahirkan anak
Sabtu, 28 Mei 2011
Tahniah lah kepada Darling Ngasri kerana selamat bersalin anak sulungnya. Selepas diberitakan hamil 2 bulan pada bulan Oktober 2010 yang lalu dan kini tip top dah selamat bersalin. Nama anak Darling ni, Nur Nashrullah Nur Azlin dan dilahirkan pada 21 Mei 2011. Dengan kehadiran cahaya mata ini boleh membuatkan rumahtangga Darling dan suami lebih bahagia dan kekal selamanya. :) -gambar FB Anne
Selepas Anne kini Darling pula hamil
Jumaat, 15 Oktober 2010
Selepas lebih setahun mendirikan rumahtangga dengan Nur Azlin Rahmat, 34, Darling Ngasri iaitu kakak kepada Anne Ngasri serta adik kepada Bell Ngasri kini telah pun disahkan hamil 2 bulan oleh doktor. Khabar berita itu telah disambut dengan penuh kesyukuran oleh Darling dan suaminya. Maklumlah anak itukan rezeki pemberian daripada Allah Taala.
Darling juga khabarnya tidak kisah kalau anak yang bakal dilahirkannya itu nanti adalah lelaki atau pun perempuan. Apa yang penting sekali baginya adalah kesihatan anak itu nanti. Namun, pada masa yang sama, dia juga tidak mahu terlalu seronok menanti kehadiran bayinya itu. Bimbang pula kalau-kalau terlalu seronok nanti, duka pula yang akan bertukar ganti. -Murai
Darling juga khabarnya tidak kisah kalau anak yang bakal dilahirkannya itu nanti adalah lelaki atau pun perempuan. Apa yang penting sekali baginya adalah kesihatan anak itu nanti. Namun, pada masa yang sama, dia juga tidak mahu terlalu seronok menanti kehadiran bayinya itu. Bimbang pula kalau-kalau terlalu seronok nanti, duka pula yang akan bertukar ganti. -Murai
Darling didenda RM15,000 atau penjara 3 bulan
Khamis, 30 September 2010
Pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri atau lebih dikenali dengan panggilan Darling diarahkan membayar denda RM15,000 atau berhadapan dengan hukuman penjara selama tiga bulan, selepas mengaku salah atas tuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen. Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Jagjit Singh selepas menerima pengakuan salah Darling terhadap pertuduhan alternatif yang ditawarkan kepadanya pada Rabu.
Pada penghakimannya, Jagjit berkata, beliau telah mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan secara panjang lebar oleh peguam Darling dan juga balasan pihak pendakwaan. Darling, 27, kelihatan tenang semasa hukuman dijatuhkan. Dia hadir dengan ditemani suami, Nur Azlin Rahmat, 34, dan ibu bapa, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 16 Ogos 2007 di RHB Bank Berhad, Jalan Tun Razak, Cheras. Bagi kesalahan itu, pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1999 menerusi drama Selamat Hari Jadi Su III itu didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Dia didakwa di mahkamah buat kali pertama pada 6 Februari lalu dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin. -mStar
Pada penghakimannya, Jagjit berkata, beliau telah mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan secara panjang lebar oleh peguam Darling dan juga balasan pihak pendakwaan. Darling, 27, kelihatan tenang semasa hukuman dijatuhkan. Dia hadir dengan ditemani suami, Nur Azlin Rahmat, 34, dan ibu bapa, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar.Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 16 Ogos 2007 di RHB Bank Berhad, Jalan Tun Razak, Cheras. Bagi kesalahan itu, pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1999 menerusi drama Selamat Hari Jadi Su III itu didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Dia didakwa di mahkamah buat kali pertama pada 6 Februari lalu dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin. -mStar
Gambar Perkahwinan Darling dan Nur Azlin
Isnin, 1 Jun 2009
Pasangan Darling Ngasri (26) dan Nur Azlin (34) telah selamat mengadakan majlis persandingan/perkahwinan mereka di Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh, kelmarin (31/5), dengan bertemakan 'garden wedding', manakala resepsi di sebelah lelaki pula akan diadakan di Bukit Katil, Melaka pada 7 Jun depan. Tahniah buat dua mempelai dari izyan.com!









Foto Milik mStar









Foto Milik mStar
Majlis Pertunangan Darling Ngasri Dengan Businessman
Isnin, 23 Mac 2009
Meskipun pernah berdepan dengan episod cinta penuh luka, ia bukan penghalang untuk pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri, 26, yang popular dengan panggilan Darling menemui cinta baru.
Apa yang lebih menggembirakan Darling apabila cinta yang dijalin selama empat bulan itu berakhir dengan ikatan pertunangan yang berlangsung di rumah keluarganya di sini, Taman Batu Permai, Kuala Lumpur, (14/3).
Ternyata, keikhlasan dan kejujuran hati Nur Azlin Rahmat, 34, atau Azlin yang merupakan seorang pegawai pemasaran telah berjaya membuka hati Darling untuk menerima jejaka itu sebagai bakal suaminya.
Dalam majlis itu, anak kepada bekas juruhebah RTM, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar itu menerima lima dulang hantaran termasuk sebahagian daripada wang hantaran berjumlah RM22,222.22, sirih junjung, senaskhah al-Quran, coklat serta sepasang kain persalinan.
Sebagai balasan, Darling menyerahkan tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada butang baju Melayu, sirih junjung, songket, manisan dan coklat.
Menerusi hasil perbincangan kedua-dua belah pihak, masing-masing telah sepakat memilih 30 Mei ini sebagai tarikh pernikahan mereka.
Majlis persandingan pihak perempuan pula akan diadakan di rumah keluarga Darling di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dan diikuti majlis menyambut menantu di rumah keluarga Azlin di Bukit Katil, Melaka seminggu selepas itu.
-Utusan-
Apa yang lebih menggembirakan Darling apabila cinta yang dijalin selama empat bulan itu berakhir dengan ikatan pertunangan yang berlangsung di rumah keluarganya di sini, Taman Batu Permai, Kuala Lumpur, (14/3).
Ternyata, keikhlasan dan kejujuran hati Nur Azlin Rahmat, 34, atau Azlin yang merupakan seorang pegawai pemasaran telah berjaya membuka hati Darling untuk menerima jejaka itu sebagai bakal suaminya.Dalam majlis itu, anak kepada bekas juruhebah RTM, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar itu menerima lima dulang hantaran termasuk sebahagian daripada wang hantaran berjumlah RM22,222.22, sirih junjung, senaskhah al-Quran, coklat serta sepasang kain persalinan.
Sebagai balasan, Darling menyerahkan tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada butang baju Melayu, sirih junjung, songket, manisan dan coklat.
Menerusi hasil perbincangan kedua-dua belah pihak, masing-masing telah sepakat memilih 30 Mei ini sebagai tarikh pernikahan mereka.
Majlis persandingan pihak perempuan pula akan diadakan di rumah keluarga Darling di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dan diikuti majlis menyambut menantu di rumah keluarga Azlin di Bukit Katil, Melaka seminggu selepas itu.
-Utusan-
-Gua-















