Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Danny X-factor dah tak laku? buat kerja ini...

Isnin, 6 Februari 2017

Dah lama tak melihat dan berita mengenai Danny X-Factor, kelibatnya sepertinya sudah jarang kelihatan menghiasi drama-drama tempatan mahupun membuat persembahan nyanyian

Dikhabarkan yang Danny terkini buat kerja menjadi pemandu Uber. Danny menjelaskan kepada Harian Metro dengan mengatakan dia hanya menjadi pemandu teksi moden itu sekadar hobi serta bersifat sambilan sahaja.

Menurutnya dia masih menguruskan syarikatnya, Double Channel Sdn Bhd, cuma apabila isterinya, Zaidatul Norfazlin, ‘terbang di awan’ sebagai pramugari, dia berasa agak bosan duduk di rumah.


Kereta Dany X-Factor dilanggar lelaki misteri~

Rabu, 21 Januari 2015

Apakah malang nasib pelakon Danny (X-Factor) apabila kereta Honda City milikknya yang diparkir di luar rumah dilanggar oleh individu tidak dikenali.

Lebih mencurigakan, selepas kejadian itu, individu berkenaan melarikan diri meninggalkan keretanya yang remuk pada bahagian hadapan itu.

Patrick Teoh Hina Agama Islam

Khamis, 17 Januari 2013

Patrick Teoh merupakan seorang selebriti yang pernah berlakon dalam filem 'Baik Punya Cilok' dan juga 'Sumolah'. Namun tahukah anda, yang dia telah menimbulkan satu kekecohan yang sungguh sensitif yakni bermain api dengan mempersendakan kesucian agama Islam di laman Facebooknya.

Antara rakan artis lain yang bersuara adalah AC Mizal, Danny X-factor dan juga Tomok melalui laman sosial mereka masing-masing.

Akhirnya, takut bermain api, Patrick Teoh akhirnya 'delete' kenyataan berkenaan di laman sosialnya, dan permohonan maaf dikeluarkan. -gambar Ohbulan

Danny X-Factor Nikah 16 September

Khamis, 25 Ogos 2011

Tahniah kepada pelakon Danny yang tidak lama lagi bakal menamatkan zaman tunangnya pada 16 September ini bersama tunangnya yang juga seorang pramugari, Fazlin Zakaria. Mereka ditunangkan pada 30 Mac lalu. Majlis pada 16 September ini dilakukan di Kampar, Perak secara sederhana jerk.

Yang menariknya, tanggal 16 September ini merupakan tarikh yang bersejarah buat Malaysia, dimana Tanah Melayu dan Sabah Sarawak telah bergabung menjadi Malaysia yang berdaulat. Mungkin tema kahwin Danny rasanya berunsur patriotik kot. Hehe.

"Saya akan bernikah pada 16 September ini, sempena cuti Hari Malaysia. Majlis menyambut menantu di Pasir Mas, Kelantan akan diadakan dua minggu selepas itu manakala majlis persandingan akan diadakan awal Oktober depan," kata Danny. -Via

Gambar sekitar pertunangan Danny x-Factor

Selasa, 22 Mac 2011

Ini merupakan satu berita yang mengembirakan bagi mereka yang meminati Danny x-Factor dan juga mereka yang setia dengan AirAsia. Berita ini merupakan saat dimana Danny pada 20 Mac yang lalu telah selamat bertunang dengan calon yang dipilih Danny sendiri dari yang asalnya merupakan seorang pramugari AirAsia bernama Zaidatul Norfazleen Zakaria (Leen) di Kampar, Perak. Pertunangan ini serba sederhana sahaja, tak lah besar-besaran, tapi pertunangan Danny ni seperti orang yang nak bernikah jak pulak kan. Lucu kan, siap ada banner lagi tue, uall mampu ke? hehe. Gurau jerk la. Apa-apa pun tahniah kepada Danny dan tunangnya, Zaidatul, semoga cepat bernikah selepas ini. ;)

Danny bakal bertunang dengan pramugari AirAsia

Rabu, 23 Februari 2011

Perkenalan singkat selama tujuh bulan diantara pelakon dan pengacara tv, Danny dengan seorang pramugari AirAsia bernama Zaidatul Norfazleen Zakaria (Leen) akan menghantar rombongan peminangan tidak lama lagi yakni bertarikh 20 Mac di Kampar, Perak. Tahniahlah kepada Danny (bekas kumpulan X-Factor) yang akhirnya bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Soal pernikahan pula kata Danny kepada wartawan Utusan baru-baru ini, dia dan Leen kemungkinan akan melangsungkan akad nikah penghujung tahun ini. Maknanya ada 6-7 bulan dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi Danny dan Leen sepanjang menjadi tunang. Hehe. Doakan sahaja mereka tabah menghadapinya yang akhirnya perjalanan itu sampai ke mahligai yang diidam-idamkan. :)

Danny X-Factor tidak malu promosi tuala wanita

Rabu, 21 Julai 2010

Pelakon Danny, tidak malu untuk terlibat bagi mempromosikan tuala wanita jenama She dan menolak tanggapan kononnya dia terdesak melakukan pekerjaan itu bagi menampung sumber kewangannya. Danny berkata, tindakan itu adalah sebahagian dari usahanya untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik kerana setiap pembelian tuala wanita itu akan disumbangkan kepada Majlis Kanser Malaysia (Makna).

“Saya tidak malu atau terdesak kerana ini adalah satu projek yang dilakukan dengan kerjasama Makna. Ia bukan hanya untuk wanita tetapi ia juga baik untuk golongan lelaki supaya mereka mengetahui cara penjagaan yang dilakukan wanita. Saya nak galakkan kaum lelaki supaya tidak malu untuk mengambil tahu tentang kepentingan tuala wanita sebab saya juga dilahirkan daripada rahim ibu saya," katanya.

Danny X-Factor Tunda Nikah Kerana Belukar

Jumaat, 3 April 2009

Sudah rezeki, Danny diberi peluang bersama Jason Chong untuk menerbitkan sebuah filem. Menurut Danny, memang sudah menjadi impiannya untuk jadi penerbit filem, tetapi dia tidak sangka pula ada pihak yang percaya dengan keupayaannya dan sedia memberi tajaan untuk merealisasikan hasrat berkenaan. Danny yang terkejut apabila ada pihak yang sedia memberikan dana untuk Danny dan Jason menerbitkan Belukar.Bagaimanapun kerana ‘Belukar’, Danny menyatakan dia terpaksa menunda majlis pertunangannya yang dirancang pada tahun ini. Apabila majlis ini ditunda, ia sekali gus bermakna majlis pernikahan dan persandingannya juga menerima nasib yang sama. Danny yang sudah merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya pada tahun ini tetapi beliau terpaksa tangguhkan dulu majlisnya kerana ingin memberi fokus kepada satu-satu perkara dahulu dan mahu ‘anak sulung’ nya lahir dengan sempurna kemudian barulah dia akan fikirkan tentang hal peribadi. Lagipun, buah hati si Danny masih lagi belajar.
Ehsan Krsuicide