Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Adam Corrie dan Isteri

Khamis, 14 Februari 2013

Pelakon Adam Corrie atau Corrie Lee, merupakan seorang pelakon muallaf yang sering melakonkan watak gangster atau jahat dalam setiap lakonannya. Mungkin Adam Corrie lebih dikenali dalam filem KL Gangster yang dipopularkan oleh lakonan Aaron Aziz dahulu.

Walaupun membawa lakonan berwatak jahat namun Adam Corrie bukan lah orang jahat diluar set, malah dikatakan dia kini lebih kepada belajar dan menekankan konsep Islam dalam hidupnya. Menghadiri dan mengikuti ceramah-ceramah semasa dan bergiat aktif dalam urusan memajukan dakwah Islam.

Terbaru sempena Tahun Baru Cina, Adam Corrie dan isterinya sempat beraya ke keluarganya yang masih dengan agama asal mereka.

Gambar Corrie Lee Dan Isteri

Sabtu, 2 Mei 2009

Sebenarnya penulis sendiri tak pernah melihat wajah isteri kepada pelakon dan juga koreografer Corrie Lee atau nama islamnya Adam Corrie Lee Abdullah ni yang selalu main watak penjahat dalam siri Gerak Khas. Maka, secara ekslusifnya penulis nak siarkan gambar Corrie Lee dan juga isteri tersayang beliau kepada anda yang belum lagi melihat gambar isteri beliau, Fazema di sini. Jom layan..