Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Awie dituduh berniaga arak sara kehidupan sekeluarga!

Isnin, 18 Julai 2016

Memetik portal Kosmo! Online baru-baru ini, abang ipar yang juga abang bekas isteri Awie, Rozana Misbun, Awie telah membongkar rahsia perniagaan Awie kepada Mahkamah Tinggi Syariah bahawa penyanyi itu ada mengusahakan perniagaan kelab malam di Ipoh, Perak.

Tambahan menurut abang Rozana itu lagi, dia juga pernah pergi ke kelab malam tersebut yang dinamakan Malai Rock Station Bistro itu kira-kira 4 tahun lalu.

“Saya pernah pergi ke kelab malam itu sebanyak dua kali, sekali saya memasuki kelab malam itu manakala sekali lagi saya hanya melalui kelab tersebut”

“Pada pandangan saya, bisnes yang dilakukannya (Awie) saya anggap tidak elok kerana kelab itu menyediakan arak yang haram di sisi agama apabila antara sumber itu diberi kepada anak-anaknya,” katanya

Perbandingan Nora Danish, Fasha Sandha (komen pengikut yang pedas!)

Isnin, 14 Disember 2015

Perbezaan Lifestyle Nora Danish dan Fasha Sandha yang Mengejutkan
Baru-baru satu gambar Nora Danish yang 'enjoy' di sebuah pusat kelab malam telah menimbulkan reaksi berbeza dari pengikutnya di Instagram. Ramai yang mengomen dan membuat perbandingan diantara kehidupan Nora Danish dengan Fasha Sandha.

Jika dilihatkan Instagram Fasha Sanda, terserlah sifat keibuaan Fasha Sandha. Bahkan ditambah dengan hubungan baik dia dengan anak tirinya Raykal.

Gambar Lana Nordin bersosial setelah umrah?

Selasa, 2 September 2014

Menerusi ruangan Forum Cari, agak terkejut apabila satu pendedahan yang memperlihatkan Lana Nordin yang dikatakan telah menghadiri sebuah 'majlis' yang tidak diketahui lokasinya, dengan tajuk 'Lana Nordin Selepas Pulang Umrah'.

Gambar yang diambil adalah milik laman sosial Stephani Liah iaitu kawan baik Lana Nordin. Melihat gambar di Instagram milik lananordin, gambar ini tidak ada, dan kesemuanya gambar yang boleh dikatakan agak sopan.

Mungkin gambar ini gambar lama kot sebelum mengerjakan Umrah (bersangka positif)

'Itu foto 6 tahun lalu!' - Tauke Jambu

Jumaat, 21 Mac 2014

Sebuah blog tempatan telah memburukkan nama baik tanpa menyoal selidik menghubungi Tauke Jambu, dimana telah memuatnaik gambar lama yang memaparkan Tauke sedang pergi ke clubbing aka kelab malam dengan ditemani wanita berpakaian seksi

Tauke yang mengulas lanjut mengenai gambar berkenaan, foto berkenaan ada 6 tahun yang lalu sebelum dia berumahtangga dan ianya adalah untuk meraikan satu majlis selepas tamat sesi pengambaran sebuah filem, dan wanita itu adalah peminatnya.

Mungkin sekarang Tauke sudah insaf dan bertaubat, dan tidak mahu buku lamanya dibuka semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Gambar Kekasih Terbaru Tiz Zaqyah?

Rabu, 24 April 2013


Tidak dipastikan samaada ini kekasih sebenar Tiz Zaqyah atau hanya propa Tiz sahaja untuk bergurau dengan followernya di Instagram. Namun kalau dilihatkan memang nampak sebagai seorang kekasih. Kalau benar, bagusla. Keh keh.



Awie Buka 3 Lagi Kelab Malam!

Khamis, 24 Januari 2013

kelab malam di Ipho kepunyaan Awie
Rasanya pasti ramai pemerhati hiburan dan peminat selebriti tempatan akan tidak berasa kurang selesa dengan tindakan Awie yang telah membuka kelab malam di Ipoh dan merancang untuk membuka 3 lagi cawangan baharu menurut portal mStar semalam.

Pembukaan kelab malam ini oleh Awie sendiri menegaskan yang dia hanyalah menjalankan perniagaan sahaja. Baguslah kalau seperti itu, tapi yang haram tetap haram, kita tidak boleh tukar dan lari daripada itu.

Rezeki Allah ada dimana-mana dan carilah dengan jalan yang halal. Cubalah Awie buka sekolah Tahfiz ker (saham akhirat pon bertambah), restoran ker, atau yang membawa kebaikkan umum kan itu lebih elok.

Mesti ramai pembaca tidak setuju dengan pandangan Awie kat bawah ni, memang Awie tetap dan teguh dengan pendiriannya. Tepuk dada, tanya iman ok..
“Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.

“Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh,

“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?

“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?

“Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.

“Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?

“Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?”kata Awie.