Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Keadaan Cico yang mengejutkan, sampai sedih Uji Rashid

Selasa, 20 Jun 2017


Penyanyi veteran, Uji Rashid memberitahu bahawa ada pihak yang telah menganiaya anaknya Cico Harahap sehingga jatuh sakit dan sukar untuk bercakap.

Namun Uji berkata, dia reda dengan ketentuan takdir ini walaupun tidak mengetahui niat sebenarnpihak tersebut sehingga menganiaya anaknya sedemikian rupa.
“Ini takdir dan ketentuan Allah. Cico dianiaya dan saya reda,” katanya.

Dakwaan Uji mengatakan anaknya telah dianiaya adalah apabila telefon bimbitnya turut dirosakkan dan direndam di dalam asid sehingga merosakkan bahagian dalam telefon bimbit tersebut.

Katanya lagi, kejadian berlaku pada malam 25 Disember tahun lalu selepas Cico keluar untuk bertemu dengan rakan-rakannya.
“Saya sukar nak cakap apa yang berlaku kerana tiada di tempat kejadian. Saya difahamkan pihak terbabit meletakkan sesuatu dalam minumannya.

“Saya juga tidak pasti siapa yang menghantarnya pulang. Bukan cara elok tapi dia ditinggalkan dekat pintu dan Cico merangkak masuk ke dalam rumah,” katanya.
Selepas kejadian pada malam itu, Cico dibawa untuk mendapatkan rawatan di hospital dan selain itu juga dia telah menjalani perubatan Islam dan kini Cico dikatakan semakin pulih cuma dia berasa sakit apabila mahu berbicara.

Menurut Uji lagi, pada awal kejadian ini, Cico tidak kenal ibunya dan juga anaknya yang berusia lapan tahun, Rindu Nur Fitrah.
“Kami bagi dia minum air zam zam, air bacaan yasin dan air penawar yang diberikan oleh orang. Kami juga minta tolong pada mereka yang sudi membantu,” katanya.
Walau bagaimanapun Uji berkata, sebelum ini dia enggan membuka mulut tentang perkara ini kerana tidak mahu ada pihak yang tersalah tafsir mengenai keadaan yang menimpa Cico. -sumber HarianMetro

Anak comel perempuan Cico Harahap (9 gambar)

Jumaat, 28 Oktober 2016

Anak perempuan Cico Harahap, Rindu Nur Fitrah yang kini berumur tujuh tahun

Tunang Cico Harahap bukan Islam TAPI..

Isnin, 13 Jun 2016

Pelakon Cico Harahap akhirnya mendedahkan yang dia sudah bertunang dengan seorang gadis berketurunan Cina.

Namun memetik portal MediaHiburan, gadis berkenaan belum lagi memeluk Islam. Ini dilakukan Cico untuk gadis itu mendalami Islam terlebih dahulu sebelum memeluk Islam.
"Status bertunang ini sebenarnya hanya mahu mengikat janji. Itu sahaja. Jadi tidak bermakna dia tidak peluk islam, maka saya tidak boleh bertunang dengan dia," ujarnya.

Inilah tunang Cico Harahap (3 gambar)

Selasa, 16 Disember 2014

Dengar khabar yang anak kepada Uji Rashid, Cico Harahap sudah bertunang 4 bulan yang lalu, kini Cico sedang berbahagia dengan pasangannya Fernie.

Sebelum ini Cico pernah berkahwin dan menjadi duda selama 4 tahun dan dikurniakan seorang anak bernama Rindu.

Cico Harahap Bertunang Dengan Bukan Islam

Isnin, 27 Januari 2014

Terkejut juga mendengar berita yang difahamkan memetik portal Utusan dimana Cico Harahap yang sebelum ini menduda 3 tahun kini sudah bertunang.

Malah pertunangannya kali ini sangat panas, apabila dikatakan tunangnya itu bukan Islam. Menurut sumber, nama tunangnya kemungkinan besar setelah diteliti adalah Fernnie Yong
"Sudah hampir setahun kami bertunang. Keluarga saya bertemu dengan keluarganya dan ia diadakan dalam majlis yang ringkas sahaja,

"Status bertunang ini sebenarnya hanya mahu mengikat janji. Itu sahaja. Jadi tidak bermakna dia tidak peluk Islam, maka saya tidak boleh bertunang dengan dia.

"Lagipun, dalam tempoh kami bertunang ini, saya mahu dia mengenali Islam. Saya tidak mahu dia masuk Islam hanya kerana mahu berkahwin dengan saya.

"Sebaliknya, saya mahu dia betul-betul bersedia dan kenal Islam. Bila dia menyatakan kesediaannya untuk memeluk Islam, baharu kami akan membina masjid,

"Tetapi buat masa ini, biarlah dia belajar dahulu (agama). Saya pun tidak mahu memaksa dia berkahwin. Lagipun, masih banyak yang perlu dilakukan terutamanya dalam bidang seni," -Cico
"My tunang tgh trainig kt tempat kerja baru 'BMW' HQ. now test driving an X5. All professionally done. Tk macam some place. Perempuan yg tk reti bawak basikal disuruh bawak motosikal oleh org2 yg konon bijak pandai. Last2 jatuh n cedera. Hmm... pegawai tinggi syarikat motorsikal mana tu agak nya kan cik 'Fernnie Yong sayang'," -memetik laman sosial milik Cico

Cico Harahap Akui Masih Sosial

Sabtu, 5 September 2009

Cico Harahap atau lebih dikenali sebagai Cico, yang dahulunya digembar gemburkan sebagai seorang yang sosial yang sering ke kelab hiburan untuk melepaskan tekanan, sekarang kehidupan Cico pun masih begitu juga. Namun Cico mengamalkan cara hidup yang sihat dan tak mengambil benda yang tidak sepatutnya. Cico juga akan merancang akan menyambut Aidilfitri tahun ini di Kuala Lumpur bersama ibu dan keluarganya dan anaknya, Rindu Norfitra.