Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Catriona Ross susut berat badan 17kg!

Isnin, 20 Februari 2017

Pelakon Catriona Ross dan ibu kepada 3 cahaya mata ini katanya kini memiliki badan yang ideal. Penurunan dari 75kg ke 58kg dalam masa terdekat membolehkan dirinya kini menjadi perhatian ramai terutama suaminya.

"Alhamdulilah kini saya berjaya menurunkan berat badan saya hampir dengan bentuk badan ideal dan saya gembira dengan tubuh saya sekarang.

"Namun saya perasan sejak saya kurus ni, sikap suami saya berbeza sangat apabila dia semakin ambil tahu mengenai gerak geri saya ke mana saya pergi, yang mana sebelum ini tidak pernah sekali pun begitu.

"Dia seolah-olah cemburu dan mula insecured apabila menghubungi saya dengan kerap apabila saya berada di luar dan ingin tahu dengan siapa saya berjumpa.

"Tapi tidak lah sampai dia tidak mempercayai saya dengan apa yang saya lakukan.

"padahal sebelum ini, masa saya gemuk dulu tiada pula dia kisah," katanya kepada Astro Gempak

Catriona Ross dedah kenapa 2 tahun menyepi tidak berlakon

Rabu, 27 Julai 2016

Tumpuan terhadap keluarga membuatkan aktres, Catriona Ross, terpaksa melepaskan tawaran lakonan sejak dua tahun lalu hingga ada yang menganggapnya sudah bersara.

Hakikatnya, ibu kepada tiga cahaya mata itu (Sephia Rania, 6; Jammal Raess, 4 dan Edruce Riyadh, 1) masih merindui dunia lakonan, malah menegaskan berhijab bukan penghalang untuk terus bergelar pelakon seperti diperkatakan segelintir pihak. Kata pemilik nama penuh Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 36, cinta terhadap dunia seni tidak pernah terhakis, sekali gus membuatkannya mahu serius semula tahun ini.
"Hampir dua tahun tidak berlakon disebabkan saya membesarkan anak. Kebetulan ketika itu pembantu rumah juga sudah tamat kontrak, jadi saya ambil keputusan menguruskan keluarga sepenuhnya hingga tidak dapat memenuhi tawaran berlakon. Kalau ada pun, bawa watak sampingan.

"Kini, suami memberi lampu hijau selain sedia menjaga anak kami jika saya keluar berlakon. Lagi pun, kami dalam proses mencari pengasuh baharu," katanya kepada Bharian.

Catriona Ross selamat melahirkan anak ke-3 (3 gambar baby)

Rabu, 10 Jun 2015


Tahniah untuk Catriona Noorhayati Ross atau lebih mesra dengan panggilan Cat yang selamat melahirkan anak ke-3 berjantina lelaki pada 17/4/2015 yang lalu.

Cat yg berkahwin dengan Shaharuddin Mokhtaruddin terdahulu telah dikurniakan seorang anak perempuan
Sephia Rania, 5 tahun dan seorang anak lelaki Jammal Raess, 3 tahun.

Gambar Akikah Anak ke-2 Catriona Ross

Rabu, 5 Disember 2012

Pelakon Catriona Ross dan suami, Shaharuddin Mokhtaruddin baru-baru ini mengadakan majlis akikah dan cukur jambul untuk anak ke-2nya yang bernama Jammal Raess Ross-Iddin di kediaman mentuanya di Wangsa Maju.

Majlis itu dikatakan umpama acara nak sambut pengantin. Berkonsepkan klasik Inggeris yang begitu menarik sekali

Majlis itu berlangsung dengan  diketuai oleh Imam Muda Hizbur Rahman Omar Zuhdi. -sumber

Minggu depan Catriona Ross lahirkan anak ke-2

Rabu, 11 Julai 2012

Memetik daripada portal Murai, Catriona Ross tidak lama lagi bakal melahirkan anak lelaki ke-2. Mengikut jadual dan gambar, kandungan Catriona Ross sudah cukup besar. Dan difahamkan lagi doktor memberikan Catriona Ross hanya seminggu untuk berehat sebelum melahirkan anak berkenaan. Dan kini Catriona Ross lebih banyak berehat di rumah setelah menghabiskan shooting drama Andai Kau Tahu bersama Natasha Hudson.

Soal nama anak ke-2 itu tidak dinyatakan oleh Catriona, namun yang pasti anaknya mesti comel-comel, yala baka kacukan. Kita berdoa agar proses kelahiran bayi berkenaan berjalan lancar, dan anda pastinya setia dengan kami untuk melihat perkembangan bayi berkenaan. ;-)

Catriona Ross hamil anak ke-2

Selasa, 7 Februari 2012

Dalam diam rupanya pelakon, Catriona yang ditemui semalam ketika menghadiri rancngan WHI, dikhabarkan sedang mengandungkan anak kedua. Ketika dirisik mengenai perkembangan seni beliau, Catriona yang mesra disapa Cat itu menjelaskan ada cerita di sebalik ‘kehilangan’ beliau sejak 3 bulan ini. Tahniah diatas berita gembira ini.

“Saya kini sedang hamilkan anak saya yang kedua yang kini dah masuk 3 bulan setengah. Kali ini, alahan yang saya alami agak teruk berbanding sewaktu mengandungkan anak pertama dahulu. Jadi, saya ambil keputusan untuk berehat sebentar sepanjang 3 bulan awal kehamilan saya”. Jelas Cat. -Via

3 wanita bertudung edisi Julai

Selasa, 5 Julai 2011

Tengok gambar dibawah ni, sejuk betul mata memandang. 2 orang artis bertudung yang manis dan cantik Catriona Ross, Heliza Helmi ditambah dengan seorang wanita jemputan yang bertuah. Fatimah Az Zahra. Mereka digandingkan bersama dalam majalah Nur edisi Julai 2011. Nak tahu siapa tue Fatimah Az Zahra? korang beli lah majalah Nur ok. Lihat orangnya sahaja dah jatuh hati. Keke..

kisah bertudung Catriona Ross

Isnin, 6 Jun 2011

Kata para cerdik pandai bertudung ni untuk apa? ikut fesyen atau tuntutan agama? itulah topik yang dibincangkan oleh Datuk Dr. Fadzilah Kamsah dalam rancangannya 'Selami Jiwa' baru-baru ini. Artis jemputannya seorang, Catriona Ross. Cerita bermula sebelum Catriona tanpa alas di kepala, dengan situasi memakai tudung. Subhanallah, tudung itulah inspirasi Cat dalam memenerima hidayah Allah, tiada yang memaksa dan menyuruh, naluri hati Cat sendiri yang inginkan sesebuah permulaan hidup yang baru dan lurus.

Catriona Ross dalam majalah Keluarga

Isnin, 31 Januari 2011

Tidak dipastikan pula bila punya edisi majalah Keluarga yang memaparkan gambar Catriona Ross dan keluarganya bergambar bersama-sama ini. Mungkin bulan-bulan yang lalu, sebab gambar depan (cover) ada gambar Ina Naim. Gambar ini dikirim oleh peminat izyan.com. Sekadar untuk kongsi sahaja kepada peminat-peminat lakonan Catriona Ross. Nak dijadikan icon pun boleh, digalakkan lagi. Semoga berbahagia Catriona. :)

Gambar Catriona, Norynn di SEMANIS KURMA

Jumaat, 31 Disember 2010

Rancangan bual bicara yang menarik di Astro yang dihostkan oleh penceramah bebas, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan suaminya iaitu Semanis Kurma sememangnya sebuah rancangan motivasi yang membina. Apatah lagi yang melibatkan isu-isu harian manusia. Baru-baru ini Semanis Kurma telah menjemput dua orang artis yang cukup terkenal dalam bidang lakonan Cat (Catriona Ross) dan Norynn Aziz.

Kedua-dua artis ini bertrampilan ayu dan bertudung, seperti sedia maklum Cat memang dah bertudung selepas kahwin. Mereka dibual biacara mengenai tajuk 'Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru'. Mungkin inilah hakikat sebenarnya setiap manusia ada kesilapan/pengalaman lalu yang mungkin harus diperbaiki untuk masa depan yang cerah.

Catriona Ross dan Suami di Midvalley

Isnin, 10 Ogos 2009

Lumrah orang bila pergi shopping dan keluar apatah lagi di hujung minggu. Memang tidak dinafikan lagi. Memang tiada isu yang timbul, tapi melihat pasangan Catriona dan suaminya pergi ke Midvalley sambil berpegangan tangan, romantik gitue. Pakaian mereka juga tidak berubah dari fesyen muda mudi atau belia remaja ketika keluar. Keluar dah kahwin kira ok lah, yang belom kahwin tue, mana mo letak muka.. Ngeh3.

Sekitar Majlis Resepsi Catriona Ross

Isnin, 13 Julai 2009

Percutian bulan madu aktres Catriona Ross dengan Shaharuddin Mokhtaruddin digambarkan lebih menarik dan istimewa apabila mereka akan diarak dengan kereta kuda semasa tiba di Puncak Gunung Jerai, Kedah. Dalam pada itu, Cat dan Shahar yang meraikan perkahwinan mereka yang ke-3 dengan tema 'taman inggeris’ di Bora Ombak, Ampang (11/7) memaklumkan mereka akan berbulan madu ke destinasi kedua itu selepas bercuti di Pulau Pangkor nanti. (Bulan madu dua kali tue~. Dasyat2)

Antara tetamu yang hadir adalah bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Azmi Khalid dan isteri, Datin Seri Normala Samsudin; Noniswara, Norish Karman, Arni Nazira, Mawi dan isteri, Ekin; Aein, Ako Mustapha, Julie Dahlan, Wardina Safiyah, Serina Redzuwan, Riezman Khuzaimi, Adam Hamid dan Linda Onn. -mStar

Pernikahan Catriona Ross dan Shaharuddin

Ahad, 28 Jun 2009

Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 29, selamat di’nikahkan dengan penerbit dan pengarah rancangan televisyen Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin, 30, malam semalam.

“Majlis nikah semalam berlangsung dengan begitu meriah. Kebetulan ibu saya meminta untuk saya memakai ‘veil’ seperti perkahwinan orang putih dulu-dulu. Apabila saya turun, ramai yang bersorak kecil hingga saya malu nak bertentang mata dengan semua.”


Luah Cat yang terharu bercampur gembira setelah selamat menjadi isteri Shaharuddin yang sah.