Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Inilah gambar Hafiz Hamidun bersama bakal isterinya..
Jumaat, 17 Mac 2017
Hafiz Hamidun bakal mengumumkan lebih terperinci mengenai majlis perkahwinan itu nanti dalam satu majlis pertunangan dan sidang akhbar yang akan diadakan pada 22 Mac ini di Seksyen 15, Shah Alam.
Namun ramai yang tertanya apabila nama yang tertera pada kad undangan adalah Joy Revfa dan bukan Siti Arifah Amin.
Menurut Hafiz, Joy Revfa merupakan nama komersial sebaliknya nama sebenar adalah Siti Arifah Amin, 29 tahun dan merupakan seorang ibu tunggal. -MediaHiburan
Inilah dia calon isteri Shahrol Shiro (2 gambar)
Ahad, 7 Februari 2016
Pernah memberitahu bakal menamatkan zaman dudanya pada tahun ini, Shahrol Shiro mengumumkan beliau bakal bernikah pada 18 Mac ini bersama kekasihnya Nor Farhanan Syamimi. Malah, Shahrol juga sudah mendedahkan wajah bakal isterinya itu kepada umum.
Shahrol dan Nor Farhanan yang merupakan seorang ahli perniagaan dari Kluang, Johor akan bernikah dii Dewan Kampus Intan Wilayah.
Pasangan ini merencana untuk mengadakan majlis resepsi pihak perempuan sehari selepas mereka bernikah iaitu pada 19 Mac depan. Majlis di pihak lelaki pula akan diumumkan sendiri oleh Shahrol sekitar bulan Julai nanti.
Buat masa ini Shahrol dan Nor Farhanan sedang sibuk menguruskan segala persiapan bagi majlis raja sehari mereka. Mereka juga akan menjalani kursus kahwin yang akan diadakan esok. -AstroGempak

Jangan terkejut jika ini syarat nak jadi kekasih Arja Lee
Khamis, 28 Januari 2016
Wah bukan main lagi 'selera' Arja Lee yang nak cari gadis idamannya dimana dia nak wanita itu ada harta dan dalam perancangan dua tahun lagi nak berkahwin.
“Kalau wanita boleh mencari pasangan yang bergelar Datuk terutama dari golongan ahli perniagaan untuk menjamin kebahagiaan di samping kewangan yang stabil, kenapa golongan lelaki tidak boleh mempunyai harapan yang sama?”
“Sebab itulah saya mahukan seorang wanita yang berharta, ada kedudukan supaya boleh menumpang kesenangannya. Semestinya, bukan itu sahaja ciri-ciri wanita idaman saya, malah bakal isteri haruslah cukup sifat wanitanya serta solehah”
“Kalau boleh, si dia bukanlah dari kelompok selebriti atau artis. Cukuplah sekadar berkemampuan tetapi sederhana peribadinya dari kalangan orang biasa,” jelas Arja
Awie mengenal rapat dengan seorang wanita, boleh kahwininya tapi...
Jumaat, 20 November 2015
Awie mengakui yang dia kini sedang mengenali rapat seorang wanita. Namun belum masanya lagi dia nak berkahwin dalam masa terdekat. Itu pun jika anak-anak beliau memberikah kebenaran dan setuju untuk berkahwin lagi.
“Soal jodoh saya serah pada takdir. Kalau saya rancang nanti bila tidak menjadi saya pula yang tak happy. Saya tidak mahu merancang pasal jodoh.
“Saya sudah dua kali melalui alam rumah tangga dan yang kedua ini masih dalam perbicaraan mahkamah. Apa yang berlaku saya tak nafi turut beri kesan pada anak-anak.
“Seperti lelaki normal lain sudah semestinya saya perlukan seorang isteri yang boleh bersama saya waktu susah dan senang di samping boleh menjaga anak-anak dengan baik,”
“Saya ini lelaki anak lima, adakah wanita yang mahu serius berkawan dengan saya? Terus-terang, saya berkawan dengan ramai orang.
“Kini, ada seseorang yang sedang saya cuba kenali hati budinya. Biarlah kenal dulu, barulah boleh fikirkan fasa yang lebih serius. Bila dah jadi, saya pasti umumkan.
“Asalkan ia boleh membahagiakan anak-anak saya, itu paling penting. Dalam hidup ini anak-anak lebih diutamakan. Kalau anak-anak kata okey, saya pun okeylah. Saya mahu anak-anak happy.
“Biarlah segala dugaan hidup saya seorang menghadapinya. Kali ini kalau jadi kahwin lagi biarlah atas persetujuan anak-anak. Saya mahu anak-anak hidup gembira dengan ibu tiri,” ujarnya lagi memetik ManggaOnline.
Biodata bakal isteri Zizan Razak (4 gambar)
Isnin, 27 April 2015
Seperti sedia maklum, hubungan cinta antara Emma Maembong dan Zizan Razak sudah pun berakhir kerana tiada jodoh. Pada masa yang sama, Zizan telah mengumumkan akan berkahwin dengan gadis lain pada bulan Jun 2015 yang juga berasal sekampung dengannya dari Terengganu. Berikut adalah butiran peribadi bakal isteri Zizan Razak iaitu Nor Edura Diyana Hisham. Semoga mereka akan disatukan nanti, amin.
Aril AF nak Kahwin? Gambar Kekasih?
Khamis, 31 Oktober 2013
Kecoh juga apabila melihat Aril AF atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus dikhabarkan akan berkahwin tidak lama lagi dengan seorang wanita bernama Puteri Erma Edlinda.
Bukti itu bertambah jelas apabila sekeping gambar menunjukan kad jemputan perkahwinan yang telah di kaburkan yang didakwa nama Aril sendiri.
Bukti itu bertambah jelas apabila sekeping gambar menunjukan kad jemputan perkahwinan yang telah di kaburkan yang didakwa nama Aril sendiri.
Calon Isteri Fahrin: Muslimah Tapi Hot!
Selasa, 23 Julai 2013
Agak keliru dan sepertinya ada udang disebalik mee. Fahrin yang ditemu ramah oleh wartawan Utusan baru-baru ini ada menyoalkan mengenai jodohnya dengan usianya kini menjangkau 34 tahun.
Dengan usia sebegitu Fahrin masih lagi single dan sukar bagi dirinya untuk mencari calon kerana terlalu sibuk. Dan memaksanya untuk menerima hakikat berbuka dan bersahur berseorangan ketika ini.
Dan ini artikel yang tidak tahu apa maksud sebenar Fahrin. Mungkin hot yang dimaksudkan bukanlah yang sendat-sendat dari segi pemakaian kot, tapi yang hot dari segi agama dan ilmu

Utusan: Wanita bagaimana yang menjadi dambaan Fahrin?
Fahrin: Muslimah tapi hot.