Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar red carpet ABPBH 29 (40 gambar)

Selasa, 10 Mei 2016

Fesyen pakaian Fara Fauzana dikritik..

Selasa, 26 Januari 2016

Anugerah Juara Lagu aka AJL 30 sudah melabuhkan tirainya, tapi pasti ada yang menarik dan hangat untuk diperkatakan.

Kali ini mengenai pakaian Fara Fauzana yang dikatakan tidak sesuai dengan tema pada malam itu. Dan pakaian itu seolah-olah berbentuk 'ayam belanda'
"Untuk pencerahan Fara Fauzana memakai baju 'ayam belanda' itu daripada koleksi pakaian saya pada tahun 2015.

"Dia meminta untuk memakai pakaian tersebut dua hari sebelum AJL30, ketika itu saya sudah berlepas ke Paris. Baju sepatutnya dipakai (Fara) yang direka oleh pereka lain tidak bertepatan dengan tema.

"Beliau tiada pilihan selain berlari ke butik saya dan meminjam apa sahaja yang sudah tergantung di rak," pereka fesyen berkenana, Rizalman memetik akaun Instagram miliknya
Sementara itu, Fara menerusi Instagram menganggap segala kritikan samaada baik atau buruk sebagai tanda bahawa masyarakat prihatin terhadap penampilannya.
"Positif atau negatif kita tetap suka sebab itu petanda orang prihatin pada kita. Satu yang kita pinta, pereka fesyen tiada salahnya kerana mereka penat bekerja demi cantikkan kita.

"Bukan salah baju mereka tapi, ya badan kita yang 'sado', tolong kutuk saya saja, jangan kutuk mereka," ujar Fara

Ummi Nazeera terkini lebih anggun dan cantik (6 gambar)

Jumaat, 6 November 2015


Makin cantik dan aggun melihat Ummi Nazeera kan. Di hari Jumaat ni melihat keindahan seorang wanita bertudung memang tak salah juga.

Selain itu, Ummi dikatakan enggan bergambar bersama lelaki jika itu bukan hal kerja.

Gambar Fazura dengan pakaian Raya berharga RM3500

Rabu, 28 Mei 2014

Gambar dibawah ini adalah gambar dimana Fazura mengayakan pakaian dari butik INNAI REDs Raya collection untuk 2014. Mengikut info, harga baju ini bermula dari RM1800 sehingga RM3500 dan boleh didapati di kedai INNAI dekat Plaza Damas.

Bakal suami Ana Dahlia?

Rabu, 26 Februari 2014

Dengar khabar yang bekas isteri kepada Chef Riz, Ana Dahlia telah mendapatkan kekasih baru dan sekaligus bakal suaminya.

Sekeping gambar menjadi tanda tanya dan ada cerita mengenainya, dimana mereka sudah menempah pakaian baju pengantin untuk digunakan nanti.

Kalau betul, tahniah lah kan. :)

Gambar Fathia, Miera Yang Cantik

Rabu, 30 Oktober 2013

Gambar dibawah adalah gambar Nur Fathia dengan Miera Liyana yang mengayakan rekaan fesyen Aia Bastamam untuk digayakan di satu acara dekat Uzbekistan.

Kedua-duanya memang agak cantik dan manis serta seksi sedikit la sebab ketak kan hehe, apatah lagi fesyen yang dipakainya amat anggun sekali. Jadi pilihan anda siapa, Fathia atau Miera? -gambar Budiey.com