Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Rambut Azwan Ali Terkini

Ahad, 14 Julai 2013

Lama sudah tidak melihat raja propa Negara, Azwan Ali kan. Rambutnya juga kini dah berubah, tapi tak pasti ke tahap kekal atau pun sementara. Apa-apa pun yang merindukan Azwan pastinya korang ingin melihat kelibat beliau terkini, admin pun dah lama tak post pasal dia ni. Sekali sekala layan jew dulu ok.

Azwan Ali dah bersara dari dunia blogging

Khamis, 21 Oktober 2010

Artis yang sebelum ini penuh dengan kontroversi dari segi penulisannya di dunia blog, kini Azwan Ali bakal atau sudah meninggalkan dunia berkenaan selepas 9 kali menunaikan umrah. Tidak tahu kenapa Azwan Ali berbuat demikian. Mungkin dia mahu melupakan segala-gala yang telah berlaku dalam blog berkenaan. Kata-kata itu dibuktikan lagi apabila dia memberitahu berita berkenaan dalam blognya yang diisi dengan kata-kata terakhir serta gambar umrahnya yang terkini.

Kalau berhenti daripada buat jahat itu sudah menjadi satu kewajipan dan kebaikkan, tetapi kenapa perlu Azwan Ali berhenti menulis, janganlah tulis sesuatu yang sensitif, mungkin Azwan boleh tulis perkara-perkara kebaikkan dan nasihat. Untuk peminat Azwan juga pun kan.

Apa-apa pun terserah kepada Azwan Ali diatas tindakannya itu, mungkin dia betul-betul dah berubah dunia akhirat. Menjadi seseorang yang boleh dicontohi bukan seseorang yang dicemuh dan dimaki. Tapi kalau tidak berubah, ntahlah nak kata apa lagi, kita pun layan sahaja kot. :P

Acara 'merisik' Azwan Ali?

Khamis, 24 Disember 2009

Ketika umat Islam sibuk menyambut Maal Hijrah baru-baru ini, selebriti terkenal Azwan Hj Ali dalam diam-diam membawa rombongannya seramai 8 orang ke Kampung Rahmat, Kluang Johor untuk menghadiri satu majlis 'merisik'. Sebaik menatap foto-foto yang dikirimkan oleh peminat Azwan, yang mahu dikenali sebagai Linda, sekitar majlis tersebut, berbagai pertanyaan bermain di dalam kepala.

Apakah itu 'majlis merisik' seperti yang pernah diramalkan sebelum ini? Dan siapakah pula gadis Kluang yang berjaya menambat hati Azwan selama ini? Ketika dihubungi, Azwan masih terus mengunci mulutnya dan membiarkan saja spekulasi tentang 'majlis penuh rahsia' itu tanpa ada sebarang jawapan.

"Acara merisik itu amat bermakna kerana ia ada kena mengena dengan masa depan saya. Majlis yang diadakan tempoh hari sebenarnya diadakan untuk menyatakan kesyukuran. Selain beramah mesra dengan penduduk di situ, kami juga mengadakan tahlil, bacaan Yassin dan kenduri doa selamat di Masjid Al-Islah dengan anak-anak tahfiz al-Quran," kata Azwan.
"Kalau ingin tahu lebih lanjut, kena tunggu majlis pengumuman yang akan diadakan pada 13 Januari, 2010, pukul 3 petang bertempat di Hotel Palace of the Golden Horses. Kad undangan sudah pun diedarkan dan majlis itu akan diserikan dengan ramai selebriti popular," jelas Azwan yang masih berselindung tentang majlis penuh rahsia yang bakal diadakan tahun depan itu.

Azwan Ali berhasrat mahu Kahwin?

Rabu, 16 Disember 2009

Azwan Ali yang khabarnya nak anjurkan majlis penuh rahsia di sebuah hotel 6 bintang di Kuala Lumpur pada 13 Januari 2010. Seperti biasa, kalau tidak buat gimik, namanya bukan Azwan Ali kan? Yelah, dah kata nak buat majlis kahwin pulak. Sebelum pergi umrah dulu, Azwan pernah memaki hamun ramai orang termasuk beberapa wartawan hiburan dan editor dalam blog dia tu.

Orang ramai baca pun tersentak gila sebab cara Azwan tulis itu lancang habis macam dunia ini dia yang punya. Tapi dengar kata, lepas balik umrah Azwan telah mendapat hidayah dan mahu berdamai semula. Malah katanya, dia dah pun bersalam-salaman dengan orang-orang yang pernah dimakinya itu.

Berbalik kepada majlis yang hendak dibuat oleh Azwan itu, tak dapat dipastikan macam mana boleh timbul cerita Azwan nak berkahwin. Bukan masalah mampu tak mampu, tapi kalau betullah jadi Azwan berkahwin, hendak juga tengok siapa calon bini Azwan tu. Agaknya dia mesti perempuan yang kalis maki dan bebelan mulut puaka Azwan tu. Jangan marah Azwan, gurau saja.

Abang Azwan Ali, Azmin Ali

Isnin, 19 Oktober 2009

Dalam diam-diam Azwan Ali rupanya mempunyai abang kandung sendirian berhad. Namanya Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa dan Naib Presiden PKR dan namun Azmin sekarang berstatus berkeluarga. Mereka ditemui baru-baru ini ketika Azmin menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri bersama kaum keluarga terdekat di kediaman adiknya, personaliti paling kontroversi Azwan Ali di Ukay Perdana selepas selesai umrah di Makkah. Turut sama ialah isteri Azmin, Shamsidar Taharin. Katanya dah 9 tahun tidak berjumpa?

Azwan Ali Pergi Umrah

Ahad, 30 Ogos 2009

Akhirnya artis yang mengakui dirinya diva malaya mahu berhajat pergi ke Tanah Suci Mekkah untuk menunaikan umrah. Dalam blog rasmi beliau, di nyatakan bahawa dia berada di sana pada 7 September 2009 sehingga 25 September 2009 sekaligus mahu beraya di sana (mungkin tiada sanak saudara di Malaysia, gurau jer, cuma cari kelainan baru agaknya). Selain daripada mengucapkan 'Maaf Zahir Batin dan salam Ramadhan dan Syawal' kepada peminat-peminatnya jika ada silap dan salah dari Azwan Ali. Kepulangan Azwan Ali lagi katanya akan membawa seribu keinsafan bagi dirinya (yor ler tue)

Azwan Ali Hina Adibah Noor

Ahad, 9 Ogos 2009

Baru-baru ini terdengar luahan seorang peminat artis paling comel iaitu Adibah Noor. Kata peminat itu, dia menangis tiga hari tiga malam selepas membaca satu kenyataan seorang selebriti yang menghina Adibah. Peminat itu kata dia terkejut selepas membaca tulisan di blogc oretan selebriti berkenaan yang mengutuk peribadi Adibah termasuklah menghina keadaan fizikalnya. Lebih memeranjatkan tulisan itu turut menyamakan Adibah dengan makhluk lain (ba**).

Terasa nak persoalkan kepada “selebriti mangkuk hayun” tu kenapa dia dengki sangat dengan Adibah? Rasanya Adibah Noor sebaik-baik artis yang tidak pernah mengganggu periuk nasi dan rumah tangga orang.

“Biarlah orang nak kata apapun kepada saya asalkan saya tak kacau orang sudahlah. Allah lebih tahu,” kata Adibah ringkas.
Tengoklah orang berbudi bahasa macam Adibah Noor ni, sentiasa reda dengan ujian sebegitu rupa. Sebab itulah rezeki dia melimpah ruah. Iklan-iklan di televisyen juga banyak yang ada muka dia walaupun “selebriti mangkuk hayun” itu mengutuk keadaan fizikalnya.-Utusan

Azwan Ali Jadi Pak Haji

Ahad, 12 Julai 2009

Lawak-lawak Azwan Ali ni, masih ada lagi company nak amik dia berlakon dalam apa-apa jenis drama/filem disebabkan penulisannya di blognya yang teruk sekali di pandangan umum. Terbaru di melakonkan watak sebagai Pak Haji dalam drama yang tidak lagi dipastikan tajuknya, namun melihat dari pandangan sekitar, sepertinya untuk program Hari Raya nanti (hu? awal benor). Azwan pun belum lagi pergi haji, jadi mampu kah dia memain peranannya dalam memakai songkok haji itu? belum lagi memainkan peranan sebenar Pak Haji, dah pegang-pegang bahu Darling (bini orang tue). Apa nak jadi dengan Azwan Ali ni, Diva No.1 dalam mimpinya.