Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Pernikahan Zain Saidin, Rozita Che Wan

Khamis, 12 Disember 2013

Zain Saidin, 29, kini sah menjadi suami kepada Rozita Che Wan, 40, di Gazebo Setia City Convention Centre, jam 9 malam tadi. Rozita diwalikan oleh adiknya, iaitu Roshidi Che Wan.

Wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM23,200, mas kahwin RM9,300 dan juga cincin nikah bernilai RM93,000. Turut mengandungi telekung dan sejadah, set minyak wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon bimbit dan cincin.

Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak sembilan peti hantaran berupa baju Melayu, kemeja-T, kasut, beg dan tali pinggang, sirih junjung, set minyak wangi, gelang tangan dan jam serta cincin.

Rozita kemudian disarungkan cincin pertunangan oleh ibu Zain iaitu Siti Aishah Abdullah sebelum majlis akad nikah bermula.

Pada majlis itu Rozita turut menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta tajaan Habib Jewels.

Majlis persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada Jumaat ini di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Setia City pada pukul 8 malam. kredit penuh mStar (Ikram Ismail) | RotiKaya

Pelakon Maimon Muttalib Meninggal Dunia

Ahad, 8 September 2013

Pelakon vateran yang selalu juga korang nampak kat TV, kalau tak jadi mak orang pasti jadi orang kampung yang penuh jiwanya berlakon. Itulah dia Maimon Mutalib yang semalam dikhabarkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Berita itu disampaikan oleh Elle Rahman melalui saluran Blackberry. Tapi tidak dipastikan samaada dia meninggal dunia disebabkan sakit kronik atau darah tinggi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat yang solehah. -sumber asal portal Cari

Khairul Fahmi pakai cincin, tunang ke?

Jumaat, 22 Jun 2012

Betul ke pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi (Apek) Dan Leuniey (Nur Eilunie Natasha Nazri) sudah betunang. Pastinya ramai yang menunggu-nunggu pekhbaran ini benar atau tidak. Yang sudah tentu, bukti terakhir yang menyatakan mereka bertunang adalah
melalui Blackberry Messenger yang menunjukan Apek memakai cincin. Cincin tunang atau cincin suka-suka yang tu menjadi persoalan besar setakat ni. Zz

Fazura dilantik duta Blackberry 9220 & 9320

Rabu, 23 Mei 2012

Siapa pengguna smartphone terkenal BlackBerry, pasti cukup berbangga dan penuh semangatnya apabila smartphone ini melancarkan model terbaru versi Curve 9220 dan 9320. Namun yang paling masyuknya untuk model ini, telah didatangkan khas pelakon, Fazura untuk menjadi duta kepada produk berkenaan. Smartphone lain, rasanya belum ada lagi yang berani memangggil selebriti tempatan untuk dijadikan duta kepada smartphone terkenal dan bercirikan mewah.

gambar dari Cari

Datuk Yusof Haslam pakai HP cap ayam!

Selasa, 4 Oktober 2011

Datuk Yusof Haslam akhirnya telah ‘melanggar pantang’ apabila terpaksa menggunakan telefon bimbit selepas diminta oleh isterinya Datin Fatimah Ismail. Dalam masa yang sama ia dapat memudahkannya untuk menjalankan urusan perniagaan selain selepas ditegur oleh Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang sukar menghubunginya.

Selama 10 tahun tidak menggunakan telefon bimbit membuatkan dirinya bebas dengan sebarang gangguan selepas waktu pejabat. Segala urusan penting katanya memadai dihubungi menerusi talian tetap di pejabat ataupun di rumah.

Bagaimanapun apabila terlalu banyak rungutan termasuklah daripada pihak media yang sukar mendapatkan beliau, akhir sekali isterinya menasihatinya supaya menggunakan kemudahan berkenaan.
“Isteri saya membelikan telefon Blackberry untuk saya guna tapi saya tak tahu. Akhirnya saya pakai telefon “cap ayam” cukuplah. Nombornya nampak besar dan senang nak buat panggilan.

Terus terang saya katakan apabila saya pakai telefon bimbit, hubungan saya dengan pihak media semakin rapat. Mereka senang nak cari saya. Malah isteri saya pun tak melarang saya lagi.

Tapi terus terang saya katakan, nombor telefon ini saya tidak akan berikan kepada artis terutamanya artis-artis wanita. Saya tak mahu kejadian lama berulang lagi,”


Yusof tidak menggunakan telefon bimbit selama ini selepas dia diganggu oleh pelakon wanita popular menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga panggilan telefon.

Kejadian itu menimbulkan perselisihan faham di antara beliau dengan Fatimah sehinggalah beliau membuat keputusan untuk tidak menggunakan lagi telefon bimbit sebagai bukti kesetiaan dan cinta kepada isterinya.
[via]

ps: berprofile rendah juga Datuk ni yer. jarang dapat lihat orang kaya berprofile seperti ini, jangankan orang kaya, segelintir artis baru pon dah berlagak sangat. huhu. Baguslah, murah rezeki selepas ini, amin2.. Macam Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.

Mizz Nina bersama BlackBerry Torch 9800

Isnin, 6 Disember 2010

Melihat kisah Dayang Nurfaizah yang tidak menggunakan hp selama 5 tahun, kini artis mula merasakan sesuatu yang baru hasil keluaran terbaru daripada BlackBerry. Model Torch 9800 ni memang yang terkini dan kiranya canggih juga lah, tapi mengikut pandangan kasar penulis, hp ni tak berapa baik daripada segi rekabentuk, yakni hp jenis 'Slide'. Dulu sahaja hp jenis 'Slide' mudah rosak dan pengguna setia N pastinya merunggut besar, sejak tu keluaran komponi N jarang mengeluarkan hp jenis 'Slide'.

Penulis pun tak jadi nak beli satu, pasal dengar-dengar daripada kawan soal ini. Tak pastilah puncanya sebab apa, kuat sms atau bergantung kepada penjagaannya Haha. Apa-apa pun layan dahulu gambar Mizz Nina bersama BlackBerry terbarunya dengan tanpa make-up lagi tu, mungkin hadiah daripada Noh Hujan kot. :)