Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Komen Kurang Ajar M Nasir! - Bienda

Khamis, 12 November 2015

Bienda menuntut pihak juri program realiti Gegar Vaganza 2 iaitu terutama, M. Nasir memohon maaf secara terbuka atas tindakan mereka yang mengaibkan ibunya, Sheeda yang berduet dengan Aweera dalam konsert minggu keempat, malam Ahad lalu.

Bienda mengomen yang diberikan oleh juri selepas persembahan itu disifatkan menjatuhkan maruah ibu dan keluarga mereka.
"Saya sangat terkejut dan kecewa mendengar komen yang diberikan, kalau ikutkan hati saya ingin sahaja menjerit kepada juri itu, tetapi fikirkan semula ia perkara yang tidak rasional.

"Tapi ia sangat keterlaluan dan mengaibkan ibu saya. Kenapa perlu persoalkan tentang umur dan rupa paras sedangkan ia adalah pertandingan nyanyian,

"Saya boleh katakan komen itu sebagai kurang ajar kerana mereka tiada rasa hormat kepada ibu saya yang bersusah payah memasuki pertandingan itu.

"Ia bukan sesuatu yang senang untuk dia bawa lagu-lagu yang bukan genre dangdut. Saya yakin lepas ini ramai artis yang takut untuk sertai pertandingan kerana komen yang diberikan bersifat menghentam peserta," ujarnya kepada portal mStar Online

Antara komen M Nasir iaitu "putera mencari princess tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak princess" dialog menjurus kepada memperlekehkan usia Sheeda yang mahu berlakon sebagai puteri raja.

Kata-kata itu mengundang ketawa orang ramai dan selepas itu turut disambut oleh AC Mizal dengan berkata; "aku dah agak dah... aku dah agak dah..."

Wajah Sheeda dalam program itu terus berubah dengan komen juri.


Anak Benda edisi tahun baharu (14 gambar)

Selasa, 6 Januari 2015

Dah besar dah anak-anak Bienda ni, sejak kelahiran Laxiendra Namiraz anak yang ke-2 bulan Oktober yang lalu. Kini semakin berseri-seri keluarga Bienda dengan dikurniakan sepasang cahaya mata pemberian Ilahi. -Gambar Instagram Bienda | thephotolicious.com

Bienda selamat melahirkan anak (gambar)

Rabu, 29 Oktober 2014

Tahniah kepada Bienda serta suaminya. Memetik portal Bharian, Beinda diberitakan selamat bersalin anak ke-2 pada minggu lepas yakni 23 Oktober di sebuah hospital di Kuala Lumpur sekitar jam 8 malam.

Nama anaknya itu adalah, Laxiendra Namiraz. Namun Bienda bersalin awal daripada jadual yang telah ditetapkan pada 2 November akan datang.
"Memang tak ada rezeki saya nak lahir secara normal. Tapi saya bersyukur anak kedua ini sihat walafiat dan Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Dari awal doktor pun cakap sepatutnya tak ada masalah untuk bersalin secara normal.

"Tapi tiba-tiba tak tahulah kenapa saya demam panas sejak Rabu lalu. Keesokan harinya terus rasa sakit nak beranak dan bergegas ke hospital. Tak sampai sejam di hospital air ketuban saya pecah dan degupan jantung anak saya pun berdegup lagu.

"Jadi bimbang membahayakan kesihatannya, doktor suruh saya bersalin secara pembedahan saja," -Bienda

Bienda akan melahirkan anak ke-2 pada.. (4 gambar hamil)

Khamis, 23 Oktober 2014

Memetik portal Bharian, Bienda dijadualkan akan melahirkan anak ke-2 pada 2 November hadapan iaitu minggu hadapan dengan kaedah normal. Kini usia kandungannya mencecah 9 bulan dengan harapan anak yang dikandungnya itu adalah seorang lelaki.
"Sewaktu melahirkan anak sulung (Lavienda Namiraz Kamarul Zariman), saya memilih untuk bersalin secara pembedahan. Jadi kali ini saya berhasrat untuk melahirkan anak secara normal pula. Orang cakap kalau lahir normal, senang nak jaga anak.

"Jantina anak pun saya tak tahu lagi. Bakal anak dalam perut ini sembunyikan diri. Tak tunjuk jantinanya. Doktor kata biasanya kalau jenis sembunyi jantinanya kebarangkalian ialah mendapat anak perempuan.

"Saya berharap dapat anak lelaki. Tapi tak kisahlah apa saja jantina anak nanti. Janji kesihatannya baik dan cukup sifat,"
Difahamkan lagi, Bienda juga kini seorang yang aktif dalam dunia perniagaan dimana dia menjual tudung sejak 6 tahun yang lalu dibawah naugan BL By BiendaLavienda dimana kedainya terletak di Busana, MedanMara.

Bienda hamil/mengandung anak ke-2

Selasa, 25 Mac 2014

Memetik portal myMetro, Bienda kini yang bertugas di sebagai deejay partime di KLFM telah memberitahu yang dia kini hamil anak ke-2 ketika dia ke udara pada awal pagi.

Ketika dihubungi pula, dia dan suami serta keluarga meretuanya bercuti ke pulau Perhentian, Terengganu. 2 minggu sebelum pergi bercuti ini, Bienda mengalami muntah yang agak teruk.

Pada awalnya dia menyangka kesan daripada cuaca sekarang yang tidak menentu, namun setelah diperiksa oleh doktor, dia disahka mengandung/hamil 2 bulan.

Anak pertama Bienda adalah Lavienda Namiraz Kamarul Zariman.

Gambar anak Bienda, nama anak unik!

Selasa, 6 Mac 2012

Pada 26 Februari lalu, Bienda selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.95 kilogram dengan cara pembedahan di sebuah hospital swasta. Bayi perempuan mereka itu diberi nama dengan nama yang unik, Lavienda Namiraz. Ilham untuk memberikan nama Lavienda Namiraz itu kepada bayi perempuan mereka datangnya dari sebuah telenovela Latin yang kerap ditonton oleh Bienda ketika dia sedang mengandung.

“Nama Lavienda diilhamkan daripada gabungan nama saya dan salah satu watak dalam telenovela Latin yang saya gemar tonton ketika mengandung dulu.

“Kebetulan pula, suami juga ada nama pilihannya iaitu Namiraz yang diambil daripada nama Zariman yang diterbalikkan. Untuk berlaku adil, kami gabungkan dua nama itu,” -Via

Nikah Rahsia, Jantina Anak juga Rahsia - Bienda

Isnin, 13 Februari 2012

Bienda kini sarat mengandung yang telah pun mencapai usia lapan bulan hasil perkahwinannya dengan Kamarul Zariman Abdul Rahman dua tahun yang lalu yang dikatakan kontroversi kerana dibuat senyap-senyap tanpa sebarang komen kedua-dua suami isteri. Bagi setiap para ibu, tempoh lapan bulan itu sudah cukup untuk kita katakan bahawa kandungannya semakin matang.

Hajat untuk berbicara mengenai jantina bayi kandungannya juga menemui jalan yang sama. Ternyata, Bienda dan suami memilih jalan untuk berahsia atau tiada komen mengenai perkara itu meskipun sudah banyak pihak yang datang memujuk.

“Saya dan suami dah buat ujian imbasan (scan) dan kami ada jawapannya. Tapi maaflah, saya belum bersedia nak beritahu. Bukan apa, saya dan suami lebih suka jadikan ia satu kejutan. Biarlah bayi saya lahir dulu. Ketika itu semua orang akan dapat jawapannya bukanlah nak sorok sangat pun,” kata Bienda yang mahu bermain teka teki. -Via

Bienda Buka Gerai Tudung di Bazar Ramadhan

Rabu, 17 Ogos 2011

Bazar Malam Downtown, Cheras, yang mula berniaga pada pukul 10 malam hingga 4 pagi pada hujung minggu sempena Ramadhan ini memberikan 1 tarikan unik. Dalam ramai-ramai peniaga, ada salah seorang peniaga dari golongan selebriti yang setiap malam berada di tapak gerai nombor satu. Dia adalah Bienda. Bienda akui ini merupakan tahun ketiga Bienda berniaga tudung di bazar berkenaan setiap kali Ramadhan dan mula berniaga sejak 5 Ogos lalu.

Gerai Bienda menawarkan10 jenis fesyen tudung termasuk jenama Syria yang dijual dalam pelbagai jenis serta selendang serendah harga RM10-Rm20. Memang berbaloi, dah ramai pelanggan senyum lebar selepas keluar dari gerai berkenaan. Tak tahulah dapat t/t Bienda pada tudung. Hihihi. Jadi pergilah serbu gerai Bienda untuk persediaan Aidilfitri nanti. :)

[via]

Perkahwinan Bienda, Kamarul Zariman

Isnin, 11 Oktober 2010

Penyanyi Bienda mengadakan majlis persandingan perkahwinannya dengan penerbit kanan di Media Prima Berhad, Kamarul Zariman Abdul Rahman di Selayang, Selangor pada Jumaat, 8 Oktober 2010. Namun penyanyi itu masih ingin berahsia pasal tarikh sebenar dia dan suaminya disatukan. Mengapa Bienda masih tak mahu dedahkan tarikh pernikahan yang dijalankan secara tertutup itu? Adakah benar Bienda sebenarnya sudah lebih setahun bergelar isteri?

"Saya masih belum bersedia untuk memberitahu bilakah saya bernikah. Saya akan mengumumkan apabila tiba masa yang sesuai nanti," kata Bienda. -ManggaOnline

Perkahwinan 8 Oktober Bienda ditaja 14 penaja

Rabu, 29 September 2010

Bienda masih mahu merahsiakan tarikh pernikahannya walaupun telah mengedarkan kad jemputan kahwin sejak beberapa hari lalu. Bienda yang berusia 25 tahun berkata dia hanya akan menjelaskan tarikh pernikahannya pada majlis persandingannya nanti yang akan diadakan pada 8 Oktober akan datang dengan bakal suami yang bernama Kamarul Zariman. Menurut Bienda, majlis perkahwinan yang berkonsepkan ala Arab itu telah mendapat kerjasama sebanyak 14 penaja iaitu dari segi solekan, pelamin, katering, pakaian dan sebagainya.

Bienda memilih konsep Arab kerana mahukan kelainan. Selain itu imej dan genre lagu yang sering Bienda bawa juga bercorak “world” muzik. Selain daripda mengayakan dua pasang busana pengantin rekaan D&D Beuty House. Dalam majlis resepsi yang bakal diadakan di salah sebuah dewan di Selayang, Selangor itu, lebih 1,000 tetamu diundang termasuk rakan-rakan terdekat dan pihak media. -mStar

Bienda nak kahwin 8 Oktober, dah beli rumah

Sabtu, 28 Ogos 2010

Persediaan perkahwinan sudah 80 peratus siap bagi Bienda bekas anggota kumpulan nasyid Solehah. Majlis bermakna dan bersejarah yang akan dilangsungkan di salah sebuah dewan di ibukota, Kuala Lumpur akan diadakan pada 8 Oktober nanti disamping berharap segala-galanya akan berjalan lancar. Mengenai persiapan daripada aspek mental pula, Bienda akui memang telah bersedia kerana sudah lama saya mengidamkan 'gelaran' baru itu (isteri). Bienda dan bakal suami telah membeli sebuah rumah di Kuala Lumpur sebagai tempat mereka menumpang teduh selepas bergelar suami isteri nanti.

Kata Bienda, suaminya hanyalah orang kebanyakan dan bekerja sebagai penerbit rancangan program televisyen di sebuah saluran TV swasta.
"Kami masing-masing daripada keluarga sederhana. Jadi perancangan perkahwinan dan selepas berkahwin semuanya dilakukan bersama-sama. Mungkin disebabkan itulah kami berdua serasi. -Gua

Mr K bakal suami Bienda

Sabtu, 8 Mei 2010

Bienda pernah dikatakan berkahwin secara rahsia pada 10 Oktober tahun lalu tetapi hakikatnya, penyanyi Bienda atau nama sebenar, Nor Razlinda Razli, 25, melangsungkan pertunangan dan bakal melangsungkan hari bahagianya pada 10 Oktober ini (10.10.10). Bienda juga akan mengundang media pada hari bahagianya apabila kad undangan siap nanti tetapi masih berteka-teki mengenai siapa gerangan bakal suaminya.

Bienda hanya memperkenalkan lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu sebagai Mr K berusia 27 tahun dan turut membabitkan diri dalam seni sebagai penerbit di syarikat produksi besar di negara ini.

Bienda Sudah Berkahwin?

Selasa, 27 Oktober 2009

Penyanyi dan pelakon Nor Razlinda Razli atau nama popularnya, Bienda, pula dikatakan turut berbuat perkara yang sama yakni kahwin senyap-senyap. Bienda yang pernah popular dengan lagu Penantian ini dikhabarkan sudah berkahwin secara senyap-senyap pada 10 Oktober lalu tahun ini.

"Kawan-kawan ada menghubungi saya bertanyakan kesahihan ini apabila mereka terbaca gosip tentang perkara ini di akhbar. Saya malas untuk bercakap tentang perkara ini dan tidak mahu komen apa-apa. Masing-masing berhak cakap apa saja. Apa yang boleh saya katakan, tunggu sajalah undangan perkahwinan saya pada bulan Oktober tahun depan. Paling lewat pun, mungkin November. Cukuplah saya jelaskan macam itu saja dan terserahlah apa yang orang akan faham dengan penjelasan saya ini."
"Biarlah jika ada orang yang ingin terus bercakap. Sebelum ini pun, macam-macam yang saya dengar orang bercakap tentang saya. Tetapi cerita itu kemudiannya akan berlalu pergi. Cuma saya berharap, apa pun cerita yang timbul, janganlah sampai mengaibkan mana-mana pihak," tegas anak kepada penyanyi dangdut, Sheeda ini.
Menurut gadis berusia 23 tahun itu, dia lebih senang mengambil sikap untuk tidak mempedulikan saja tentang kisah terbaru yang timbul ini kerana tidak mahu membesar-besarkan hal tersebut.
"Saya tidak tahu macam mana timbul cerita ini. Apa yang pasti, kawan saya memang ada yang berkahwin pada tarikh 10 Oktober lalu. Saya hanya akan berbincang dengan keluarga tentang perkahwinan pada awal tahun depan.

Sheeda Dangdut dan Suami Baru

Khamis, 30 Julai 2009

Rashidah Hamid atau dikenali dengan nama Sheeda (mama Bienda), penyanyi dangdut era 90an memang tidak asing lagi waktu itu. Umur dia sekarang dah 40 lebih. Anak kelahiran Kelantan ini juga telah berumahtangga atas pernikahannya dengan seorang guru yang umurnya genap 30 tahun bernama Sukri Hashim (bukan yang dah meninggal tue). Kata suaminya, dia terpikat kat Sheeda ni kerana bersikap mesra dan keterbukaan dirinya selain memenangi hati suaminya, malah mesra dengan keluarga suami dan teman-teman lain. Perkenalan setahun itu akhirnya diakhiri dengan satu ikatan sah yang suci. (gambar di bawah ni macam Sheeda nie gersang jerk tengok, yer ler dapat laki baru, ngeh3)

Bienda dan Ibu Bergelek di WHI

Selasa, 30 Jun 2009

Kelmarin kat WHI ada jemputan tetamu pasangan anak beranak selebriti siapa lagi kalau bukan Bienda yang berkonsepkan Islamic dan ibunya, Sheeda yang lebih kepada konsep dangdut. Bila dah digandingkan bersama dalam 1 pentas tidak tahu lah konsep apa yang dinyanyikan. Namun begitulah darah anak seni, mewarisi bakat ibunya yang harus diperjuangkannya walaupun konsep yang dibawanya berlainan. Apa-apa pun biarlah kata orang macamana, asalkan pasangan anak beranak ini pandai cari makan untuk hidup. Bukan hidup untuk makan. Ngeh3.

Tembamnya Muka Bienda

Selasa, 26 Mei 2009

Wah bukan main lagi si Bienda penyanyi gelek-gelek arab ni. Makin hari makin terserlah keayuaannya. Bienda yang kini berusia 24 (bujang), pernah menjalani sesi pembedahan jantung berlubang dengan selamatnya dan berjaya mengurangkan berat badan sehingga 7 kilo atas pembedahan itu sehingga berat badannya sekarang 49 kg. Wajah Beinda pula, Massyallah, bak bidadari penulis katakan, matanya yang serba keputihan, kulitnya yang mulus dan putih melepak, ditambah lagi lesung pipinya yang seperti ombak bergelora dan tubuh badannya juga masih boleh tahan. Namun sayangnya, belum ada lagi kekasih, siapa lah insan yang bertuah tue agaknya. Ngeh3.

Dahulu di bangku sekolah..

Sekarang..