Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Rita Rudaini tidak pernah bawa anak-anaknya ke Bazar Ramadan

Rabu, 14 Jun 2017


Dengar khabar yang anak-anak Rita Rudaini tidak pernah menjejakkan kaki ke bazaar walaupun masing-masing sudah pun berusia lapan dan enam tahun.
“Saya teringin nak bawa anak-anak ke bazar bagi memperkenalkan mereka keseronokan bulan Ramadan di mana pelbagai makanan dijual di situ. Mungkin jika mereka sudah besar sikit baru saya berani bawa mereka”

“Mereka tidak pernah ada pengalaman itu, bukan kerana saya tidak mahu bawa tetapi bimbang keselamatan memandangkan bazar ramai orang dan saya tiada pembantu untuk mengawal mereka,” katanya kepada m Star Online.

Aktiviti Amyra Rosli setiap hari bulan Ramadan (2 gambar)

Khamis, 23 Jun 2016

Amyra Rosli memetik portal MediaHiburan yang dia tidak terlepas untuk ke bazar Ramadan setiap hari untuk membeli juadah berbuka puasa.

Ramai yang mengambil kesempatan untuk ber-selfie bersama pelakon cantik ini.

Azwan Ali mohon maaf isu hina bazar Ramadan

Rabu, 16 Julai 2014

Gara-gara menghina sebilangan peniaga bazar Ramadan kerana makanan yang dijual mereka dianggap sampah oleh Azwan Ali akhirnya mendapat reaksi yang memakan diri sendiri oleh Azwan.

Azwan menerima tamparan hebat apabila ada segelintir peniaga telah melemparkan kata-kata makian dan ugutan yang boleh ditakrifkan kepada kes bunuh.

Dalam hal itu juga, Azwan dengan bebesar hati telah memohon maaf atas kenyataannya sebelum itu. Baguslah seperti ini, semoga dari kesilapan kita boleh belajar erti kebaikkan.
"Status itu bukanlah ditujukan pada semua bazar sebaliknya saya tulis perkataan most yang bermaksud kebanyakan.

"Tetapi, saya dimaki hamun malah diugut oleh semua peniaga bazar.

"Mereka kata mahu 'mencincang saya hidup-hidup' sekiranya saya menjejakkan kaki ke mana-mana bazar sekalipun,"

"Saya bukan sengaja hendak memburuk-burukkan peniaga bazar, tetapi apa yang saya katakan ada benarnya.

"Lihat, apa yang terjadi selepas dua tiga hari saya muat naik status? Ada pula kes keracunan di bazar Ramadan sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak koma.

"Malah, apa yang saya lihat, rupa-rupanya masyarakat kita ini tidak boleh ditegur secara terus dan terbuka,"

"Oleh itu, sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang ini, saya ingin mohon maaf kepada semua.

"Tetapi, kalau ada yang tak mahu maafkan saya atau berdendam dengan saya, tak mengapalah," -Azwan Ali petikan SinarHarian

Bazar Ramadan rasa sampah! - Azwan Ali

Isnin, 14 Julai 2014

Azwan Ali sekali lagi buat kontroversi melalui laman sosial Twitter miliknya. Kali ini berkaitan juadah berbuka puasa bersempena bulan Ramadan di pasar-pasar bazar.

Azwan mendakwa sebilangan kecil juadah di bazar adalah dianggap low class berbanding tempat makan lain yang menepati citarasanya.

Namun memetik portal Murai, Azwan enggan menarik balik kenyataannya itu, dan mahu mempertahankan kebenaran yang ada di dalam kenyataannya itu.

Admin juga pernah mengalami situasi yang sama dengan Azwan, beli nasik kandar ada telur lalat, nasib tak termakan. huhu
“Cuba baca balik apa yang saya tulis… Saya menggunakan perkataan ‘most’ jadi maksud dalam bahasa Melayunya ialah kebanyakkan.

“Saya tak tujukan kepada semua bazar tetapi saya kata kebanyakkan… Kenapa mereka mesti marah? Kalau mereka sediakan juadah dengan betul dan ikhlas tak patutlah rasa marah.

“Walaupun saya diugut oleh peniaga bazar saya tak takut sebab apa yang saya kata ini adalah benda yang wajar,”

“Punca saya memuat naik status itu di laman sosial adalah kerana saya berasa tidak puas hati dengan juadah yang saya beli di sebuah bazar.

“Saya beli martabak dan apabila tibanya waktu berbuka rupa-rupanya martabak itu dah basi… Bawang yang basi mereka campurkan dalam murtabak.

“Kalau nak berniaga biarlah ikhlas, janganlah nak fikir keuntungan sahaja… Perkara-perkara begini boleh membawa kepada keracunan makanan,” -Azwan

Gambar Fasha Sandha Bawa Rayfal Berjualan Ramadan

Selasa, 16 Julai 2013

Rajin sungguh ibu kepada anak bernama Putera Rayfal, Fasha Sandha. Fasha kelihatan menolong ibunya menjual kuih muih ketika bulan Ramadan ini. Dengan turut membawa Putera Rayfal bersama, Fasha tidak kelihatan keberatan untuk menolong ibunya dengan membawa anaknya itu, bahkan orang ramai pula yang mengunjungi gerainya itu.

Bienda Buka Gerai Tudung di Bazar Ramadhan

Rabu, 17 Ogos 2011

Bazar Malam Downtown, Cheras, yang mula berniaga pada pukul 10 malam hingga 4 pagi pada hujung minggu sempena Ramadhan ini memberikan 1 tarikan unik. Dalam ramai-ramai peniaga, ada salah seorang peniaga dari golongan selebriti yang setiap malam berada di tapak gerai nombor satu. Dia adalah Bienda. Bienda akui ini merupakan tahun ketiga Bienda berniaga tudung di bazar berkenaan setiap kali Ramadhan dan mula berniaga sejak 5 Ogos lalu.

Gerai Bienda menawarkan10 jenis fesyen tudung termasuk jenama Syria yang dijual dalam pelbagai jenis serta selendang serendah harga RM10-Rm20. Memang berbaloi, dah ramai pelanggan senyum lebar selepas keluar dari gerai berkenaan. Tak tahulah dapat t/t Bienda pada tudung. Hihihi. Jadi pergilah serbu gerai Bienda untuk persediaan Aidilfitri nanti. :)

[via]