Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Perkahwinan Nora Danish, perkahwinan sederahana sahaja, tapi kat Bali

Jumaat, 22 Julai 2016

Nora Danish dan Nedim Nazri bakal mendirikan rumahtangga pada tahun ini. Namun belum ada tarikh yang sesuai untuk melangsungkan hari bahagia mereka.

"Seperti yang kami rancang, memang tahun ini (perkahwinan berlangsung). Saya akui memang sibuk dengan kerjaya, namun masih ada masa untuk merancang majlis kami.

"Kami juga tidak bercadang untuk mengadakan majlis besar-besaran, sebaliknya cukuplah untuk melaksanakan perkara wajib saja," katanya memetik BharianOnline

Nora Danish juga memilih lokasi Bali, Indonesia untuk majlis perkahwinannya.

Fasha Sandha, keluarga bercuti ke Bali (15 gambar)

Khamis, 24 Mac 2016

Zul Ariffin, Gayatri bercuti ke pulau Bali (6 gambar)

Khamis, 19 Mac 2015

Tak dipastikan samaada Zul Ariffn dan kekaishnya, Gayatri Su Lin bercuti di Pulau Bali adalah berdua atau dengan kawan-kawan atau ahli keluarga mereka. Yang penting kita berfikiran positif sahajalah kan.

Untuk informasi lain, Zul juga belum lagi mahu berniat untuk berkahwin pada tahun ini, ini berikutan kesibukan kerjanya yang amat padat.

Nora Danish, Nedim ke Bali (gambar)

Selasa, 5 Ogos 2014


Dengarnya Nora Danish dengan Nedim telah bercuti ke Bali bersama beberapa rakan dan percutian tersebut merupakan undangan yang diterima daripada rakan VVIP. Berita ini agak tidak kelihatan mengejutkan memandangkan ramai sudah mengetahui keintiman mereka berdua sehingga bercuti bersama-sama dengan rakan-rakan yang lainnya.

Haaa... Korang tengok sendirilah gambar ini ya.

17 Gambar Diana Amir di Surabaya dan Bali

Khamis, 13 Mac 2014

Diana Amir serta suaminya pergi ke Surabaya dan Bali di Indonesia untuk satu rancangan slot TV al Hijrah berbentuk dokumentari pada minggu lalu.

Mereka ke sana telah pergi ke tempat-tempat menarik peninggalan penyebaran Islam awal kurun ke-19 yang dibawa oleh Wali-wali Allah.

Gambar Bulan Madu Rozita, Zain di Bali

Rabu, 29 Januari 2014

Dah sebulan lebih mendirikan rumahtangga, Rozita Che Wan @Che Ta dan suaminya, Zain Saidin yang sebelum ini pernah pergi berbulan madu di Itali kini mereka pergi lagi bercuti ke pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali.

Dikhabarkan ini adalah bulan madu ke-2 mereka. Mungkin tajaan kot. Tak sabar nak lihat Che Ta hamil lagi.

Percutian Siti Saleha di Pulau Bali

Isnin, 6 Januari 2014

Percutian Siti Saleha dengan Afdlin Shauki adlalah sama iaitu dengan memilih pulau Bali sebagai cuti akhir tahun mereka.

Tapi percutian mereka bukan lah bersama-sama namun dengan haluan masing-masing. Siti Saleha pergi dengan rakan-rakannya dan membuatkan suasana lebih meriah lagi.

Mungkin tahu di Dataran Merdeka terjadinya huru hara kot. Hihi. -gambar instagram sallywho

Gambar Afdlin Shauki ke Pulau Bali

Beberapa hari yang lalu Afdlin Shauki memetik Facebook miliknya telah pergi ke satu tempat peranginan terkenal di pulau Bali iaitu, Pantai Pandawa untuk cuti akhir tahun bersama-sama anak-anaknya.

Dengan ombak dan laut yang jernih, serta kawasan sekitar yang menarik, memang tidak dinafikan ramai pelancong yang datang ke tempat ini.

Gambar Siti Nurhaliza, Suami di Bali

Isnin, 10 Jun 2013

Minggu lalu, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid serta beberapa ahli keluarga telah pun pergi bercuti di Pulau Bali, Indonesia. Mungkin sudah lama tidak bercuti dengan suami, maka dengan kesempatan itu, Pulau Bali ada lah tempat pilihan mereka pergi bercuti, gambar dimuatnaik oleh Siti melalui laman Instagram miliknya.


Gambar Nabila Huda, Nast-T di Sydney

Jumaat, 19 April 2013


Rupanya bukan lah berdua percutian Nabila Huda dengan kekasih hatinya Nash-T ke Bali baru-baru ni, mereka berdua mempunyai kawan yang ramai maksudnya percutian ni adalah rombongan atau trip berkumpulan.

Kali ini gambar yang dimuatnaik oleh Nabil memaparkan mereka bercuti dekat bandar Sydney mungkin selepas bercuti di Pulau Bali.








Gambar Percutian Nabila Huda, Nash-T di Bali

Selasa, 16 April 2013

Gambar dibawah ini adalah gambar yang dikatakan percutian diantara Nabila Huda dengan kekasih hatinya, Nash-T seorang artis yang diketahui umum di pulau peranginan terindah, Bali, Indonesia.

Tidak dinafikan lagi pasangan ini pergi ke Bali mengikut sumber pada baru-baru ini. Mungkin sahaja ikut 'trip' secara beramai-ramai.







Maya Karin Sambut Harijadi di Gunung Nepal

Ahad, 30 September 2012


Dihujung minggu ni, apa kata kita rehatkan minda dan sekali sekala membaca kisah menarik daripada pelakon, Maya Karin yang berkongsi pengalamannnya pergi ke pelbagai tempat-tempat menarik.
Pada bulan depan dia akan ke Nepal bercuti sekaligus meraikan ulangtahun Maya di puncak gunung bersama bapanya, Gottfried Roelcke, 72. Mereka akan menghabiskan masa selama 10 hari di sana dan merancang untuk mendaki salah satu gunung yang popular di negara tersebut.
"Bapa saya memang dah lama ajak saya daki gunung di sana cuma sebelum ni saya tiada masa. Kali ni bila saya kata okay, dia gembira sangat. Kami akan mendaki gunung, empat hari naik, empat hari turun.

"Kami akan berada di sana selama 10 hari. Kalau tahun lalu saya sambut hari jadi di Australia, tahun ni nampaknya saya sambut di gunung Nepal lah pula"

sebelum mendaki) saya akan ke bercuti di Bali. Lepas tu balik KL sekejap kemudian ke Singapura kerana diundang jadi hos E! News Asia bersama Dom (Dominic). Sebelum ni pernah juga saya dijemput jadi hos bagi menggantikan Marion Counter. 

Okay lah, seronok sebab pergi bercuti, membeli-belah dan sambil-sambil tu buat job sikit, kemudian balik KL", katanya. -Via
ketika berada di F1 Singapura

ketika Euro 2012 yang lalu di Stadium Ukraine

Memey, Norman bulan madu di Bali

Isnin, 12 Mac 2012

Setelah 5 bulan mendirikan rumahtangga, akhirnya, Memey dan Norman Hakim telah pun berbulan madu di Bali pada 29 Feb sehingga 5 Mac yang lalu. Berita ini diterima melalui sorotan akhbar Bpop baru-baru ini. Mungkin ketiadaan masa dan kesibukan kerjaya masing-masing, maka waktu ini lah masa yang sesuai untuk pasangan suami isteri merehatkan diri dan pergi bercuti. Apa-apa pun semoga bahagia lah. enjoyed!

gambar Beautifulnara

Fasha Sandha minta maaf isu bikini di Bali

Selasa, 11 Januari 2011

Setiap manusia pasti melakukan kesilapan, dan kesilapan itu akan menjadi sesuatu yang berharga untuk dirinya supaya berhati-hati dan menjalani kehidupan yang terbaik dalam menggunakan ianya sebagai pengajaran hidup. Begitulah juga Fasha Sandha yang tidak lari daripada kesilapan dalam hidupnya, selepas kejadian Fasha Sandha berbikini di Bali yang tersebar luas di media-media elektronik, Fasha sudah pun mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada peminat setianya.

Baguslah Fasha kalau macam itu, tapi seeloknya mohon maaf kepada Allah SWT. Artis sememangnya menjadi tumpuan sebab mereka golongan yang ramai mendapat perhatian, jadi jadilah contoh yang terbaik. Peace!