Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Perkahwinan Nora Danish, perkahwinan sederahana sahaja, tapi kat Bali

Jumaat, 22 Julai 2016

Nora Danish dan Nedim Nazri bakal mendirikan rumahtangga pada tahun ini. Namun belum ada tarikh yang sesuai untuk melangsungkan hari bahagia mereka.

"Seperti yang kami rancang, memang tahun ini (perkahwinan berlangsung). Saya akui memang sibuk dengan kerjaya, namun masih ada masa untuk merancang majlis kami.

"Kami juga tidak bercadang untuk mengadakan majlis besar-besaran, sebaliknya cukuplah untuk melaksanakan perkara wajib saja," katanya memetik BharianOnline

Nora Danish juga memilih lokasi Bali, Indonesia untuk majlis perkahwinannya.

Resepsi Nabila Huda di Pulau Bali (7 gambar)

Jumaat, 6 Mei 2016

Nabila Huda dan suaminya, Mohd Izwan Johar ada mengadakan resepsi di luar negara iaitu di pulau Bali, Indonesia yang bertemakan persandingan di tepi pantai baru-baru ini.

Fasha Sandha, keluarga bercuti ke Bali (15 gambar)

Khamis, 24 Mac 2016

Bulan madu Stacy, Akim di Bali (gambar & video)

Isnin, 14 Mac 2016

Zul Ariffin, Gayatri bercuti ke pulau Bali (6 gambar)

Khamis, 19 Mac 2015

Tak dipastikan samaada Zul Ariffn dan kekaishnya, Gayatri Su Lin bercuti di Pulau Bali adalah berdua atau dengan kawan-kawan atau ahli keluarga mereka. Yang penting kita berfikiran positif sahajalah kan.

Untuk informasi lain, Zul juga belum lagi mahu berniat untuk berkahwin pada tahun ini, ini berikutan kesibukan kerjanya yang amat padat.

Sharifah Sakinah sambut bridal shower di Bali (10 gambar)

Selasa, 20 Januari 2015


Sharifah Sakinah semalam meraihkan percutiannya di Pulau Bali untuk meraihkan majlis perkahwinannya pada bulan Mei nanti dimana Sharifah telah membawa rakan-rakannya ke satu acara yang dinamakan bridal shower (pengapit).

Turut kelihatan Marsha Milan Londoh, Nad Zainal, Elfira Loy, Siti Saleha, Jihan Muse, Nabila Huda, Tasha Shilla, Sherry Alhadad dan Kaka Azraff.

Ayu Raudhah, Zaquan bercuti di Pulau Bali (18 gambar)

Rabu, 3 Disember 2014


Zaquan Adha dan Ayu Raudhah serta anak mereka baru-baru ini telah pergi bercuti di pulau peranginan terkenal dunia, Pulau Bali.

Banyak tempat yang mereka pergi, cuma beberapa keping gambar sahaja yang dimuatnaik oleh Ayu di dalam laman instagram miliknya.

Apa-apa pun jom kita lihat keluarga bahagia ini. ^^

Gambar Shaheizy Sam bercuti di Bali

Rabu, 23 April 2014

Baru-baru ini Shaheizy Sam pergi bercuti ke pulau peranginan terkenal di Indonesia, pulau Bali. Pemergian Shaheizy ke sana bukan seorang-seorang tapi dengan kekasih dan juga ahli keluarganya.

Dengarnya kekasihnya itu bernama Najwa, Najwa satu masa dahulu adalah kekasih kepada Shaheizy dan putus di tengah jalan, tapi rasanya mereka dah ber'couple' semula.

Turut kelihatan Khaty Fauziah dan juga Zizie Ezette.

Gambar Bulan Madu Rozita, Zain di Bali

Rabu, 29 Januari 2014

Dah sebulan lebih mendirikan rumahtangga, Rozita Che Wan @Che Ta dan suaminya, Zain Saidin yang sebelum ini pernah pergi berbulan madu di Itali kini mereka pergi lagi bercuti ke pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali.

Dikhabarkan ini adalah bulan madu ke-2 mereka. Mungkin tajaan kot. Tak sabar nak lihat Che Ta hamil lagi.

Percutian Siti Saleha di Pulau Bali

Isnin, 6 Januari 2014

Percutian Siti Saleha dengan Afdlin Shauki adlalah sama iaitu dengan memilih pulau Bali sebagai cuti akhir tahun mereka.

Tapi percutian mereka bukan lah bersama-sama namun dengan haluan masing-masing. Siti Saleha pergi dengan rakan-rakannya dan membuatkan suasana lebih meriah lagi.

Mungkin tahu di Dataran Merdeka terjadinya huru hara kot. Hihi. -gambar instagram sallywho

Gambar Afdlin Shauki ke Pulau Bali

Beberapa hari yang lalu Afdlin Shauki memetik Facebook miliknya telah pergi ke satu tempat peranginan terkenal di pulau Bali iaitu, Pantai Pandawa untuk cuti akhir tahun bersama-sama anak-anaknya.

Dengan ombak dan laut yang jernih, serta kawasan sekitar yang menarik, memang tidak dinafikan ramai pelancong yang datang ke tempat ini.

Gambar Percutian di Bali, Nora Dengan Nadem

Sabtu, 17 Ogos 2013

Episod hubungan Nora Danish dengan lelaki anak pak Menteri, Nadem telah ramai yang mengetahui. Bahkan yang terbaru mereka sempat pergi ke Pulau Bali di Indonesia bersama-sama anak Nora sendiri dan orang tua Nora.

Ini memperlihatkan hubungan Nadem dengan Nora direstui. Kalau sudah seperti itu, apa tunggu lagi, kahwin la cepat, kemampuan dah ada. -Instagram Nora Danish

Gambar Siti Nurhaliza, Suami di Bali

Isnin, 10 Jun 2013

Minggu lalu, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid serta beberapa ahli keluarga telah pun pergi bercuti di Pulau Bali, Indonesia. Mungkin sudah lama tidak bercuti dengan suami, maka dengan kesempatan itu, Pulau Bali ada lah tempat pilihan mereka pergi bercuti, gambar dimuatnaik oleh Siti melalui laman Instagram miliknya.


Gambar Ahmad Nabil Sekeluarga Bercuti

Selasa, 4 Jun 2013

Ini adalah gambar terbaharu keluarga Ahmad Nabil dengan isteri serta anaknya, Naira Mikayla yang dah nampak seperti usia setahun, namun belum lagi sampi setahun. Gambar kelihatan sedang bercuti di Negara seberang, Indonesia.




Gambar Percutian Nabila Huda, Nash-T di Bali

Selasa, 16 April 2013

Gambar dibawah ini adalah gambar yang dikatakan percutian diantara Nabila Huda dengan kekasih hatinya, Nash-T seorang artis yang diketahui umum di pulau peranginan terindah, Bali, Indonesia.

Tidak dinafikan lagi pasangan ini pergi ke Bali mengikut sumber pada baru-baru ini. Mungkin sahaja ikut 'trip' secara beramai-ramai.







Gambar Pra-Perkahwinan Fasha Sandha part 2

Khamis, 8 Mac 2012

Dengar cerita yang Fasha Sandha dan Rizal (jejai) akan melangsungkan perkahwinan mereka di Bali, Indonesia, pada 29 April ini, mengikut laporan yang dipetik daripada Berita Harian baru-baru ini. Rasanya waktu itu tidak lama lagi, dan lokasinya juga begitu ekslusif, jauh daripada media tempatan. Dan yang terbaru lagi, mereka berdua amik gambar pra-perkahwinan dan memilih jurugambar No 1 Malaysia, Bustamam White Studio (photographer magazine glam)

gambar Cari

Fasha Sandha sambut tahun baru di Bali?

Jumaat, 7 Januari 2011

Kata web OhBulan, gambar di bawah didakwa merupakan gambar Fasha Sandha menyambut baru di pulau Bali bersama-sama rakan rapatnya. Tidak tahulah jika Jejai ikut serta, mengikut daripada gambar ini, Jejai sepertinya tidak ikut serta. Fasha pun bukan alang-alang pakai baju, sama dengan 'ohang puteh' tu, berbikini, nak kata panas, cuaca sana dengan sini lebih kureng sama juga. ha2.

Gambar Awal Ashaari, Scha al Yahya di Bali

Selasa, 22 Jun 2010

Wah, memang hot dan panas betul lah dorang dua ni, Awal Ashaari dan Scha al Yahya. Dating kat pulau Bali tue. Jauh daripada paparazi yang dok kat Malaysia. Tapi malang tak berbau mungkin ini, cara Awal nak tunjukkan kepada semuanya, yang mereka sah bercinta. Ingatkan pergi sana cuma bercuti dan bersantai2 biasa, tapi siap berpegangan tangan dan peluk2 lagi tu. Tu yang jadi spekulatif besar nanti bila dah balik sini. Kalau dah gatai sangat, kahwin lah Awal. Bukan muhrim diantara kamu tue.. huhu..