Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ozlyn akui pakai simple, tapi akhirnya kantoi...

Jumaat, 4 Ogos 2017

Baru-baru ini Ozlyn dan suaminya, Johan ada pergi ke sahabatnya. Ozlyn dengan caption nya bertulis yang dia sememangnya seorang yang simple, sehinggakan memakai selipar yang biasa-biasa sahaja baginya.

Namun ramai nitizen yang cerdik pandai telah mengetahui itu bukan selipar biasa-biasa, sebenarnya itu adalah selipar berjenama Channel.

Persoalannya, simple sangat ke Ozlyn katakan ni? kelentong akhirnya kantoi?

Sekitar majlis berbuka Puasa Astro (22 gambar)

Isnin, 19 Jun 2017

Izreen Azminda ditaja 20 pasang baju raya!

Selasa, 14 Jun 2016

Sibuk dengan penggambaran selama dua bulan bermula Ramadan sehingga Syawal, pelakon Izreen Azminda ketika ditemui baru-baru ini, memberitahu persiapan rayanya pada tahun ini tidak perlu dirisaukan lagi kerana sudah pun mendapat tajaan daripada Mek Kembang Cotton sebanyak 20 pasang.

“Hari raya nanti sudah tentu akan berada di kampung, Jitra, Kedah, tetapi tidak lama sebab cuti tak sampai seminggu, begitu juga kalau ada yang bertanya tentang saya buat rumah terbuka ke tidak? Jawapan saya tidaklah. Untuk persiapan raya tahun ini paling banyak baju raya lebih dari 20 pasang daripada Mek Kembang Cotton. Pakaian lebih tak terpakai bolehlah buat pakai untuk penggambaran,” ujarnya memetik portal MediaHiburan

Malam berinai Jihan Muse (21 gambar)

Ahad, 20 Mac 2016

Jihan Muse akan menjadi isteri kepada Ungku Hariz pada petang Ahad, 20 Mac ini, Jihan semalam sempat melangsungkan majlis berinai yang turut dihadiri kenalan dan juga rakan selebriti.

Kayda ikut jejak ibunya, Sheila Majid jadi penyanyi

Khamis, 9 Oktober 2014

Sepertinya anak kepada Ratu Jazz Datuk Sheila Majid telah mengikuti jejak kerjaya ibunya sebagai seorang penyanyi.

Anaknya bernama Wan Nur Khaleda atau lebih dikenali sebagai Kayda Aziz yang berusia 23 tahun lulusan ijazah sarjana jurusan psikologi itu telah berjinak-jinak untuk menjadi seorang penyanyi.

Kayda juga tidak senang jika dia di label sebagai menumpang populariti ibunya, namun mahu berdiri sebagai dirinya sendiri.

Memetik portal MalaysianDigest, Kayda meluahkan rasa kesalnya itu.

Gambar Pra Perkahwinan Raja Azrey, Rozita

Rabu, 18 Disember 2013

Gambar dibawah adalah gambar pra perkahwinan kepada pelakon Raja Azrey yang juga pelakon dalam filem Blok 404 dengan pasangannya Rozita Rahim.

Gambar yang berinspirasikan semangat kepahlawaan Melayu dengan memikat si gadis yang menjadi pujaan hatinya.

Perkahwinan akan diadakan pada hari Jumaat ini di Dewan Komuniti Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Gambar Pra Perkahwinan Farawahida

Selasa, 19 November 2013

Gambar dibawah adalah gambar pra-perkahwinan penyanyi, Farawahida yang berkonsepkan kebaya Melayu serta gaun moden daripada perekany Butik Nasha dan photographi dari Empayar Che Det.

Gambar ini membuktikan dan mengukuhkan lagi dakwaan yang dia akan berkahwin pada bulan Disember 2013 nanti. Sayangnya gambar dengan bakal suami tidak disertakan. :(

Baju Raya Rozita Che Wan 30 Pasang!

Isnin, 5 Ogos 2013

Hari Raya dah semakin dekat, debarannya kian terasa bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bahkan persiapan juga tidak kurang hebatnya.

Dari golongan biasa sehinggalah golongan selebriti. Rozita Che Wan atau Che Ta juga tidak ketinggalan dalam persiapan Hari Raya nya kali ini

Beraya dengan bakal suami, Zain Saidin dan juga Hari Raya terakhir sebagai seorang yang berstatus janda sebelum menjadi isteri pada bulan Disember nanti.

MURAHSAJE COLLECTIONS -Style Ur Life

Jumaat, 27 Julai 2012

MURAHSAJE Collections adalah sebuah online shop dan butik hakiki yang menjual pelbagai jenis pakaian wanita atau remaja yang trendy, menarik dan cantik. Kami sudah beroperasi hampir dua tahun dalam perniagaan secara online ini. Kami mementingkan kepuasan pelanggan dan pastinya kami ingin memberikan yang terbaik buat pelanggan-pelanggan kami.

Sesuai dengan aliran zaman, kini remaja hari ini sangat mementingkan gaya dan fesyen yang menarik. Justeru itu, kami menampilkan fesyen-fesyen yang semakin mendapat tempat di hati anak gadis sekarang tetapi masih lagi menutup aurat.

Mungkin ada yang gemar berfesyen tetapi tidak tahu bagaimana atau tidak tahu dimana tempat untuk membeli kerana kekangan masa atau kesibukan kerja. Kini anda tidak perlu risau lagi kerana kami MurahSaje Collections menyediakan pelbagai pilihan untuk anda yang pasti nya koleksi-koleksi yang hangat dan popular pada masa sekarang.

Di MurahSaje Collection segalanya terdapat di sini. Jika anda mencari baju yang trendy, yang up to date dan murah di sinilah tempatnya.

Butik kami terletak di Mydin Meru, Ipoh bersebelahan My Nasi Kandar. Bagi mereka yang tinggal jauh atau inginkan keselesaan tanpa perlu membazir masa dan tenaga untuk ke butik kami,anda boleh membeli secara online. Pasti nya lagi mudah bukan?

Keistimewaan kami, MurahSaje Collection tidak mengenakan sebarang caj untuk penghantaran. Semua penghantaran adalah percuma untuk pelanggan di Semananjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Selain itu setiap minggu kami akan update kan stok baru.

Terdapat banyak lagi pilihan dan koleksi yang menarik.Jika anda seorang yang fashionholic jangan ketinggalan dapatkan koleksi kami. Jika anda berminat dengan koleksi kami atau ada sebarang pertanyaan, anda boleh cari kami di:
Alamat Butik: Lot GB 03, Bazar Lot, Mydin Meru Mall Ipoh (Beroperasi dari jam 10pg-10mlm)
Blog: www.murah-saje.blogspot.com
Fb: Murah Saje
Fan Page: Runcit Dan Borong Di MurahSaje
Email: murahsaje@yahoo.com

Siti Saleha Berbaju Kebaya Raya

Selasa, 24 Julai 2012

Baru sahaja puasa bermula belum ada seminggu, sudah ada pasaraya, kedai dan butik yang telah mengeluarkan pakaian edisi Raya mereka begitu awal sebelum pertengahan bulan Ramadan. Ini bagus, bagi membolehkan rakyat membeli belah awal bagi membeli barangan yang mungkin nanti akan habis di saat-saat akhir.

Pasaraya KL SOGO telah memilih pelakon manis, Siti Saleha untuk memperagakan pakaian Raya Adiilfitri mereka. Kebaya yang dipakai Saleha amat cantik dan anggun sekali, rasanya korang nak beli satu juga ni sama seperti Saleha pakai, tapi siap-siap lah dengan dompet yang tebal. hehe. -gambar trendsetter

Siti Saleha dalam majalah Remaja

Isnin, 15 Ogos 2011

Sesiapa yang memninati majalah no.1 bagi golongan belia, Remaja edisi Ogos 2011, kini bakal menyaksikan pelakon baru dan cantik, Siti Saleha yang terkenal kerana lakonannya menerusi drama Ustaz Amirul menjadi cover untuk majalah berkenaan. Berbaju kebaya jambu moden dan berseluar jeans menampakan kelainan dalam dunia perfesyenan di Malaysia. Agak menarik dan unik fesyennya itu, jarang kita dapat melihat. Kalau nak tahu apa isi yang lanjut, dapatkan Remaja edisi terkini di pasaran.

gambar Juhara Ayub berbaju kebaya

Jumaat, 1 Julai 2011

Gambar dibawah ini merupakan gambar pelakon, Juhara Ayub yang berbaju kebaya dan bertudung. Memang manis dan sejuk mata memandang. Juahara memakai pakaian ni bersempena lakonannya untuk pementasan dalam teater Mak Dara Nyonya yang bakal dipentaskan mulai 6 Julai hingga 12 Julai ini di MaTIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Juhara melakonkan watak utama, Halimah yang juga kisah perjalan hidup pengasasa perniagaan berasaskan herba, Jamu Mak Dara (JMD), ibu Halimah Shuib. Nak tengok lebih lanjut, g lah tengok nanti yer. :)

Sumber : ManggaOnline

Ana Raffali tidak boleh bergambar bersama gitar

Jumaat, 17 Disember 2010

Ana Raffali agak kecewa apabila tidak dibenarkan untuk memegang gitar bagi sesi fotografi yang akan digunakan sebagai profil sempena pertama kalinya Ana menjejakkan kaki dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 akan datang. Disebabkan memegang gitar adalah identitinya selama ini, Ana berkata, arahan yang tidak membenarkan dia berbuat demikian oleh salah seorang jawatankuasa acara itu seolah-olah tidak hormat dengan identiti sebenarnya.

Biarpun begitu, Ana tetap meneruskan sesi tersebut mengikut tuntutan pihak tersebut walaupun hatinya tersentuh kerana terpaksa mengorbankan keinginan sendiri. Tapi Ana tetap cool juga, sebab penyokongnya pasti memberikan sokongan padu kepada Ana nanti.-mStar

Gambar Misha Omar berbaju kebaya

Selasa, 13 Julai 2010

Bercerita mengenai perkembangan terbaru kerjaya nyanyian Misha Omar, dia bakal keluar dengan single terbaru selepas Hari Raya Aidilfitri depan. Pada mulanya pihak Sony mahu mengedarkan 'single'-nya dalam masa terdekat, namun memikirkan Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi, jadi ia terpaksa ditangguhkan. Kira ok lah tue juga, takut album nanti tak laku kan, baik keluarkan lepas raya. Mood orang pun nak layan lagu raya, xda lah nak layan lagu-lagu jiwang. Apa-apa pun tahniah lah keatas Misha diatas kejayaan ini. Misha nampak manis pakai baju kebaya lah. Sweet gitue.

Sheila Majid pakai baju kebaya RM5 Juta

Rabu, 14 April 2010

Memang diluar sangkaan kita, penyanyi popular nusantara, Datuk Sheila Majid bakal memakai pakain baju kebaya yang dianggarkan bernilai RM5 juta (rp10 Miliar) dan dikawal oleh lebih kurang 30 'bodyguard'. Manakan tidaknya mahal, dihiasi dengan berlian pada baju berkenaan Pada 10 April yang lalu di KLCC. Memang menjadi satu kebanggan kalau memakai baju yang dicatatkan sebagai kebaya termahal di dunia. Kebaya korang macamna pulak? yang ketat jerk ker or tak upgrade cikit. Hehe.

*klik untuk besarkan

Baju melayu pilihan Ana Raffali bila menyanyi

Rabu, 6 Januari 2010

Siapa Ana? nama betulnya adalah Ana Nurhidayah Mohd Raffali atau Ana Raffali, 24, merupakan seorang pendatang baru dalam dunia seni tanah air yang berkeupayaan untuk menyanyi, mengubah dan menulis lirik dalam waktu yang sama. Ana yang memperjuangkan diri dalam jalur muzik indie mengaku cukup selesa dengan penampilan baju kurung atau kebaya semasa menjayakan persembahan mahupun sesi fotografi dan konsert. Secara kebetulan Ana giat bermain gitar semasa menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan mengadakan persembahan untuk majlis-majlis tertentu di sana sambil memakai baju kurung atau kebaya.

Umie Aida dengan kebaya seksi

Selasa, 5 Januari 2010

Majlis perkahwinan Serina dan juga Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar yang berlangsung beberapa hari yang lalu selamat dilaksanakan. Kedua-dua mempelai sudah sah bergelar menjadi isteri dan terhindar daripada maksiat sesama mereka. Kini tugas Serina adalah mendidik Suaminya itu mendalami ilmu agama. Namun hal yang lain, ketika majlis itu ada lah juga artis-artis yang dijemput hadir, ini termasuk dua rakan baik, Nurul dan juga Umie Aida yang mengayakan kebaya moden yang menampakkan tubuh badan. Memang menjolok mata lah sedikit pakaian Umie ni.