Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Siti Nordiana sombong? sebab menolak permintaan ini...

Jumaat, 22 Julai 2016

Siti Nordiana dikatakan berlagak sombong dan menolak permintaan pereka fesyen yang mahu menaja pakaiannya untuk sebuah drama bersiri.

Namun bagi Nana, dia menafikan dirinya sombong.

“Sejak mula menyanyi saya sudah terbiasa dengan gosip seperti ini. Jadi, jika ditanya terkesan atau tidak, saya hanya boleh menerimanya dengan hati terbuka. Cuma dakwaan yang mengatakan saya sombong dan tidak mahu menerima tajaan pakaian adalah tidak benar. Apatah lagi mengenai pengurus peribadi yang dikatakan mengongkong karier saya”

“Jika saya ada menyakiti mana-mana pihak, saya minta maaf. Semua orang yang terlibat dalam dunia glamor akan melalui perkara sama. Jadi, apabila dituduh mengenai perkara yang tidak benar, saya cuba untuk tidak ambil peduli dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya,” katanya kepada Kosmo Online

Izreen Azminda ditaja 20 pasang baju raya!

Selasa, 14 Jun 2016

Sibuk dengan penggambaran selama dua bulan bermula Ramadan sehingga Syawal, pelakon Izreen Azminda ketika ditemui baru-baru ini, memberitahu persiapan rayanya pada tahun ini tidak perlu dirisaukan lagi kerana sudah pun mendapat tajaan daripada Mek Kembang Cotton sebanyak 20 pasang.

“Hari raya nanti sudah tentu akan berada di kampung, Jitra, Kedah, tetapi tidak lama sebab cuti tak sampai seminggu, begitu juga kalau ada yang bertanya tentang saya buat rumah terbuka ke tidak? Jawapan saya tidaklah. Untuk persiapan raya tahun ini paling banyak baju raya lebih dari 20 pasang daripada Mek Kembang Cotton. Pakaian lebih tak terpakai bolehlah buat pakai untuk penggambaran,” ujarnya memetik portal MediaHiburan

Diana Danielle sanggup beli baju di pasar malam..

Isnin, 13 Jun 2016

Agak mengejutkan apabila mengetahui yang Diana Danielle sanggup untuk membeli baju di pasar malam demi anak-anaknya disebabkan mahu menyimpan wang untuk masa hadapan mereka.

Agak musykil kerana setiap selebriti harus mementingkan imej dan penampilan mereka kepada peminat, tapi lain pula cara Diana ni kan.

“Saya tidak kisah jika terpaksa membeli baju di pasar malam asalkan saya tidak membazir wang. Ini kerana saya sudah puas mengecapi apa yang dikehendaki ketika zaman remaja dulu. Selepas ini jika teringin baju baharu, saya akan mendapatkannya di pasar malam sebab saya mahu simpan wang untuk masa depan anak-anak kerana ingin membelikan setiap mereka rumah.”

“Hari ini saya mencari rezeki untuk anak-anak. Jika dulu saya pakai barangan berjenama, tetapi kini semua itu bukan lagi keutamaan. Selepas Muhammad lahir, saya tidak lagi keluar membeli-belah untuk diri sendiri. Baju, beg dan kasut yang dibeli dulu masih boleh digunakan, tidak perlu membazir,” katanya kepada Berita Harian Online

Rozita Che Wan pula jual bajunya serendah RM30!

Selasa, 5 April 2016

Selepas Datuk Siti Nurhaliza menjual pakaiannya, kini giliran aktres Rozita Che Wan atau Che Ta pula menjual koleksi barangan terpakai seperti baju, beg tangan dan kasut berjenama yang pernah digunakan.

Che Ta berkata, penjualan barang-barang itu dilakukan selepas menyedari terlalu banyak pakaian yang tidak lagi dipakai yang kini memenuhi ruang kondominium untuk menyimpan koleksi peribadi.

Karpet Merah Anugerah Skrin 2015 (100 gambar)

Selasa, 10 November 2015

Bila selebriti bergaun warna merah (11 gambar)

Ahad, 1 November 2015

Warna merah digelar warna paling berani. Bukan semua orang mempunyai keberanian untuk menggayakan busana merah terang.

Warna merah dikatakan mampu menarik perhatian, seksi dan juga warna panas.
Menerusi hanasuva.com, kami senaraikan 11 selebriti yang cantik bergaya dalam busana merah sepanjang tahun ini.
Cantiknya 11 Selebriti Ini Tampil Dengan Busana Merah

60 pasang baju untuk Hari Raya! - Rozita Che Wan

Ahad, 28 Jun 2015

Rozita Che Wan telah menyediakan 20 pasang baju kurung untuk digayakan bersempena dengan Aidilfitri bulan hadapan.

Che Ta mengakui yang dia turut menyediakan jumlah sama untuk suaminya, Zain Saidin dan anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan bulan.

Ia menjadikan keseluruhan untuk mereka tiga beranak ialah 60 pasang baju.
"Semua baju untuk hari raya sudah pun siap dan jumlah itu sebenarnya bukanlah hanya untuk dipakai pada hari raya sahaja tetapi ketika menghadiri jemputan rumah terbuka sepanjang sebulan Syawal.

"Paling penting bukan saya sahaja ada 20 pasang baju tetapi Zain dan Aaisyah juga," -Che Ta petikan portal mStar

Red Carpet ABPBH 2014 (104 gambar)

Selasa, 7 April 2015

Sekitar red karpet ABPBH2014. Mari saksikan pakaian dan fesyen mereka, seksi, seksa, terbaik, mantap, menarik dan melucukan.. -gambar RotiKaya

Yana Samsudin dikecam sebab pakai baju singkat seksi!

Rabu, 26 November 2014

Kasihan Yana Samsudin, aksinya dengan berbaju singkat telah membuatkan ramai peminatnya kini menyampah dan meluat akan tindakan beraninya itu.

Ramai rata-rata pengikut Facebook miliknya yang tidak menyukai dan memberikan komen-komen yang lebih negatif dan berunsur nasihat.

Baju tulisan 'merepek', Sakinah tak kesah!

Khamis, 15 Mei 2014

Sekali lagi, pelakon Sharifa Sakinah membuat publisiti bukan murahan mahupun mahal tapi hanya mempamerkan baju yang dianggap tak kena pada tulisannya.

Namun baju itu kata Sakinah hanyalah untuk strategi pemasaran untuk menyertai kumpulan senaman yang ditubuhkan.
"Ia bukan gimik, pada saya kalau sesuatu perkara itu bagus orang akan ingat dan jika tidak bagus sekalipun orang lagi akan ingat.

"Lebih ramai yang kutuk, bermakna lebih ramai yang sedar tentang fitness saya dan bagi saya ia adalah satu strategi pemasaran sahaja,"

"Bohonglah kalau saya kata tidak penat dengan cacian masyarakat tetapi saya tidak kisah dan malas untuk ambil pusing.

"Saya buat tidak tahu sahaja kerana kalau saya melawan nampak saya seperti mereka terpulang kepada mereka untuk terima atau tidak," -Sakinah. petikan mStar.

Pakaian Ketat Yuna Dapat Kecaman

Rabu, 22 Januari 2014

Baru-baru ini penyanyi terkenal,Yuna telah dikecam hebat oleh pengikutnya di laman sosial Facebook miliknya. Disebabkan Yuna memuatnaik gambar photoshot dirinya dengan berpakain ketat aka lagging.

Ramai yang telah memberikan komen tak kurang juga positif (membina) dan juga negatif (cacian) terhadap penyanyi tersebut.  Mungkin dah budaya fesyen di Amerika Syarikat , tapi kan bagus kalau Yuna bawa fesyen dari Malaysia ke sana, boleh juga promosi budaya Malaysia kan. :)

Saya Pakai Bra, Baju Ketat Sangat - Raja Ema

Khamis, 14 November 2013

Beberapa minggu yang lalu, gambar Raja Ema yang dikatakan sangat berubah dari segi wajah dan penampilannya mendapat perhatian ramai.

Ketika itu dia menghadiri satu majlis perasmian butik Didie Alias. Namun yang jadi perhatian penuh adalah pakaian yang dipakainya, kata orang nampak bahagian dada Raja Ema.

Raja Ema menafikan yang dia tidak memakai bra, bahkan dengan tegas dia memakai bra dan mengakui bajunya sangat ketat.

Gaun Bernilai RM1 Juta oleh Alia Bastaman

Rabu, 2 Oktober 2013

Gambar dibawah adalah busana gaun rekaan Alia Bastamam untuk dipakai oleh Miss Universe Malaysia 2013, Carey Ng. Dengarnya gaun berkenaan dihiasi mutiara daripada Rafflesia.

Harganya mak datuk, RM1.1 Juta. Tapi rasanya memang orang akan fikir 100x untuk beli busana ni, memandangkan masih dalam prototype jadi busana ini akan dalam perancangan untuk Pertandingan Miss Universe Pageant di Moscow bulan hadapan. -gambar Budiey

Gambar Raya - Nur Fazura

Khamis, 15 Ogos 2013

Mari layan gambar-gambar selebriti ketika menyambut Hari Raya AidilFitri 2013 ini. Aik sorang-sorang je ke cik Fazura. hehe. -instagram missfazura

Gambar Raya - Nabila Huda

Isnin, 12 Ogos 2013

Mari layan gambar-gambar selebriti ketika menyambut Hari Raya AidilFitri 2013 ini..

Gambar Raya - Lisa dan Yusry

Ahad, 11 Ogos 2013

Mari layan gambar-gambar selebriti ketika menyambut Hari Raya AidilFitri 2013 ini..

Gambar Raya - Scha dan Awal

Mari layan gambar-gambar selebriti ketika menyambut Hari Raya AidilFitri 2013 ini..

Gambar Lana Nordin Sesi Photoshoot Bharian

Khamis, 1 Ogos 2013

Cantik melihat Lana Nordin berpakaian Raya awal ni untuk sesi photoshoot untuk Berita Harian mungkin untuk edisi Minggu nanti.

Turut bersama Lana photoshoot adalah Zarina An Julie dan juga rakan baik Lana, Maria Farida yang cantik tu~

Baju 'Seksi' Shila Amzah?

Isnin, 10 Jun 2013

Baru-baru ni panas isu mengenai gambar yang dimuatnaik oleh pelakon, Shila Amzah dengan meletakkan gambar yang dia pergi untuk bersukan dengan berbaju ketat habis.

Banyak komen dari pengikutnya yang mengecam dan hampir semua tidak bersependapat dengan gambar berkenaan. Dan ada juga yang mengesyorkan agar di 'delete' gambar berkenaan. Tapi tidak pasti kalau gambar berkenaan da di buang.

Memang tidak wajar gambar berkenaan ditayangkan kepada umum dan sepertinya tidak mencerminkan imej Shila yang bertudung dengan berbaju berkenaan. Dan sudah pasti agama memakai pakaian yang ketat-ketat ok, malu lah, pontianak pun berbaju tak ketat, hehe.



Gambar Yasmin Hani Anggun Sungguh!

Sabtu, 27 April 2013


Cantiknya pelakon Yasmin Hani ni. Tak usah banyak tulis kali ini, anda juga pastinya tahu menilai artis kesayangan korang sendiri kan. Bagi admin, Yasmin memang cantik dan anggun. :)