Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Badrul Muhayat jadi buruan polis, kes pukul isteri

Isnin, 29 Mac 2010

Pihak Polis kini sedang memburu seorang pelakon yang popular satu masa dulu yang bernama Badrul Muhayat Ahmad Jailani mengikut sumber daripada Utusan dimana beliau dipercayai memukul isterinya. Jika mengikut kes ini Badrul mungkin akan dikenakan denda yang berat bergantung betapa keseriusan yang dihadapi isterinya itu. Mungkin si isteri dah tak tahan akibat pukulan berkenaan, maka laporan polis terpaksa dibuat. Kiranya panas baran juga Badrul nie erk..

Mengenai kisah dahulu yang tidak tahu benar atau tidak berlaku, Badrul juga menghamilkan seseorang sampai keluar anak luar nikah dan masuk mahkamah juga kes berkenaan. (Bagus pukul punching, dapat kesihatan daripada bala..)

Badrul Muhayat Join MLM Bentuk Makan

Jumaat, 27 Mac 2009

Badrul Muhayat bukan nama asing dalam industri hiburan negara. Walaupun dikaitkan dengan banyak perkara yang mengaibkan. Antaranya ditangkap berkhalwat, memukul isteri, berkahwin lagi dan perkara-perkara memalukan. Dulu pernah Badrul bercerita dia memang malu nak keluar rumah gara-gara pelbagai tanggapan serong masyarakat terhadapnya. Sewaktu zaman popularnya, Badrul pernah menjadi kegilaan ramai anak gadis di luar sana. Wajah tampannya berjaya membawa Badrul memasuki Hero Remaja di awal-awal pertandingan berprestij itu dimulakan oleh Majalah Remaja.Kini keadaan berubah. Sesuai dengan peredaran masa, Badrul yang akan turun ke lokasi filem Mat Kilau ternyata makin berisi. Berat badannya bertambah sehingga 10kg! Kata Badrul bukan sahaja dia gembira dengan perjalanan hidupnya sekarang, tetapi kerana dia baru terjebak dalam satu program perniagaan berasaskan makanan namun berbentuk MLM ~Island Red Cafe (IRC.com).
“Saya boleh menjana pendapatan harian melalui makan, dapat baucher dan duit. Tu badan naik mendadak. Kalau siapa biasa melepak di Old Town, sebenarnya konsep pernigaan mereka sama sahaja. Tapi di IRC, kita boleh dapat duit dan menaja orang lain untuk makan dan mendapat duit juga” akui Badrul yang ditemui di Island Red Cafe, Pandan Indah. Sila layari http://www.2islandredcafe.com atau hubungi talian 012-2169286/012-6993038 untuk maklumat lanjut.