Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Izreen Azminda, Sherry Ibrahim kemalangan, keadaan mereka kini...

Rabu, 23 Disember 2015


Izreen Azminda dan Sherry Ibrahim ditimpa kemalanganIzreen Azminda dan Sherry Ibrahim terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan dekat Perak, awal pagi semalam. Kejadian itu dimaklumkan Izreen di laman Instagramnya dan memberitahu mereka berdua selamat.
“Alhamdulillah, kami semua okay,” tulisnya lapor Sinar Harian.

Difahamkan, kenderaan yang dinaiki pelakon ini terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Gambar kekasih anak Che Ta.. Wow!!

Isnin, 20 Oktober 2014

Dengarnya ini adalah kekasih kepada anak Rozita Che Wan, Ammar Effendy. Walaupun sudah berusia 18 tahun, dia kini hidup dengan kemewahan dengan kereta BMW ntah berapa series tu.

Siapa tak nak menjadi kekasih kepada anak orang kaya kan. Kekasihnya berumur 16 tahun atau bertingkatan 4. Pasal siap wish kat caption gambar Instagram tu.

Siap pegang montot tu. Keh keh. Apa-apa pun semoga berbahagai til Jannah. Hoho.

Zain tak larang Ammar ke kelab malam..

Isnin, 6 Oktober 2014

Bukan bercerita pasal anaknya yang nak dilahirkan nanti. Tapi bercerita mengenai anak tirinya, yakni anak Rozita Che Wan, iaitu Ammar yang dapat BMW RM500,000 lebih tu.

Kata Zain memetik sebuah blog hiburan tempatan, dia tak melarang anak tirinya itu ke kelab malam. Haha. Yang pelik kenyataan Zain ni 'tak menghalang dari segi agama', manaada kelab malam yang halal (dibenarkan) dari sudut agama Islam ni Pak Cik Zain oi.

P masjid solat berjemaah sama-sama kan elok, kuliah maghrib dan solat-solat fardu yang lain. Tak pe la, mungkin cara didikan setiap ibubapa memang lain-lain, so, tepuk dada tanya iman..

Rozita tunai janji, belikan Ammar kereta BMW berharga...

Khamis, 2 Oktober 2014

Memang super kaya kalau melihatkan ROzita Che Wan menunaikan janjinya untuk anak sulungnya yang berjaya mendapat keputusan terbaik di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), iaitu Ammar dengan kenderaan mewah jenis BMW Series 6.

Dengar info harga kereta berkenaan di pasaran tempatan mencecah lebih RM500,000!. Aduiya. Gila mahal hadiah seperti ini, rasanya rekod bagi hadiah daripada pemberian ibu kepada anaknya di negara ini.

Bukan BMW X6 tapi Audi R8 - Ammar

Jumaat, 11 April 2014

Bila kisah BMW X6 berharga RM300,000 itu mengarut oleh anak Rozita Che Wan, Ammar Effendy baru-baru ini, namun dia menyatakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta lebih mewah daripada itu, iaitu memilih Audi R8 sekitar RM600,000 yang lebih sporty dan muda disamping pilihan lainnya, BMW M3 atau Mercedes A45.
"Hahaha... Bukan BMW X6 lah, tetapi kereta lain. Ammar rasa nak tergelak jer bila gosip itu timbul kerana itu kereta untuk ‘orang tua’.

"Memang benar mommy nak belikan kereta untuk saya. Tetapi kereta sport la, baru macho,"

"Pada Rabu (semalam) saya telah ke kedai kereta melihat mana-mana yang diminati dan setakat ini Audi R8 antara yang saya sukai.

"Tak tahu lah pula kereta apa mommy nak belikan. Berbaloi juga belajar siang malam. Kalau keputusan lebih cemerlang, entah-entah mommy nak belikan Lamborghini atau Ferrari," -Ammar petikan mStar

Hadiah BMW X6, Mengarut! - Ammar Effendy

Khamis, 10 April 2014

Cerita mengenai hadiah mewah BMW X6 dari Rozita Che Wan kepada anaknya, Ammar Effendy yang mendapat keputusan cemerlang SPM 2013, sudah pun tersebar luas bahkan ianya juga tidak dikomen oleh Rozita sendiri.

Namun anaknya, Ammar Effendy sepertinya menafikan cerita itu dan menganggap ianya sebuah cerita yang mengarut memandangkan mereka bukan dari keluarga golongan VIP mahupun VVIP mahupun golongan perniagaan yang boleh diberikan hadiah sebegitu hebat.

Tapi iPhone 5S Gold Ammar boleh dikatakan mewah juga.. kuikui.

Kereta BMW Abon Kemalangan

Selasa, 5 Februari 2013

Berpunca daripada cuaca hujan dan keadaan jalan raya yang licin, Abon telah mengalami kemalangan dan kereta yang dinaikinya telah terbabas di Kilometer 13, Jalan Mersing-Endau baru-baru ini.

Kereta yang dipandunya telah melanggar sebuah tebing tanah dan terperosok  ke dalam longkang.

Sebelum kejadian, Abon baru sahaja selesai menghadiri majlis makan malam ‘My Beautiful Malaysia’ di Gambang, sebelum bertolak ke Mersing bagi memenuhi undangan majlis di Dataran Pulau, Mersing.

Oleh kerana tidak mahu menghampakan peminat-peminatnya, Abon telah mengambil keputusan untuk meninggalkan keretanya di tempat kejadian, lalu menumpang kenderaan lain untuk ke destinasi yang ingin dituju. -sumber :)

Fasha dapat kereta BMW sempena Valentine Days

Isnin, 27 Februari 2012

Dengar-dengar daripada tobloit Kosmo baru-baru ni mengatakan yang Fasha Sandha telah diberikan hadiah kereta mewah berjenama BMW oleh bakal suaminya, Jejai bersempena harijadi Fasha pada 14 Feb lalu. Kononya sebagai hadiah hari kekasih, memandangkan kereta Fasha yang sama jenama itu, dahulunya telah dicuri oleh orang didepan kedai saloon nya.

Memang tak syak lagi, kebahagian Fasha lebih daripada yang kita jangkakan, bukan sahaja kasih sayang yang diberikan, kemwahan juga turut dapat dirasai. Bertuah lah badan. Semoga berbahagia la yer Fasha.

Riz AF tipu peminat?

Khamis, 15 April 2010

Kasihan dan pilu pula terasa melihatkan nasib yang menimpa keapda bekas pelajar Riz AF6 ni. Baru sahaja mahu kelihatan nampak high class dengan bergambar bersama Ferrari milik tiada bernama yang diketahui, sudah ada isu kantoi membuat kenyataan palsu mengenainya. Bermula pada sisipan pada akhbar Harian Metro beberapa hari lalu tentang mengenai kegilaan Riz AF6 terhadap kereta mewah dan sudah pun memiliki sebuah kereta berjenama BMW.

Bercerita mengenai kejayaan pembelian kereta itu, Riz AF6 telah pun menyebut yang sebahagian duit hasil pembelian kereta berkenaan adalah datang daripada hasil simpanan semasa bekerja sebagai pramugara satu masa dahulu. Seorang bekas rakan sekerja Riz telah tampil membuat pengakuan penafian yang Riz AF6 sememangnya pernah bekerja sebagai pramugara.

Menurut individu tersebut, Riz cuma hanya bekerja sebagai juru di kaunter tiket penerbangan MAS, bukan sebagai pramugara. Tak mengapalah kalau bekerja di kaunter dengan penghasilan yang halal, kalau kerja lama, tak mustahil dapat beli kereta BMW tu, cuma kenapa perlu malu/tipu mengatakan dirinya bekerja sebagai juru di kaunter berbanding pramugara yang cuma omongan kosong. -RotiKaya

Belikan BMW X4 untuk Fasha Sandha?

Sabtu, 14 November 2009

Terdengarlah soseh-soseh daripada seorang teman yang menyatakan dan mengakui ada ternampak Fasha Sandha berpakaian seluar pendek dan berbaju lengan panjang ditemani seorang duda idaman pergi ke showroom gallery untuk melihat kereta-kereta mewah baru-baru ini. Kereta yang ditarget adalah BMW X4 yang berharga hampir RM300,000. Tidak dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini. Kalau betul pun memang bertuah lah si Fasha ni.