Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Azrinaz Mazhar berbicara soal kahwin lagi.. ini komennya..

Isnin, 24 April 2017

Azrinaz Mazhar Hakim mempunyai pandangan tersendiri mengenai erti bahagia. Baginya, kebahagiaan hakiki yang diimpikan sudah ditemui membuatkan dirinya tidak runsing apabila masih bersendiri. Meskipun mungkin ada yang melihat kehidupannya seakan tidak lengkap, namun jelas Azrinaz, soal mencari teman hidup bukan agenda utamanya ketika ini.

"Kahwin lagi? Secara jujur, saya tidak pernah terfikir mengenai perkara itu. Perihal jodoh, saya serahkan kepada qada dan qadar Allah. Apabila saya sudah tetapkan pendirian itu dalam hidup, saya rasa lebih gembira dan aman.

"Terus terang, saya memang tidak mencari. Bukan tiada yang mendekati, tetapi saya cuba mengelak kerana tidak mahu pening kepala. Saya pernah melalui alam perkahwinan, malah turut dikurniakan cahaya mata.

"Jika ditakdirkan saya bertemu dengan seseorang yang sesuai dijadikan calon suami, saya bersyukur. Kalau tiada, tidak mengapa," kata Azrinaz memetik BharianOnline

Azrinaz Mazhar Hakim bertudung lepas break dengan Wak Doyok?

Sabtu, 15 Oktober 2016

Tak diketahui kebenaran berita ini, tapi mengikut sumber dia benar-benar dah memakai tudung selepas putus cinta dengan pereka fesyen Wak Doyok.

Namun pun begitu, apabila nak membelek Instagram Azrinaz, dia sudah deactive kan akaun miliknya beberapa hari lalu.

Kalau betul dia bertudung, syukur Alhamdulillah, semoga Istiqamah.

Wak Doyok, Azrinaz Mazhar putus cinta

Selasa, 11 Oktober 2016

Ya, kami sudah putus cinta baru-baru ini".
Itu penjelasan ringkas Wak Doyok mengenai hubungannya dengan bekas wartawan penyiaran Azrinaz Mazhar Hakim.

Wak Doyok bagaimanapun enggan berkongsi lanjut punca perpisahan mereka yang mula diperkatakan sejak kebelakangan ini.
"Saya berasa status yang dimuat naik di laman Twitter jelas menunjukkan situasi yang saya lalui kini. Butiran lanjut mengenai perkara itu tidak perlu saya perjelaskan.

"Cuma ingin dijelaskan, kami hanya putus cinta kerana tidak pernah bertunang seperti yang tersebar sebelum ini. Jadi saya menganggap tiada jodoh antara kami," katanya kepada Harian Metro.

"Sesiapa pun tidak mahu perkara sebegini berlaku, tetapi saya akur dengan ketentuan Allah.

"Apa yang saya harapkan daripada semua orang agar berhenti membuat sebarang spekulasi. Biarlah apa yang berlaku hanya kami saja yang mengetahuinya," katanya kepada Harian Metro.
Pagi tadi Wak Doyok memuat naik status di laman Twitter yang berbunyi 'Semua sudah suratan. Terima sajalah dengan hati terbuka. Sampai di sini saja jodoh kita'.

Status sama turut disertakan hashtag #HidupMestiDiteruskan beserta emotikon hati terbelah.

Terdahulu Azrinaz mengambil pendekatan dengan tidak mengaktifkan akaun Instagram miliknya sehingga menimbulkan persoalan.

Dalam masa sama, Wak Doyok turut membuang gambar mereka bersama di Instagram miliknya.

Wak Doyok, Azrinaz Mazhar sudah bertunang?

Selasa, 2 Ogos 2016

Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar telah selamat bertunang pada 23 Julai lalu. Majlis pertunangan telah berlangsung di rumah bekas personaliti TV3 itu di Desar Hartamas, Kuala Lumpur. Majlis ini telah diadakan secara tertutup dengan kehadiran keluarga tredekat sahaja.

Wak Doyok bercinta dengan Azrinaz Mazhar Hakim?

Rabu, 15 Jun 2016

Wak Doyok mengakui dia kini sedang berkawan rapat dan mengenali hati budi bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim.

Wak Doyok memberitahu dia selesa berkawan dengan wanita itu dan tidak menolak jika ditakdirkan untuk hidup bersama jika ada jodoh.
"Kalau ditanya tentang status saya dengan dia kami masih berkawan, cukuplah saya katakan dia kawan paling rapat dan paling baik dengan saya.

"Tidak salah kami berkawan kerana masing-masing tidak berpunya, kalau ada jodoh kami, sampailah kad jemputan kepada anda semua (media)," ujarnya kepada mStar Online.

Wak Doyok bercinta dengan bekas isteri Sultan Brunei?

Rabu, 6 April 2016

Wak Doyok yang kini sedang hangat digosipkan bercinta dengan bekas personaliti TV3 dan juga bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim enggan mengulas lanjut mengenai hal itu ketika ditanya pihak media mengenai kesahihan berita tersebut.
“Maafkan saya. Ia terlalu peribadi dan saya tidak mahu mengulas. Lagipun saya tidak mahu setiap komen atau jawapan saya disalah tafsir. Sebab itu adalah lebih baik saya berdiam diri sahaja.

“Saya buat tak tahu saja apa yang peminat atau orang sekeliling saya perkatakan. Persepsi mereka saya hanya anggap biasa saja.

“Malah, apabila gosip seperti ini tersebar, saya tidak terkejut pun. Cukup antara saya dan dia saja tahu. Kalau orang kata kami selalu bersama sebab berkongsi minat sama iaitu fesyen, tidak juga sebab saya selalu buat hal sendiri. Tidak wajar untuk orang memberi andaian sedemikian,” katanya memetik Harian Metro.

Bila Azrinaz Mazhar bertemu anak-anaknya (7 gambar)

Khamis, 9 April 2015


Walaupun sudah berpisah dengan suami, Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar yang kini tinggal di ibukota sempat menjenguk anak-anaknya yang berada di negara Brunei atas jagaan bekas suaminya itu.

Dua orang anaknya, Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah kelihatan cukup riang apabila bertemu dengan ibu kandungnya baru-baru ini.

Azrinaz Mazhar Masih Cantik, Hiasi Majalah Nona

Selasa, 12 Jun 2012

Bekas isteri kepada Sultan Brunei dan juga personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim kini semakin mahu meningkatkan lagi dirinya dalam dunia hiburan tempatan. Siapa menyangka yang Azrinaz masih lagi memiliki banyak tawaran pekerjaan setelah berada di dalam istana untuk seketika. Dirinya masih lagi anggun dan jelita melihat daripada kelibatnya yang terbaru di sisipan muka hadapan majalah Nona edisi Julai 2012. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, mungkin ada penganti suami dalam masa terdekat ni juga rasanya, siapa tak nak Azrinaz ni, masih cantik tu.

Azrinaz Mazhar Hakim Muncul di TV

Jumaat, 25 Mei 2012

Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar membuat kemunculan kepada umum buat pertama kalinya dalam program On Air selepas berpisah sebagai isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (20 Ogos 2005-16 Jun 2010). Azrinaz ditugaskan untuk mengajar beberapa teknik mengenai tugasan ‘stand upper'. Azrinaz juga turut tampil pada episod penyingkiran bersama peneraju utama On Air, Aznil Nawawi bersama Datin Seri Normala Samsudin.

On Air akan keudara setiap Rabu hingga Ahad, pukul 10 malam di Astro Ria. Seramai 20 peserta yang digelar sebagai perantis akan berentap bagi merebut gelaran juara sebelum dipilih bagi mengikat kontrak sebagai Artis Residen Astro. -Via

Perceraian Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim

Khamis, 17 Jun 2010

“Breaking news: HRH Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar has been divorced and lost her title as a result.” – via Rano Iskandar.
Dan yang dibawah ini petikan terakhir dari Wikipedia yang mengandungi maklumat Azrinaz Mazhar bekas personaliti TV itu,
“On 16 June 2010, it is announced that the Sultan of Brunei divorced Azrinaz and hereby removed all titles that was given to her.”

Terkejut juga dengar berita ini. Apatah lagi ianya melibatkan perceraian tahap high level personal. Tidak dapat dipastikan apa sebab utama Sultan meletakkan talak satu terhadap Azrinaz. Apa-apa pun jika anda mahu melihatnya anda bolehlah pergi menonton video pengumuman rasmi dari pihak istana di Brunei News.