Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Cemburu atau sakit hati oh Ruhainies, Azrel mahu kahwin..
Khamis, 4 Mei 2017
Baru-baru ini, Azrel telah tampil membuat kenyataan bahawa beliau bakal berkahwin pada tahun hadapan. Mendengar berita tersebut, Ruhainies yang sebelum ini digosipkan rapat dengan Azrel mengakui beliau agak sakit hati dengan kenyataan Azrel mahu berkahwin.
Rasa sakit hati Ruhainies sebenarnya kerana Azrel tidak memberitahu beliau berita gembira tersebut sedangkan mereka berdua berkawan baik. Namun sepertinya bersifat cemburu.
Sakit hati juga bila dapat tahu Azrel sudah ada perancangan untuk berkahwin pada tahun depan tanpa memberitahu saya. Mana tidaknya, saya kawan baik dia tapi tak nak kongsi berita gembira ini.
Saya ada hubungi dia dan bertanya siapakah gerangan wanita yang bakal menjadi isterinya. Sebagai kawan yang rapat dengan dia, sudah semestinya saya akan teruja kalau dia betul-betul sudah ada kekasih. -kata Ruhainies memetik portal THE MALAY MAIL ONLINE
Azrel Ismail akui sayang Ruhainies
Rabu, 19 April 2017
Azrel Ismail mengakui pernah meluahkan perasaan sayang kepada aktres Ruhainies. Menurut Azrel, ucapan istimewa itu hanyalah sebagai tanda persahabatan mereka yang telah lama terjalin.
"Sejujurnya saya memang menyayangi Ruhainies tapi kalau orang kata sayang kerana kami bercinta, itu salah sama sekali.
"Ungkapan tersebut hanyalah sebagai tanda sayang saya kepada seorang sahabat, sama seperti saya menyayangi teman-teman yang lain.
"Bagaimanapun, tentang soal jodoh dengan Ruhainies, saya tak fikir lagi sampai ke tahap itu. Kalau sudah tertulis ada jodoh antara kami, adalah," katanya kepada mStar Online.
Ruhainies seorang yang manja - Hafiz Bahari
Rabu, 26 Oktober 2016
Pelakon baru (drama Papa Ricky di Astro Ria), Hafiz Bahari mengakui yang dia mengidami untuk berlakon dengan pelakon, Ruhainies yang juga kekasih hati, Azrel Ismail.
Memetik MediaHiburan, Hafiz berkata, Ruhainies memiliki bakat dan keistimewaannya yang tersendiri.
Memetik MediaHiburan, Hafiz berkata, Ruhainies memiliki bakat dan keistimewaannya yang tersendiri.
"Sebab dia ada ciri-ciri wanita yang mengambil berat terhadap seseorang dan manja. Lepas tu bila dia bercakap ada loghat Penang,"
"Bersyukur walaupun masih baru dalam industri. Insya-Allah kalau ada rezeki pada masa akan datang kenapa tidak kan," jelas Ruhainies.
Kembar mirip Remy Ishak, Azrel Ismail (12 gambar)
Isnin, 24 Oktober 2016
Azrel Ismail tidak menyangka impiannya untuk berlakon di samping Remy Ishak tercapai apabila mereka digandingkan dalam filem terbaharu arahan Kabir Bhatia berjudul Pulang.
Azrel teruja akhirnya dapat bertemu dengan Remy kerana sebelum ini tidak pernah bertentang mata walaupun sering kali wajahnya dikatakan mempunyai iras aktor terkenal itu.
Azrel teruja akhirnya dapat bertemu dengan Remy kerana sebelum ini tidak pernah bertentang mata walaupun sering kali wajahnya dikatakan mempunyai iras aktor terkenal itu.
'Kami tidak bercinta - Ruhainies', Azrel menipu?
Isnin, 19 September 2016
Ruhainies menegaskan bahawa dia dan aktor Azrel Ismail tidak pernah menjalinkan hubungan cinta seperti dilaporkan media baru-baru ini.
Ruhainies juga tidak pernah mengakui tentang hubungan istimewa itu sebaliknya lebih selesa berkawan rapat dengan pemuda berkenaan.
Ruhainies juga tidak pernah mengakui tentang hubungan istimewa itu sebaliknya lebih selesa berkawan rapat dengan pemuda berkenaan.
"Saya tahu ada kenyataan bercanggah tentang hubungan kami dan secara jujurnya kami tidak bercinta pun seperti dikatakan namun sekiranya ditakdirkan ada jodoh di antara kami saya tidak menolak.
"Bagaimanapun saya menghormati dia sebagai kawan baik dan turut mendoakan agar dia bertemu dengan wanita yang sesuai dengannya,"
"Kami sebenarnya tidak pernah keluar bersama atas urusan peribadi atau sekadar melepak dan kebiasaannya bertemu di majlis-majlis hiburan.
"Pernah juga kami rancangan untuk berjumpa keluar makan tetapi sehingga hari ini tiada masa tambahan pula kami masing-masing sibuk dengan kerja," katanya kepada mStar Online
Azrel Ismail pelakon kacak terbaharu.. (6 gambar)
Jumaat, 10 Julai 2015

Pelakon baharu dalam drama Syurga Nur ini ialah Azrel Ismail. Dia terlebih dahulu menjadi model peragaan sebelum menjadi pelakon. Jom lihat gambar dia di bawah ini.









