Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Berita mengejutkan dari Faye Kusairi

Khamis, 28 September 2017

Faye Kusairi yang berkahwin dengan bekas suami Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta pada 9 April lalu mengumumkan dia kini telah berbadan dua. Usia kandungannya sudah hampir 3 bulan.
Faye Kusairi telah mengesahkan hamil 3 bulan. Perkara itu disedarinya selepas mengalami loya-loya dan kerap kali muntah serta hilang selera makan beberapa minggu lalu.

“Pada awalnya, saya hilang selera makan dan saya fikir inilah masa terbaik untuk saya menurunkan berat badan. Tapi beberapa minggu selepas itu saya muntah-muntah dan apa yang saya makan keluar balik. Bila saya buat ujian kehamilan, barulah saya faham kenapa saya kurang sihat”

“Boleh dikatakan simptom itu masih ada dan saya juga cuba hadkan aktiviti saya kerana kandungan ini masih baru,

“Suami dah tahu dan dia juga teruja untuk menantikan anak ini yang dijangka lahir sekitar April depan. Malah dia juga sering mengingatkan saya untuk memperlahankan aktiviti dan tidak lasak seperti selalu”

“Dia juga ada belikan saya buah-buahan untuk mengurangkan rasa loya. Apa yang boleh saya katakan dia banyak memberi sokongan moral sejak mengetahui saya hamil,” kata Faye

Sebab kenapa Faye Kusairi rancang nak hamil tahun depan

Jumaat, 26 Mei 2017


Faye Kusairi mengakui sejak bergelar isteri kepada pengarah drama, Azmi Hatta, dia lebih senang bersikap low profile daripada sebarang publisiti. Azmi juga dilihat agak terbuka berbicara soal perancangan memiliki cahaya mata.

"Alhamdulillah, kehidupan semuanya baik-baik saja. Soal cahaya mata, apa yang boleh saya katakan kami masih merancang ke arah itu, mungkin tahun depan!

"Ini kerana salah seorang anak abang (panggilan kepada suami) iaitu Aqif akan menghadapi peperiksaan penting tahun ini. Justeru saya mahu dia memberi tumpuan kepada pelajaran Aqif terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online.

Pun begitu kata Faye, dia dan suami tidak pula menolak seandainya rezeki anak hadir lebih awal dari apa yang dirancang kerana percaya pada ketentuan Allah.

Sekitar perkahwinan Faye Kusairi, Azmi Hatta (24 gambar HD)

Isnin, 10 April 2017

Faye Kusairi menipu? kini sah isteri Azmi Hatta

Ahad, 9 April 2017

Apalah nak jadi dengan Faye Kusairi ni, sebelum ni pada 30 Mac lalu, dia ada memuatnaik gambar kad di laman sosial miliknya, dan mendakwa kad itu adalah kad majlis hari jadi anak saudaranya.

Namun lain pula yang terjadi hari ini, Faye disahkan berkahwin dengan Azmi Hatta bekas suami Elly Mazlein di Taman Cempaka Jalan Ampang sebentar tadi sekitar jam 12 pm.

Menurut sumber Harian Metro yang turut berada di kawasan kediaman itu, Faye menerima mas kahwin RM300.

Sementara itu menerusi akaun Instagram rasmi kelab peminat Faye iaitu Fayekusairiloversklub turut memuat naik gambar perkahwinan pasangan ini.

Faye Kusairi, Azmi Hatta akhirnya akan berkahwin...

Ahad, 15 Januari 2017

Pelakon Faye Kusairi mengakui beliau dan kekasihnya, pengarah Azmi Hatta sudah merancang untuk menamatkan zaman bujang aka kahwin selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Kami ada merancang untuk berkahwin Insya-Allah tahun ini tapi bukan bulan Februari kerana jadual saya padat dengan tiga buah drama yang sedang menjalani penggambaran.

Susah nak cari masa saya dan dia (Azmi) yang betul-betul sesuai. Daripada segi persiapan pun kami tak buat apa-apa lagi kerana hari-hari sibuk buat persiapan penggambaran.

Apa juga keputusan untuk berkahwin adalah hal peribadi saya dan saya buat apa juga yang saya rasa ia membuatkan saya gembira dan bukan untuk orang lain gembira.
Faye sebelum ini menerima pelbagai kecaman daripada netizen yang menganggap beliau adalah punca keruntuhan rumah tangga Elly Mazlein dan Azmi Hatta.

Walaubagaimanapun, Faye enggan lagi memikirkan perkara berkenaan dan tidak risau sekiranya keputusan untuk berkahwin ini juga mungkin akan mengundang kritikan.

Azmi Hatta akhirnya jenguk anaknya dengan Elly Mazlein

Rabu, 7 Disember 2016

Krisis antara Elly Mazlein dan bekas suaminya, Azmi Hatta mungkin sudah berakhir apabila pengarah itu dilihat melawat anak mereka, Putri Sara Sefhia buat pertama kali, semalam.

Penyanyi dan pelakon itu, meluahkan rasa syukur menerusi akaun Instagram apabila ayah kepada bayinya yang kini berusia sembilan bulan melawat si kecil di kediamannya di Cyberjaya, semalam.
"Syukur, Sefhia tidak menangis walau pun terlalu lama tidak berjumpa dengan bapanya. Semoga lawatan ini berterusan demi masa depan anak," kongsinya.
Sementara itu, menerusi status sama, Elly yang menyandang gelaran ibu tunggal selepas melahirkan Sefhia pada 9 Mac lalu seakan memberi peringatan supaya bekas suaminya mengutamakan kepentingan bayi berkenaan.
"Bercinta tidak salah, asalkan hak anak jangan disia-siakan. Jangan dihalang apabila bapa ingin berjumpa dengan anaknya dan jangan asyik bercinta sampai lupa darah daging sendiri," katanya memetik BharianOnline.

Faye Kusairi gelar wartawan sebagai bodoh?

Jumaat, 21 Oktober 2016

Masih tiada kesudahan episod 'perang' diantara pihak Faye Kusairi = Azmi Hatta dengan Elly Mazlein. Terbaru Elly mendedahkan melalui Instagram miliknya dimana 'screenshot' Faye mendakwa wartawan dan media melaporkan berita sebagai bodoh.

Tindakan Faye dalam masa yang sama sebenarnya turut dilihat seperti mahu menutup periuk nasi sendiri kerana terlalu cepat melatah dengan apa yang terjadi.

Elly tumbuk, pukul dan terajang saya.. -Azmi Hatta (video)

Rabu, 19 Oktober 2016

Selepas tidak tahan dengan pelbagai tuduhan dibuat Elly Mazlein, pengarah drama Azmi Hatta akhirnya tampil mendedahkan penceraian dia dengan penyanyi itu kerana sikap cemburu Elly yang melampaui batas.

Azmi berkata, sikap tersebut juga membuatkan dia berubah hati terhadap pelakon wanita itu sehingga dia mengambil jalan untuk berpisah.

Elly Mazlein menang kes mahkamah isu nafkah, Azmi dikenakan....

Khamis, 13 Oktober 2016

Mahkamah Rendah Syariah Sepang semalam memerintahkan Azmi Mohd Hata yang juga bekas suami kepada Elly Mazlein membayar nafkah RM1,500 setiap bulan untuk bayi perempuannya, Putri Sara Sefhia, tujuh bulan.

Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan menetapkan perintah itu selepas Elly Mazlein selesai menjalani prosedur Sulh (perbincangan dalam kamar) dengan Azmi.

Mahkamah memerintahkan Azmi membayar nafkah RM1,500 setiap bulan kepada anak perempuannya secara terus di mana-mana Mahkamah Rendah Syariah di Selangor termasuk Sepang, Shah Alam, Ampang dan Hulu Langat berkuatkuasa hari ini.

Azmi turut diarahkan membayar nafkah persiapan Hari Raya berjumlah RM1,500 setiap tahun.

Dalam pada itu, Elly Mazlein ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau melahirkan rasa syukur kerana ia juga rezeki buat anak perempuannya.

Menurutnya, segala penderitaannya selama ini berbayar dengan keputusan dibuat mahkamah hari ini. -harianMetro

Tidak pernah lawat anak dakwa Elly, ini komen Azmi Hatta

Jumaat, 30 September 2016

Bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta enggan mengulas tentang dakwaan kononnya dia gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa selepas bercerai dengan penyanyi tersebut pada 15 Oktober lalu.

Azmi turut meminta agar sebarang kenyataan tentang perkara itu dirujuk sendiri kepada pihak Elly.
"Saya tiada apa-apa nak komen tentang perkara itu, apa-apa awak boleh bertanya kepada Elly sahaja.

"Doakan yang baik-baik sahaja okey," ujarnya ketika dihubungi mStar Online
Terdahulu pada Selasa, Elly Mazlein menerusi kenyataan pada sebuah akhbar memberitahu bekas suaminya tidak pernah melawat anak mereka Putri Sara Sefhia sejak dia dilahirkan enam bulan lalu.

Tambah Elly, pengarah tersebut tidak datang biarpun mahkamah memberi hak lawatan kepadanya seminggu sekali.

Azmi Hatta bersuara mengenai perceraiannya dengan Elly Mazlein

Selasa, 22 Mac 2016

Kisah penceraian Elly Mazlein dan pengarah Azmi Hatta baru baru ini mendapat perhatian ramai selepas pasangan itu mengakui sudah bercerai ketika si isteri masih dalam tempoh mengandung anak pertama mereka.

Ramai menyuarakan pendapat yang Azmi Hatta sebagai seorang lelaki yang tidak berhati perut untuk menceraikan Elly Mazlein dalam keadaan begitu walau apa jua alasan yang diberikan.

Bercakap kepada mStar Online hari ini, Azmi Hatta mendedahkan yang keputusan untuk berpisah dengan Elly Mazlein bukan sesuatu yang mudah dan terkilan dengan tuduhan orang ramai.
“Saya terkilan ramai pihak menunding jari kepada saya sebagai orang yang dipersalahkan dalam perpisahan ini. Hanya Allah mengetahui tentang ini dan saya yakin berada di pihak yang benar”

“Kami berpisah selepas mendapat khidmat nasihat beberapa pihak dan talak dijatuhkan di hadapan hakim ketika usia kandungan Elly berusia 5 bulan, secara warasnya memang saya tidak mahu berpisah”

“Saya bukan lelaki yang kejam untuk ceraikan dia pada waktu dia sedang hamil. Namun jodoh itu kuasa Allah,” ujarnya panjang lebar menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku antara mereka.
Azmi Hatta turut menafikan kenyataan Elly Mazlein sendiri baru baru ini yang mengaitkan seorang pelakon wanita bernama Faye Kusairi sebagai punca penceraian mereka berdua.