Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kereta Ferrari F430 milik Azlan The Typewriter (3 gambar)

Rabu, 4 Mac 2015

Dalam tak disangka, Azlan (The Typewriter) kini memiliki kereta berharga setengah juta Ringgit. Azlan difahamkan memiliki Ferrari model F430. Namun buat Azlan dia enggan menghebahkan lebih lanjut mengenai hal kereta ini kepada sesiapa.
“Ini personal… bahayanya soalan ini,” ujar Azlan.
Amboi, macam nak cuba melarikan diri saja. Ala… kalau betul itu adalah kereta Azlan apa salahnya, ye dak?

Azlan The Typewriter timang anak sulung

Sabtu, 31 Disember 2011

Dikhabarkan yang vokalis kumpulan The Typewriter, atau dikenali sebagai Azlan The Typewriter telah selamat menimang anak sulung beliau. Isterinya, Normala Hassan dikatakan selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta berhampiran. Nama dan berat bayi ini tidak dipastikan, namun tahniah kepada Azlan dan Normala. Mereka diijabkabulkan pada awal Januari 2011.

Azlan The Typewritter selamat diijab kabulkan

Isnin, 3 Januari 2011

Dengan sekali lafaz, vokalis kumpulan Azlan And the Typewritter atau bekas vokalis MUH, Norazlan Rosle atau Lan, 28, sah bergelar suami kepada Normala Hassan, 28, pukul 10 pagi, Sabtu, di Surau Al-Munir, Batu 14, Hulu Langat. Normala menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM11,700, sebagai simbolik tarikh lahir Normala iaitu pada 7 November 1982.

Pasangan yang mengenakan pakaian bewarna krim sedondon itu turut menerima dulang hantaran sebanyak lapan berbalas dengan lapan. Majlis resepsi yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman diadakan secara sederhana di Taman Pudu Ulu, Cheras.

Lan dan Normala telah bertunang pada Julai 2009 dan sepatutnya mereka dijadualkan bernikah pada November 2010. Disebabkan penundaan itu, Lan digosipkan bahawsanya dirinya dan Normala sudah putus tunang. -mStar

Lan Ex-MUH Lancar Single Album

Selasa, 25 Ogos 2009

Lan yang merupakan bekas vokalis kumpulan MUH makin 'garang' ditempat lain, apabila belum ada setahun jagung di band baru, Azlan & The Typewriter sudah membuat album single terbaru mereka. Mungkin ini lah rezeki Lan berhijrah ke satu tempat ke tempat yang lain. Gambar Lan pun sempat diambil ketika majlis pelancaran single pertama dorang yang bertajuk 'Kelibat Si Penyair' yang berlangsung di Uncle Chilli's, Hotel PJ Hilton pada 20 Ogos 2009 kelmarin.