Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Punca meninggal dunia anak angkat ke-2 Azharina (video)

Rabu, 29 Mac 2017


Anak angkat kedua penyanyi Azharina Azhar iaitu Rizqie Azharin Azhar yang menghidap komplikasi pelbagai penyakit gagal diselamatkan dan meninggal dunia pada Selasa.

Adik Rizqie Azharin yang berusia hampir sebulan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya kira-kira pukul 10.30 pagi.



Kanak-kanak itu dimasukkan di hospital berkenaan pada malam Ahad lalu selepas diserang demam panas dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana keadaannya kritikal.

Azharina berkata, anak angkatnya itu mengalami pendarahan otak dan kerosakan pada kedua-dua buah pinggang.

Jenazah kanak-kanak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 14 Puchong dekat sini selepas solat Asar pada Selasa.

Selain Rizkie, Azharina turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Rahmat Azharin Azhar Abdullah yang kini berusia 3 tahun.

Azharina Azhar selamat 'melahirkan' anak ke-2 (gambar)

Selasa, 14 Mac 2017

Baru-baru ini Azharina Azhar, telah selamat 'melahirkan' anak ke-2 dengan berjantina lelaki hasil pemberian seseorang yang melahirkan anak berkenaan pada tarikh 5 Mac yang lalu. Azharina juga turut berkongsi gambar dan status di Instagram miliknya selepas menerima anak berkenaan.

Azharina Azhar seorang lesbian? (PANAS)

Rabu, 27 Mei 2015

Dengarnya ada ura-ura mengatakan yang penyanyi, Azharina Azhar seorang lesbian, isu ini timbul apabila dia kelihatan berjalan agak mesra dengan seorang wanita berambut pendek.

Namun Azharina yang memetik portal Murai, menafikan sekeras-kerasnya hal itu dan memberitahu wanita berkenaan merupakan adik kandungnya sendiri
"Dari dulu lagi orang bercakap buruk mengenai saya. Ada yang katakan saya dibela lelaki kaya selepas bercerai, ada pula yang menuding jari menuduh saya seorang lesbian apabila saya berjalan mesra berdua bersama seorang wanita berambut pendek sedangkan wanita itu adalah adik saya sendiri.

"Perkara ini membuatkan keluarga saya terkesan dengan kata-kata negatif yang dilemparkan oleh pihak tak bertanggungjawab. Namun begitu, keluarga saya tahu siapa saya sebenarnya," jelas Azharina

Azharina Diugut Bekas Suami Cerai Talak 3!

Rabu, 2 Oktober 2013

Siapa tidak kenal dengan Azharina. Walaupun sudah lama bercerai dengan suaminya tanpa adanya zuriat yang lahir, tapi kisah sebenar krisis rumahatangganya itu tidak didedahkan sepenuhnya oleh Azharina.

Malah terbaru sisipan Bharian semalam memberitahu yang Azharina kini benar-benar single dan membongkar kisah cerainya.

Gambar Azharina Azhar Yang Terkini

Selasa, 21 Mei 2013


Dah lama tak post gambar penyanyi, Azharina Azhar. Last post pun awal tahun 2010. Sekarang dah 3 tahun. Tip top Azharina kini dah banyak berubah dari fesyen rambutnya yang pelbagai. Lihat lah sahaja gambar dibawah ni, membuatkan anda terbeliak dengan fesyenr rambutnya.




Gambar terbaru Azharina Azhar

Selasa, 2 Februari 2010

Azharina Azhar nie memang artis muda yang terkenal dek penampilannya yang seksi selepas bercerai dengan Datuk S. Usia Azharina Azhar masih lagi muda, tapi orang beranggapan bentuk badannya seakan-akan orang yang dah berumur. Mungkin itu anugerah Tuhan kepada dirinya. Cuma Azharina Azhar yang berstatus janda ini masih lagi mencari jalan untuk memperbaiki diri dan seterusnya mencari calon suami yang baru. Azharina Azhar masih lagi bertenaga dan power bila bernyanyi.

Azharina jual program dokumentari?

Isnin, 4 Januari 2010

Dengar cerita, penyanyi montok Azharina yang sudah memiliki syarikat produksi sejak beberapa tahun lalu kini makin ligat dalam bidang terbit menerbit ini. Tapi Azharina belum terbitkan drama lagi, sebaliknya dia ligat terbitkan dokumentari dan program berbentuk majalah televisyen. Khabarnya, Azharina akan menjual program dokumentarinya kepada saluran Asia, sesuai dengan program terbitannya, Asia Ekstra. Asia Ekstra menceritakan tentang destinasi-destinasi menarik di seluruh Asia.

Azharina Kahwin Lagi Dengan Datuk?

Khamis, 23 April 2009

Azharina yang mesra dengan panggilan Nina ini dikatakan telah pun berkahwin lagi dengan seorang lelaki yang juga berpangkat Datuk dan turut berasal dari Kelantan, sama seperti bekas suaminya dulu (usahawan Datuk Shukri Mohamed kira-kira tiga tahun lalu).
Diajukan pertanyaan tentang perkara itu, Nina dalam reaksi terkejut akui tidak menyangka kisah seperti itu sekali lagi kembali menyelubungi dirinya.
"Kekasih pun saya tak ada buat masa ini, jadi macam mana pula saya boleh kahwin? Saya sebenarnya pelik bagaimana cerita seperti ini boleh timbul.
"Macam-macam sebenarnya orang bercakap tentang saya...ada yang kata saya sudah berkahwin dengan jejaka Filipina lah, sudah bertunang lah...banyak betul ceritanya.

"Saya bukan milik mana-mana lelaki sekarang ini. Apatah lagi dengan jadual kerja saya yang cukup padat, saya tidak ada masa untuk fikir tentang perkara seperti ini. Henti-hentikanlah membuat cerita seperti ini," kata Nina yang ditemui pada acara Minggu Setiausaha di Hotel Istana, semalam (22/4).
Ketika ini, ujar Nina, dia lebih senang memikirkan tentang karier saja serta pada masa yang sama memberikan tumpuan terhadap syarikat miliknya, Top 3 Production Sdn Bhd dan Azharina Entertainment.

Dia sempat ditemubual di dalam majlis Minggu Setiausaha yang berlangsung di Hotel Istana. Selepas menyanyikan persembahan dan juga nyayiannya bertajuk, Rawan dan Rasa (22/4).

-mStar

Fesyen Baju Azharina Yang Ganjil

Selasa, 31 Mac 2009

Peredaran zaman sekarang makin hari makin berubah tidak kira dari pelbagai sudut. Termasuk juga pemakaian. Fesyen yang dibawa oleh Azharina ni nampaknya seperti ganjil sedikit tak pun banyak kot. Fesyen seperti baju mengandung, tapi Azharina dah lama menjanda menjadi IT. Tambahan lagi sepertinya juga tidak sesuai kerana Azharina tidak kelihatan tinggi. Lain lagi tue, Masyallah, sekali makeup tebal da. Tak caya? cuba tengok gambar ni. Ahaks.

Hajjah Yuni Shara & Cik Azharina Seksi

Isnin, 30 Mac 2009

Gambar ni adalah 2 aksi ibu tunggal atau mak janda yang masih hot lagi walaupun ditinggalkan suami. Si Azharina tue memang terkenal dengan aksi seksinya, almaklumlah dah memang berbakat jadi seorang model. Tapi yang menyedihkan seorang artis lagi nie dari Indonesia, mak janda yang begelar Hajjah ni selepas kepulangannya pada akhir Disember 2007, Masyallah, sekali terlebih seksi dah.. Tak Caya? jom tengok ni.