Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Azwan Ali lahar Azhar Sulaiman pula..

Jumaat, 3 Julai 2015

Selepas kes Menate beberapa hari lalu, kini Azwan Ali melahar seorang lagi selebriti tempatan iaitu Azhar Sulaiman. Sebelum ini Azhar ada menegur sikap Azwan yang keterlaluan di media sosial.

Namun, Azwan sepertinya tidak berpuas hati dengan teguran Azhar itu. Dan ini pesanan Azwan kepada Azhar.
Kepada Azhar Sulaiman, saya bukan tak boleh dengar nasihat, pada saya, saya tak pernah ketuk pun pintu rumah dia. Apa masalah dia?

Kau siapa nak nasihat aku, respect aku sikit. I got all my reason doing such. Jadi, kepada Azhar Sulaiman dan mana-mana artis yang nak interframe, its a shame, kerana awak yang menjolok sarang tebuan.

Kau siapa nak nasihat Azwan Ali, kau bukan Aaron Aziz, bukan Datuk Aznil. Level meraka yang nak tegur saya adalah level seperti itu, siapa Azhar Sulaiman?

Biadap!

Anak Azhar Sulaiman ditampar guru 10 kali!

Rabu, 25 Jun 2014

Pelakon, Azhar Sulaiman mendakwa anak lelakinya, Andhika Rees Pahamin telah ditampar oleh guru sekolah sebanyak 10 kali di dalam laman sosial miliknya. Agak keterlaluan bila seorang guru menampar sebanyak 10 kali, sekali sudah memadai jika melakukan kesalahan oleh seorang pelajar.

Azhar Sulaiman telah membuat laporan polis berkaitan dengan hal yang terjadi itu.

Gambar anak-anak Azhar Sulaiman

Khamis, 17 April 2014

Pelakon Azhar Sulaiman yang kini sudah berusia 42 tahun siapa yang menyangka dia mempunyai 3 cahayamata yang cantik dan kacak hasil perkahwinannya dengan Chempaka Emalin.

3 orang cahaya matanya kini suda cukup besar aka remaja. Anak-anaknya bernama Kasih Leia Ixora (gambar sukan ais), Andika Rees Pahamin (gambar dengan Iris) dan Kasih Iris Leona (gambar dengan Azhar Sulaiman).

Facebook Azhar Sulaiman digodam Cyber Troopers!

Khamis, 2 Mei 2013


Alahai kecian sungguh melihat raut wajah pelakon Azhar Sulaiman yang ditemui ketika membuat laporan polis berkaitan ada orang mengondam laman fan page Facebooknya gara-gara menyokong parti kerajaan, Barisan Nasional (BN).

Yang lebih parah lagi, pengondam yang bergelar 'Cyber Troopers' merupakan orang yang didakwa kepada pro pembangkang.
“Saya menerima cacian dan maki hamun melalui Facebook selain akaun itu turut digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga ia tidak lagi boleh berfungsi,

“Saya tidak bermaksud untuk mencari populariti tetapi saya mahu Barisan Nasional kekal memerintah,” -Azhar. mStar.

Azhar Sulaiman - Saya Sudah Murtad!

Khamis, 22 November 2012

Pelakon Azhar Sulaiman mencetuskan kontroversi mengenai bab agama dan politik apabila dia mendakwa dirinya murtad kerana memilih parti politik tertentu.

Kenyataan Azhar ini dibuat melalui laman sosial Facebook-nya baru-baru ini, ekoran daripada kenyataan ahli politik tertentu mengenai bab berkaitan di akhbar tempatan.

Azhar yang dihubungi mengesahkan ianya ditulis oleh dirinya sendiri, dan ianya hanyalah isu biasa dan mahu melihat pandangan orang terhadap isu yang disampaikan oleh dirinya,



Gambar Tiz Zaqyah Semakin Cantik

Jumaat, 23 September 2011

Lama sudah kita mendengar khbar berita daripada pelakon cantik, Tiz Zaqyah ni kan. Ha kali ni peminat dia pasti tak sabar-sabar nak nantikan lakonannya semula. Drama Soffiya yang sudah keudara bermula Rabu lalu jam 7 di TV3 merupakan satu permulaan yang penting untuk peminat-peminat slot Akasia. Drama ni ramai dibarisi pelakon hebat seperti Fizo, Azhar, Izara Aishah dan lain-lain lagi. Nak tahu ianya best? lihat Akasia malam minggu depan erk, malam ni xde.. haha.

[via]

nakalnya pelakon Azhar Sulaiman

Isnin, 18 April 2011

Usha dalam Facebook milik pelakon, Azhar Sulaiman baru-baru ni, kejut jah ada lah gambar-gambar yang mungkin boleh dianggap menarik. Azhar Sulaiman pun tak privatekan album-album dia di Facebook tu. Nak tahu apa yang menarik? tengoklah sendiri. Ada dua gambar yang memungkinkan uall rasa menarik. Nakal juga Azhar Sulaiman ni yer. Kekeke.