Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kereta mewah milik Aiman Tino? (video)

Isnin, 17 April 2017

Penyanyi muda kegilaan ramai wanita muda diluar sana, Aiman Tino membuat kejutan apabila tampil dengan dikhabarkan memiliki kereta mewah berjenama Audi.

Memang ramai yang berkesempatan mengambil gambar kereta berkenaan dengan Aiman yang sendiri turun dari kereta berkenaan.

Masyuk lah kalau macam itu.

Aiman Tino bakal miliki kereta Audi R8 RM1 juta!

Khamis, 9 Mac 2017

Aiman Tino bakal menerima kereta Audi R8 berharga kira-kira RM1 juta sebagai pembakar semangat daripada syarikat Wonder Glow di atas kerjasama strategik mereka menghasilkan produk kecantikan untuk remaja, Sweet Aiman.

Katanya, pemberian kenderaan mewah terbabit dianggap sebagai jentera pemangkin untuk bergerak ke seluruh negara bagi mempromosi dan memperkasakan jenama barangannya sendiri.
"Sudah tentu saya teruja. Pada masa sama terharu dengan kepercayaan pengurusan Wonder Glow yang menaruh keyakinan tinggi terhadap nama Aiman hingga sedia menyerahkan Audi R8 sebagai tanda usaha sama ini," kata Aimana selepas pelancaran Aiman Sweet semalam.
Bagaimanapun, pihak pengurusan syarikat menyediakan khidmat pemandu buat sementara waktu hingga penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu mengambil lesen penuh dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif Wonder Glow, Datuk Ryzal Jamaludin, berkata Aiman dan syarikat pengurusan penyanyi muda itu tidak mengetahui mengenai pemberian kenderaan berkenaan.
"Ketika memeterai perjanjian awal, memang tiada disebut pun soal kenderaan mewah. Sebagai mentornya, saya nampak kesungguhan Aiman dan beliau juga dilihat sebagai ikon remaja.

"Penggunaan kenderaan ini secara tidak langsung menyuntik semangat anak muda lain untuk bergiat cergas dalam perniagaan.

"Sebenarnya, sejak syarikat pengeluar barangan kecantikan dan kesihatan ini beroperasi, kira-kira enam tahun lalu, kami pernah menyerahkan beberapa kenderaan mewah lain kepada jutawan kami, termasuk Lamborghini," kata Datuk Ryzal memetik BharianOnline.

Alyah langgar kereta Audi Ramli!

Isnin, 19 Januari 2015

Belum redah lagi keadaan rumahtangga Alyah dengan suaminya, Datuk Ramli MS yang difahamkan sebelum ini Ramli telah menikahi lagi seorang wanita tanpa pengetahuan Alyah.

Dengan rasa masih kurang stabil, memetik laporan Harian Metro, Alyah difahamkan juga telah melanggar kereta milik suaminya itu dihadapan rumah mereka. Ini mengakibatkan Alyah terpaksa membayar tanggungan kos pembaikan semula kereta berkenaan dengan anggaran RM1000.
“Memang saya buat sebab masa itu saya sudah hilang kawalan. Kalau terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi pada hari itu mungkin habis benda lain pun saya langgar. Tapi perkara itu pun sudah lepas. Apa sebab sebenar biarlah kami berdua saja yang tahu,” -Alyah

Shaheizy Sam kena saman!

Khamis, 18 Disember 2014

Kasihan Shaheizy Sam, pelakon kesukaan ramai ini sebenarnya tidak lari dari undang-undang, apabila dia disaman oleh Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) akibat nombor pendaftaran kereta mewahnya, Audi A5, MCM 1774 tidak mengikuti spesikasi yang ditetapkan oleh JPJ.
“Sebenarnya tak penting pun nak bercakap tentang hal ini sebab orang lain pun kena saman juga. Cuma saya nak beritahu bahawa jangan ingat selebriti boleh terlepas daripada sebarang tindakan. Orang kata artis senang terlepas kalau kena saman. Bagi saya salah tetap salah dan tiada ‘double standard’ diberi kepada selebriti,”

“Kereta tu atas nama saya dan ia menjadi tanggungjawab saya untuk selesaikan hal ini. Memanglah ibu saya ada bising minta saya tukar nombor pendaftaran secepat mungkin. Tapi saya belum sempat. Nanti ada masa saya akan tukar,” -Sam
Kereta Audi itu juga merupakan hadiah Sam kepada ibunya, Khaty Fauziah memetik portal GUA. Takpela, berapa sangat la saman tu kalau dikenakan kat Sam, hek hek.

Gayatri belikan kereta Maserati untuk Zul?

Selasa, 28 Oktober 2014

Gosip yang melanda Zul Ariffin tidak pernah putus-putus. Terbaru dengarnya dia ditaja oleh kekasihnya, Gayatri Su Lin Pillai. Ini berlaku apabila Gaya dikatakan di membeli kereta mewah berjenama Maserati beberapa hari lalu dan memuatnaik gambar kereta berkenaan di laman sosial miliknya.

Namun memetik portal mStar, Zul menafikan perkara ini dimana kereta itu dibeli untuknya.
"Semua yang saya miliki sekarang adalah hasil titik peluh saya malah pakaian untuk penggambaran pun saya beli sendiri dan isu ditaja oleh Gayatri tidak timbul kerana saya tidak pernah mengharapkan sebarang 'tajaan' daripada sesiapa pun.

"Kereta Maserati yang didakwa dia belikan untuk saya tidak benar dan lebih baik dia beli untuk dirinya sendiri sebab dia yang minat kereta itu," -Zul
Biarpun sudah mempunyai kereta mewah Audi, namun dia tetap menggunakan kereta Perodua MyVi untuk ke lokasi penggambaran kerana ia lebih fleksible dan menjimatkan minyak.

Kereta mewah Audi miliki Fizo terlibat kemalangan!

Ahad, 27 Julai 2014

Dengarnya kereta mewah milik Fizo Omar berjenama Audi terlibat dengans satu kemalangan kecil yang berlaku baru-baru ini.

Saksi melihat kerta itu remuk di sekitar jalan di Kuala Krai Kelantan lalu mengambil gambar kereta berkenaan secara live.

Difahamkan lagi, kereta berkenaan dipandu laju ketika cuba memotong kereta lain sebelum berlanggar.

Akui Fizo, dia dan isterinya, Mawar tidak menaiki kereta berkenaan namun selamat sampai ke Kota Bharu dengan kereta lain.

Kereta berkenaan dinaiki oleh ahli keluarga Fizo.

Bukan BMW X6 tapi Audi R8 - Ammar

Jumaat, 11 April 2014

Bila kisah BMW X6 berharga RM300,000 itu mengarut oleh anak Rozita Che Wan, Ammar Effendy baru-baru ini, namun dia menyatakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta lebih mewah daripada itu, iaitu memilih Audi R8 sekitar RM600,000 yang lebih sporty dan muda disamping pilihan lainnya, BMW M3 atau Mercedes A45.
"Hahaha... Bukan BMW X6 lah, tetapi kereta lain. Ammar rasa nak tergelak jer bila gosip itu timbul kerana itu kereta untuk ‘orang tua’.

"Memang benar mommy nak belikan kereta untuk saya. Tetapi kereta sport la, baru macho,"

"Pada Rabu (semalam) saya telah ke kedai kereta melihat mana-mana yang diminati dan setakat ini Audi R8 antara yang saya sukai.

"Tak tahu lah pula kereta apa mommy nak belikan. Berbaloi juga belajar siang malam. Kalau keputusan lebih cemerlang, entah-entah mommy nak belikan Lamborghini atau Ferrari," -Ammar petikan mStar

Kereta Mewah Tasha Shila Dah Berubah?

Rabu, 13 Mac 2013


Dahulu kereta yang bernombor pendaftaran TAS114 telah kelihatan di sebuah kereta mewah, Audi. Namun kini nombor plat yang didakwa dari Forum Cari milik pelakon, Tasha Shila ini beralih kepada sebuah kereta Honda.

Tidak dipastikan kemana kereta mewah Audi berkenaan, adakah sudah bertukar milik nombor pendaftaran lain ataupun kereta Audi itu dijual kerana tidak mampu membayar 'CCM' yang tinggi?

Tidak dapat dipastikan. Wallahualam.

gambar diambil terdahulu

gambar yang diambil sekarang

Khairul Fahmi Terlibat Kemalangan Kereta

Isnin, 27 Ogos 2012

Baru-baru ni digemparkan dengan satu kemalangan yang melibatkan kereta milik penjaga gol Malaysia dan juga Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali lagi dengan nama Apek. Kereta Audi yang dipandu Apek terlibat kemalangan dengan sebuah kereta Myvi ketika hendak keluar dari simpang di Kampung Badak, Bachok pada pukul 11 malam.

Difahamkan lagi Apek mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya kerana kemalangan itu berlaku tepat di bahagian pintu kanan kenderaan milik Apek. Lihatlah kereta Audi, tak berapa remuk dihentam MyVi, siapa salah disini, biar polis yang settelkannya. hehe.

Tasha Shila pakai kereta AUDI?

Jumaat, 13 Julai 2012

Kaya juga Tasha Shilla ni kan, tak sangka tip top dia pakai kereta buatan Eropah AUDI, ini adalah dakwaan melalui Gosip Cari yang terserempak dengan kereta kononya milik Tasha. Kereta AUDI yang dimaksudkan itu adalah ni bermodelkan Audi a5 cabriolet s line dengan nombor plat pendaftaran TASH4 yang diamik photonya oleh seseorang yang lalu dihadapan sebuah kedai.

Kalau betul ini kereta Tasha, baguslah, kami pon tumpang gembira kalau lalu berdekatan kereta ni, orang cantik dengan kereta bergaya ni, pasti lebih cocok. Kalau tidak silap, admin buat research, harga kereta ni kalau tengok di Mudah.my harga hampir RM270,000! (Zizan RL sahaja pakai EVO 10, harga RM120,000, ko mampu jah~)

Awal Ashaari hadiahkan Scha kereta RM300k?

Isnin, 11 April 2011

Kata wartawan dalam akhbar Kosmo mengatakan baru-baru ini Awal Ashaari menghadiahkan sebuah kereta mewah Audi Q5 yang berharga lebih RM300,000 kepada kekasih hatinya, Scha al Yahya. Bukan setakat itu, dengarnya nombor plat kereta berkenaan, WSC4 juga dipilih sebagai tanda betapa istimewa hadiah itu untuk orang yang tersayang. Masih lagi menjadi tanda tanya, untuk apakah tujuan hadiah itu erk? untuk suka-suka kepada orang tersayang atau sebuah hadiah pertunangan.

Haiya, tak kisahlah apa-apa hadiah pun, janji ianya tak membazir. Dan harap hubungan antara Scha al Yahya dan Awal berkekalan hingga ke jinjang pelamin nanti. :)