Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Lana Nordin kini berbadan dua.. Tahniah!

Ahad, 4 Oktober 2015

Tahniah kepada pelakon Lana Nodin yang kini disahkan hamil. Lana memberitahu yang dia kini sedang mengikuti suaminya, David di luar negara untuk bertugas namun ingin bersalin di Kuala Lumpur jika tiada halangan.
“Alhamdulillah, kami dikurniakan rezeki awal. Ikut perancangan kami mahukan anak selepas dua tahun berkahwin, tapi itu semua ketentuan Allah SWT dan kami bersyukur. Jika difikir balik, semua itu ada hikmah kerana usia kami bukannya muda lagi”

“Sekiranya dua tahun dari sekarang baru nak dapat anak, saya rasa agak lambat juga. Apatah lagi saya mahukan empat anak,” jelas Lana memetik portal Harian Metro.

Siti Nurhaliza, Lee Chong Wei makan bersama di Dinner In the Sky (7 gambar)

Selasa, 4 Ogos 2015

Baru-baru ini Datuk Lee Chong Wei dan Dato' Siti Nurhaliza serta suaminya turut makan bersama di Dinner In the Sky di Menara Kuala Lumpur.

Agak-agak korang berapa lah makan kat sini kan. Sure beribu juga satu kepala dikira ni. Vip je yang mungkin alami pengalaman paling manis seperti ini.

Bagi kaki gayat, memang tak kesampaian lah kot, dah transparent kat bawah dia tu ha. Kalau nak buang air besar, ha yang tu tengah fikir macamana nak settle. haha -gambar FB Lee Chong Wei

Mahali Atau Hans Yang Akan Pinang Tasha Shila?

Jumaat, 6 Disember 2013

Tasha Shila yang pernah dikaitkan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli, kini Tasha sedang dikaitkan menjalinkan hubungan dengan jejaka bernama Hans yang juga peninjau Muay Thai. Rasanya anda sudah pernah melihat gambarnya sebelum ini kan.

Tapi kali ini, Tasha memang akui yang dia dengan Hans baru berkenalan dan hanya sebagai kawan sahaja. Dan hubungan dengan Mahali juga masih utuh seperti biasa.
"Saya dengan dia baru berkawan. Baru tiga bulan kami kenal. Saya diperkenalkan pada Hans oleh seorang teman kami, di satu majlis. Hans ni seorang yang pemalu. Walaupun dia berketurunan Cina, saya tak kekok berkawan dengan dia sebab saya dah biasa. Lagipun saya ada kawan-kawan saya dikalangan bangsa Cina juga bangsa lain.

"Walaupun saya kawan dengan Hans, saya juga masih kawan baik lagi dengan Mahali. Secara kebetulan kedua-duanya atlit.

"Sekarang ni belum masa lagi untuk bercinta, kalau betul nak cinta tunggu lah dua lelaki ni masuk meminang dulu. Lepas tu baru lah saya beritahu orang yang saya sedang bercinta (gelak)", -Tasha.

Kekasih Baru Tasha Shila?

Jumaat, 29 November 2013

Dahulu Tasha Shila pernah digosipkan kepada seorang pemain bola sepak tempatan, namun gosip itu sepertinya sudah layu dan hilang begitu sahaja.

Namun ada yang berpendapat Tasha kini rapat dengan seorang Peninju Muay Thai yang tidak dikenali namanya.

Gambar Tasha dengan peninju itu juga dimuat naik di dalam laman sosial Instagram miliknya. Kalau betul, baguslah kan, :)

30 Gambar Pekahwinan Lee Chong Wei, Wong Mew Choo

Ahad, 11 November 2012

Majlis Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo telah berlangsung pada 9 November 2012. Majlis Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo ini berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kira-kira 1,000 tetamu kenamaan yang hadir ke majlis ini. Turut berangkat, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah serta peminat no. 1 Negara yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beregu badminton No. 1 negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong antara 6 sahabat yang dipilih Chong Wei membentuk pasukan pengiring pengantin lelaki.

Empat lagi adalah 2 bintang badminton, Gan Teik Chai dan Khoo Chung Chiat selain 2 sahabat karibnya, Yap Khean Boon dan Sunny Ang. Di sebelah pengantin perempuan, Mew Choo juga membariskan 6 pengapit terdiri daripada sahabatnya.

Untuk rekod, pasangan Chong Wei dan Mew Choo, yang sudah menjalin hubungan cinta sejak 11 tahun lalu akan mengadakan majlis resepsi kedua mereka di KLCC 10 November 2012. -sumber

Gambar Pra-Wedding Datuk Lee Chong Wei, Wong Mew Choo

Rabu, 24 Oktober 2012

Pemain badminton nombor satu dunia dan juga atlet nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei (LCW) seperti sedia maklum bakal mengahwini kekasihnya yang juga pemain badminton wanita negara, Wong Mew Choo pada 10 November akan datang.

Namun kedua-dua pasangan ini sudah pun pergi membuat sesi photographer pra-perkahwinan mereka dengan penuh colorful. -gambar facebook.com/LeeChongWeiOfficialFansClub


Gambar Resepsi Datuk Malek Noor

Selasa, 13 Mac 2012

Baru beberapa jam yang lalu terpampang gambar pernikahan Datuk Malek Noor dan juga isterinya, Dr Wan Asma, kini korang boleh melihat majlis resepsi mereka yang diadakan pada hari yang sama namun disebalah malam diadakan di hotel Renaisance Kota Bahru Kelantan, dikhabarkan Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz juga berkesempatan menghadiri majlis berkenaan. Gambar ini ekslusif dikirimkan oleh jurufoto, HAFIZ SEVEN, JIHAN MEGHAA ISMAIL, AYIE NAZRI DAN FAKHRUL HAQIM melalui laman web mereka di thehuruhara.com | hafiz7.com