Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar resepi Atilia, Adam (9 gambar)

Isnin, 1 Disember 2014

Tahniah kepada penyanyi, Atilia yang sudah bergelar isteri yang sah kepada Adam Sofian 3 bulan yang lalu. Mereka baru-baru ini diraihkan untuk satu majlis resespi di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM

Tetamu yang hadir mencecah 800 orang termasuk rakan-rakan, keluarga dan tetamu kehormat. -Bharian | @atiliaharon


Rico Rinadli pegang akui pengang anjing..

Selasa, 21 Oktober 2014

Isu pegang anjing memang hot buat masa ini buat kalangan orang Islam di Malaysia. Soal agama memang admin tak pro sikit, tapi pakai otak yang waras, anjing memang tak boleh sentuh lah ah kalau nak sentuh kena ada sebab yang diharuskan, kalau ada anjing pun, pasti kena 'suh-suh' je tu. Pasal admin pun ada dendam sikit kat anjing ni, dulu sekolah rendah kena kejar anjing je selalu, dah lah besar bapok tu anjing, ntah apa salah admin masa kecil kena kejar, tu kalau kena gigit, memang nak kena lah anjing tu kelak dengan ketrurunannya. keh keh.

Berbalik soal tajuk, ni ha nak beritahu seorang pereka fesyen terkenal, Rico Rinadli (seorang muslim). Dia difahamkan telah memuatnaik gambar dimana dia dia memegang seekor anjing ketika berkunjung ke rumah penyanyi Atilia Haron.

Namun isu pegang oleh Rico menjadi perhatian ramai, bahkan ada yang mengecam tindakan Rico itu. Menurut portal Murai, Rico akui yang dia memang memegangnya tapi anjing itu..

26 Gambar photography pernikahan Atilia, Adam

Jumaat, 5 September 2014

Atilia yang sah menjadi isteri kepada Adam pada 31 Ogos lalu kini sudah bersedia menunjukkan gambar perkahwinan rasmi mereka yang ditunggu-tunggu oleh peminatnya. Jom layan. -gambar REDphotography Facebook

Sekitar pernikahan Atilia, Adam (13 Gambar)

Selasa, 2 September 2014

Tahniah kepada penyanyi, Atilia yang bernikah kali ke-2 selepas 7 tahun hidup berseorangan. Atilia selamat bergelar isteri kepada Adam Sofian Mazlan di Saujana Golf & Country Club, di sini 11 pagi 31 Ogos lalu.

Majlis perkahwinannya itu dijalankan tertutup dan kawan-kawan dan keluarga terdekat sahaja dijemput. Atilia menerima 9 dulang dengan 11 untuk Adam.

Difahamkan mereka sudah berkenalan sejak 6 tahun yang lalu, dimana Adam merupakan seorang sound engineering dengan mempunyai syarikatnya sendiri.

Adibah Noor, Sazzy Falak, Dynas Mokhtar, Daphne Iking dan Yasmin Hani turut hadir. -sumber Bharian | gambar Instagram Atilia Haron, Yasmin Hani Richardson, Daphne Iking

Atilia ambil anak angkat Negeria

Isnin, 17 Mac 2014

Bukan Atilia kahwin senyap dengan warga Afrika jika anda ternampak dia berjalan-jalan dengan seorang kanak-kanak berkulit gelap. Tapi sebenarnya Atilia mengambil anak angkat yang berasal daripada negara Negeria.

Anak angkat yang dipertemukan 6 bulan yang lalu itu menjadikan Atilia sangat sayang akan Ayo @Fatimah.

yang menarik mengenai Ayo, dia boleh memberikan ekspresi wajah yang berbeza serta sikapnya yang peramah dengan sesiapa.

Atilia juga kerap membawa Ayo kemana sahaja selepas Ayo selesai sesi persekolahan hariannya, dan ini menunjukkan kemesraan mereka berdua.

Baru-baru ini, pada 13 Mac yang lalu, Atilia sempat bertemu dan memberikan hadiah sempena harijadinya.
“Saya mula mengenali Ayo sejak enam bulan lalu kerana kedai tempat ibunya bekerja hanya di bawah tempat tinggal saya.

“Selepas kerap berjumpa dan mengetahui dia keseorangan kerana ibunya sibuk bekerja, hubungan kami semakin rapat dan saya memilih untuk menjadikannya sebagai anak angkat saya sejak itu itu,”

“Pada awalnya agak kekok kerana saya sendiri tidak mempunyai pengalaman menjaga kanak-kanak, tapi lama kelamaan keadaan semakin baik.

“Malah ibunya tidak pernah berkecil hati apabila saya menegur Ayo sekiranya dia membuat kesilapan. Sedikit demi sedikit juga saya mengajar Ayo budaya kita seperti mencium tangan apabila bersalaman dengan seseorang,” -Atilia. petikan portal Murai

Kereta Atilia masuk longkang!

Rabu, 28 September 2011

Alamak biar betul kereta Toyota Wish kepunyaan Atilia ni. Siap masuk/goal dalam longkang pula tu. Mak ai, ni kalau tak tertekan minyak lebih taklah sampai masuk ke situ kot. Takpe la, nasib depan jerk yang terguris, nanti boleh repair la tu. Hehe. Atilia lain kali hati-hati lah, anggaplah kereta tue sebagai kekasih hati kita juga. :)

Bila selebriti jual pakaian

Sabtu, 30 April 2011

Aik selebriti ni dah tak de duit dah ke, sampai nak jual pakaian t-shirt lagi tue. Mereka ni terdiri daripada Yasmin Hani, Lisa Surihani, Atilia dan Aishah Sinclair. Memang artis yang tidak asing lagi. Dah nama popular mesti banyak duit kan, tak kan nak jual T-shirt lagi. Haha. Tidaklah, mereka jual baju ni untuk membantu mangsa-mangsa Tsunami kat Jepun tue ha, harga T-shirt tue cuma RM50, sambil beli sambil sedekah. Ha, beli jangan tak beli, kalau boleh nak tandatangan artis tue lagi. hehe.


-Beli di SINI-

Gambar Atilia dalam Harian Metro

Rabu, 24 November 2010

Gambar yang diambil daripada Harian Metro edisi 21 November 2010 semamngnya agak 'panas' sikit isi didalamnya. 'Panas' apa tu? memang orang yang beli 'paper' itu sahaja yang boleh melihat dengan awalnya. Tapi itulah hakikatnya, gambar Atilia (anak penyanyi senior, Salamiah Hassan)yang cukup seksi. Mungkin inilah fesyen yang mungkin sesuai untuk Atilia. Tidak dinafikan jika semakin lama Atilia makin seksi ditambah dengan gelaranya yang pernah bergelar isteri satu masa dahulu.

Promosi Konsert Malam Nada Biru

Rabu, 29 Julai 2009

Artis sekarang suseh mo cari makan, jadi jalan alternatif lain adalah dengan mengadakan konsert, tak kisah lah konsert berkonsep apa yang dianjurkan. Dan terkini, baru-baru ini ada pelancaran promosi Konsert Malam Nada Biru yang bakal menampilkan penyanyi jazz popular, Noryn Aziz dan juga penyanyi penuh kontroversi atas keseksiannya, Atilia. Konsert ini akan diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 30 dan 31 Julai ini. Sesiapa ada duit lebih RM80, bolehlah menyaksikannya di sana dan dapatkan tiket lebih awal jika perlu dari sebelum tarikh berkenaan di Istana Budaya (talian 03-41498600).